Khamis, 27 Januari 2011

Tuhan sedang menarik sedikit nikmat hidup. Rasanya seperti mahu tumbang!


Selamat datang flu, eh selesema. 
Dah lama awak tak datang. Semalam awak jengah2 sikit. Harini awak takmo pulang pulak.
Saya rasa sangat berat kepala. Suara serak2 makin seksi seksa. 
Tekak makin perit, puas minum air limau panas pun tak berubah.
Dahlah hari ni hujan sampai ke petang. Saya menggigil sejuk tao.
Rasa macam nak demam. 

Selamat datang flu. 
Elok je awak berdamping dengan saya. Minta satu je.
Cukuplah saya sorang ye, jangan awak berani usha2 anak saya pulak tao. gigit nanti baru tau.
Oh~ alangkah melayangnya kepala saya.
Elok kalau gi baring sekejap ni, tapi risau terlajak takmo bangun pulak. maklomklah hujan.
eeii hingus meleleh nih.

Flu cakap,
Aku datang kejap je pun nak merungut. Cuba rasakan kalau dapat sakit yang lebih daripada ini. 
Baru sakit tekak sikit, belum terbaring tak boleh bangun lagi.
Baru rasa berat kepala, belum rasa macamna siksanya orang yang ada sakit  kanser.
Cuba bayangkan kalau Tuhan tarik nikmat sihat banyak sikit. Mesti nangis hari2..
 Tau tak, Tuhan bagi sakit, Dia hapuskan jugak dosa2 kecil kamu tu.
Yang penting kenalah redha & sabar.

Tuhan bagi pahala lagi, kalau jaga anak yang sakit. Tak  nak ke?
Bukannya kena berperang pun nak dapat pahala macam ni. Tapi masih juga merungut.
Ini bari aku(flu) yang datang, belum lagi all the member!
Jadi bersedialah!!




Ohw~ malunya saya, kalau macamtu baiklah. saya nak gi buang hingus yang sedang 'production ni



Tiada ulasan: