Jumaat, 28 Januari 2011

Raya Cina sinonim dengan Limau. Mesti punya



Hari dapat limau 6 kotak. wah mewah ko!
Maklomlah company komunis! mesti dapat limau punyalah.
Jadi aku, bertungkus lumus bawa 6 kotak tu ke workstation. guna troli


Aku memang suka limau. semua jenis limau febret. masa peknen dulu gigih aku makan limau tiap2 hari. walau masam pun aku bedal jugak. kata orang makan limau banyak2 boleh dapat anak putih.
ye ke?? sekarang aku macam dah tak percaya dengan fakta tu. sebab.. tengoklah hasilnya......

*

*



*



*

 taklah putih mana pun!
marah tau.

Nasiblah makin Amber besar makin nampak cerah sikit.
hah macam ni kn..
 *

*



*


*

Terubat sikit hati mak nak....
boleh up tinggi sikit nih...hehehe.....^____^'


Jadi, aku macam geram je dengan limau ni sebenarnya. Tapi, aku lebih bersyukurlah sebab anak aku lahir sihat walafiat. Dan dia kena kuning tahap yang minima...:) sebab limau ke ek?

Baru malam tadi hubby sibuk2 tanya dah dapat limau ke belum? sibuk je dia tulah. maklomlah dia dapat limau sekotak gred A lagi ko.  siap hamper bagai. lepas tu sorok2 simpan dalam bilik takmo bagi aku! kedekutnyeeeeee! 
Takpe, tunggulah aku dapat limau company tayang sama kau!
~Oh, Tapi, geramnya kat sini. 6 kotak limau tu bukannya saya punya sorang. Kena bagi2 lagi dengan budak department saya yang maha ramai tu. Total dapat sorang 6 biji jek!
dahlah cinonet jek. kedekot tul arrr....


Dasarr komunis!!!! 



p/s : Argh... diam2 takmo bagitau hubby dapat limau 6 biji. pecah perut dia gelakkan aku je.
p/ss : sumpah, tengok pic Amber rindunya!!! 

Khamis, 27 Januari 2011

Tuhan sedang menarik sedikit nikmat hidup. Rasanya seperti mahu tumbang!


Selamat datang flu, eh selesema. 
Dah lama awak tak datang. Semalam awak jengah2 sikit. Harini awak takmo pulang pulak.
Saya rasa sangat berat kepala. Suara serak2 makin seksi seksa. 
Tekak makin perit, puas minum air limau panas pun tak berubah.
Dahlah hari ni hujan sampai ke petang. Saya menggigil sejuk tao.
Rasa macam nak demam. 

Selamat datang flu. 
Elok je awak berdamping dengan saya. Minta satu je.
Cukuplah saya sorang ye, jangan awak berani usha2 anak saya pulak tao. gigit nanti baru tau.
Oh~ alangkah melayangnya kepala saya.
Elok kalau gi baring sekejap ni, tapi risau terlajak takmo bangun pulak. maklomklah hujan.
eeii hingus meleleh nih.

Flu cakap,
Aku datang kejap je pun nak merungut. Cuba rasakan kalau dapat sakit yang lebih daripada ini. 
Baru sakit tekak sikit, belum terbaring tak boleh bangun lagi.
Baru rasa berat kepala, belum rasa macamna siksanya orang yang ada sakit  kanser.
Cuba bayangkan kalau Tuhan tarik nikmat sihat banyak sikit. Mesti nangis hari2..
 Tau tak, Tuhan bagi sakit, Dia hapuskan jugak dosa2 kecil kamu tu.
Yang penting kenalah redha & sabar.

Tuhan bagi pahala lagi, kalau jaga anak yang sakit. Tak  nak ke?
Bukannya kena berperang pun nak dapat pahala macam ni. Tapi masih juga merungut.
Ini bari aku(flu) yang datang, belum lagi all the member!
Jadi bersedialah!!




Ohw~ malunya saya, kalau macamtu baiklah. saya nak gi buang hingus yang sedang 'production ni



Rabu, 26 Januari 2011

contest baby muka blur

Jom join GA..
boleh klik banner atau link cikwhite


Syarat2 yg dikehendaki adalah..............


1) menjadi followers blog ini

Sudah... follower yang ke  100!


2) letak banner aka gambar aqil di side bar blog anda

Sudah!


