Selasa, 25 September 2012

early 2nd pregnancy & story

Hari ni aku ambik Annual Leave. ambik masa berehat lepas dihentam cukup2 3hr x cukup tdo sebab induksi. Baru 3 hr jekan, dulu 2 mggu ape... :) Badan aku rasa flat sgt2 ni... yelah early pregnacy macam2 gaya badan tak sedap yang aku rasa, loya2 confirm. pening kepala confirm. rasa tak cukup energy nak teruskan slot duduk & dengar.. 1 slot 2hour, sehari semalam 5 slot. dan makanan yang x berapa nak lalu kat anak tekak aku ni.

sebelum tu, yes confirm. Im pregnant second baby.

kali ni aku rasa simptom sama je dengan yg lepas... asik lapar je.. tapi makan memilih... dan sekarang aku sangat2 benci dengan udang.. most of seafood sgt2 buat aku loya.. entah.

semalam balik dari kursus, aku request kat suami nak makan otak-otak kat angsana. Kedai hj wahid mee rebus tu. biasalah sebab teringin yg amat sgt, maka order 20 batang terus. duduk terus makan panas-panas lagi. sedap, tp kenapa tah tekak aku rasa something yg kurang, samada terlebih perasa or apatah yg buat aku terus putus selera.. wewewe... jadi selebihnya otak2 tu bawa balik saja.
aku rasa kali ni aku sgt2 cerewet bab2 makan ni... kalau rasa mcm tak kena je terus stop & taknak makan benda tu lagi. Mengada-ngada kan.
tapi terpaksa layankan jugak sebab dah memang aku tak boleh nk telan kan.

Oleh sebab Amber pun dah 2 yrs, maka aku pun dah lupa macamana gaya aku pregnant dulu.. dah 2yrs lebih kn.. lupa. excited haruslah kn. walau terpaksa burnkan tiket flight ke Sabah Mei 2013... nak terbang apanya kalau date flight tu ngam2 ngn date edd aku. sabar jelah kan. Yang boleh buat, postpone jelah.
Kadang2 sekarang amber sgt2 menguji kesabaranku. mybe sebab dia akan jadi kakak to be... so, manja pun terlebihlah agaknya... kadang2 sampai aku tak larat nak handle dia punya merengek dengan ngada2...  suami jugak yg penih kesabaran. jadi dia layan anak, aku layan diri sendiri.



cinta hati.

Khamis, 6 September 2012

paradigma

Memulakan kehidupan baru bagi aku, adalah sesuatu yang sangat mencabar. Yelah serba serbi di keliling kita berubah. kawan-kawan, tempat kerja, keadaan sekeliling malah cara pergaulan juga. aku kena belajar cara bergaul dengan orang-orang yang lebih matang. ayat mudah, makcik-makcik & pakcik-pakcik.. :)

Yang paling utama adalah untuk biasakan diri dengan cara kerja yang baru... sangat-sangat buat aku berpusing 360 darjah. 

Tapi hikmah yang aku dapat adalah hadiah yang paling besar buat aku. Masa bersama keluarga, ia... sekarang aku kaya dengan masa untuk bersama amber. dan aku sangat-sangat hargai kehidupanku sekarang. Alhamdulillah.