3) juga letakkan banner ini dalam entry khas untuk contest ini

Sedia!

4) gambar anak anda mestilah 'dgn muka ala2 blurrr gitu'

Ohw... yang ini mesti!

Saya pertaruhkan gambar ini..
baru jumpa gambar Amber paling seksi blurr.

^




^




^








5)buat satu entry khas untuk contest ini haruslah disertakan dengan pic anak anda, nama anak, tarikh lahir anak, nama ibu dan jugak ayat2 power yg bersamaan dgn mimik muka tersebut...




NAMA ANAK :  Qaseh Nur Amberena Muhd Nazri

TARIKH LAHIR ANAK : 26 July 2010
NAMA IBU : Siti Noraszliza@eiza


AYAT POWER :  Cukup blurr tak auntie white....? pilihlah saya jadi pemenang. nak bagi hadiah kat mommy ni... ^_^'



6) contest ini terbuka untuk bayi yang berumur 1 hari sehingga 4 tahun
Lepas . Amber saya baru 5 bulan lebih.

7) tarikh tutup adalah pada 25 Jan 2011 


8) linkkan entry anda ke bahagian komen (blog ini) untuk memudahkan saya menyemak penyertaan.
pun sudah!


9) gambar anak sendiri yer..( taknak gambar anak orang )
Yup. memang anak saya.





11) tag kepada kawan2 anda seramai 5 org shj ok
  1.  n u r u l  F a r h a n a
  2. F i d a G h a z i
  3. Z u h a i r a h
Semua- semualah yang mommys yang baca.

Selasa, 25 Januari 2011

Loving Mineral Make Up Giveaway!


Jumpa GA lagi. thanks myrule so, kali ni nak wat contest untuk diri sendiri pulak.
Bestnya, dahlah hadiahnya make up. 
Lama dah tak top up make up ni.




Tapi, sebelum tu kenalah jawab soalan dulu. 


Ok. Nak jawab soalan pulak,
Warna apa riben yang Izzah pakai?


teng...teng...

HIJAU!  kn.



p/s: kalau murah rezeki, lantingkanlah make up tu kat saya ye.. 


Isnin, 24 Januari 2011

Walker sesuai untuk si kecil.

Hari ni aku sedih, sedikit. Sebabnya pagi tadi hubby bagitau dengan nada hepi giler..

' awak, Kasih dah pandai kedepan. dia guna tangan sebab kaki dia lum kuat lagi..blabla...'
Apa??
Dia dah maju satu step lagi tanpa pengetahuan saya??? Lalu saya tinggalkan tumisan kat periuk nak buat nasi ayam dan dapatkan Amber. Elok je dia duduk diam2 kat toto sambil leka dengan katak dia. Oh, katak hijau bunyi2 tu hubby belikan. Adake kan, tak sweet langsung.
Penat tunggu dia buat aksi separa merangkak, sampai naik hangit tumisan saya.

Oklah. sebenarnya saya cemburu dengan akak ipar saya yang duduk rumah jaga anak. Saya cemburu dengan semua ibu2 diluar sana yang fully jd baby sitter untuk anak sendiri. Rasanya lainkan. Seronok bila nampak sendiri bagaimana anak membesar di depan mata, step by step dari dia pandai meniarap, bergolek, masuk gear reverse seterusnya merangkak. Ye. sekarang  Amber sudah pandai berwalker!
Hah. terkejutkan, usia sekecil itu. sekarang baru nak masuk 6 bulan.

Tengok dari luar, memang Amber tu kecik taw. tapi jangan main2. badan dia memang keras. kepala dah tegap, dan badan dia berat kau. Dan memang penat dukung dia sebab dia memang takkan duduk diam.

Bukan senang sebenarnya nak jalani kehidupan dengan pilihan yang ada. Berdasarkan kemampuan masing2. Macam aku terpaksalah hantar anak kat baby sitter, so. membesarlah dia dengan asuhan dah kasih sayang mak ngah Ita. Dan kasih sayang dari mak ayah sendiri cuma di belah malam. tu pun time masing2 semua membongkang atas katil Queen size. Oh... sedihnya.
Dan aku rasa betapa bestnya jadi orang pertama yang dapat melihat dia pandai dalam satu-satu step. Alangkah indahnya andai dia merasa suapan pertama bubur nasi dari tangan aku sendiri. Tapi, dia dah di beri campuran nestum terlebih dahulu & tanpa pengetahuan aku. Oh~~ betapa sedihnya.
Lepas tu, aku memang dah plan nak biar Amber berwalker bila umur 6 bulan, dijadikan cerita. 3 mggu lepas, masa nak ambik dia, aku dengar dari luar dia ketawa suka, mengekek kau. Bila masuk dalam aku nampak Amber dalam walker, walker anak angah Ita yang pertama, yang sekarang umurnya dah 23tahun.
gagagaga......

Mulanya aku benganglah jugak, sebab semua perkara yang dia mulakan tak pernah refer kat aku. Tapi, bila difikir2 balik aku rasa, aku beruntung sebabnya Angah Ita mungkin lebih prihatin dari aku yang masih lagi bertatih2 menjaga seorang anak ni.Dia yang 12 jam siang selalu dengan Amber, layan main, mandikan, layankan tidur, susukan. semualah. Lagi aku nak cerewet2 pulak. Lempang kang .
Kadang2 kalau Amber demam ke, cepat2 dia bawak g klinik. Bila aku tanya claim, selalu tolak 'takpayah2' katanya. Skill lebih teror dari aku plak tuh. Dan bila orang berbudi , kita berbahasalah pulakkan. Jadi, selalunya kalau time berbelanja tu mesti lebihkan sikit budget untuk buahtangan Angah Ita. Dan. malam tu, puaslah aku tunggu Amber puaskan hatinya main walker kesana kemari dengan girangnya. laju kau!
Siap buat2 tak nampak aku lagi.

Bila aku refer kat KK masa check up bulanan Amber, nurse kata dah boleh dah naik walker sebab badan Amber pun dah kuat. jadi takdelah alasan lagi untuk tangguhkan purchasing untuk walker ye daddy!
Macam orang lain, perkembangan anak memang sesuatu yang di tunggu2. sekarang, Amber dah boleh kenal siapa mama dia, daddy dia, orang yang jaga dia. Biasanya orang yang selalu dengan dialah yang dia kenal. Jadi, bila aku sua tangan dia cepat2 nak lompat ke aku tu dah cukup hebat rasanya tau. Rasa nak bagitau seluruh alam' yeay. anak aku dah kenal aku weih'. Itulah yang ibu2  di luar sana rasa agaknya bila masa dengan anak hanya time balik kerja & hujung minggu sahaja. Agaknyalah kot.

Terlampau excited nak buat solid food untuk Amber.
Asik ingat resepi je ni..

solid food
bubur nasi+ayam-blend
brokoli/lobak- rebus&blend

macamlah susah sangat pon resepi 'solid food tu eiza ooooii..


bye!

Opick - Rapuh





p/s : kadang-kadang kita perlukan ruang untuk selami kembali dalam diri keperluan rohani.. ^___^

Sabtu, 22 Januari 2011

Pagi-pagi dah jadi member setan. Menaikkan darah betul.....

Hari ni Betul-betul buat aku naik hangin, selama ni dah cuba bertahan. 
Tapi, makin aku pasakkan rasa sabar. Makin menjadi2 pula. 
Kenapa ye, bila kita cuba buat baik. Orang selalu ambil kesempatan. Hinggakan kadang2 bantuan atau apa2 perkara baik  yang kita buat tu jadi tak ikhlas.

Dugaan betullah.


Boleh tak jangan jadi manusia yang pentingkan diri sendiri. Susah sangat ke nak fikirkan pasal orang lain, lebih2 lagi orang selama ini dah banyak menolong? Selama ni, ada ke aku minta sesen pun duit kau sebagai bayaran hantar kau ke tempat kerja. Oklah mungkin alasannya kita kerja sebumbung. Jadi lebih kuranglah... Sebab lebih kurang dan fikirkan kau adalah saudara aku. Aku tak kisah... Lagi, aku hantar kau balik sampai depan pintu rumah. Sampai sekarang sekali pun tak pernah dengar TERIMA KASIH dari kau.

 Bab duit ni aku memang malas nak ungkit. Kalau kau ada otak nak fikir, atau ada rasa malu ke. mesti kau boleh fikirkan. Yelah dah tumpang hari2. pergi balik. Apa lagi yang tak perasaanya. Sebenarnya kalau kau hulurpun, aku akan tolak. Sebolah2nya aku cuba faham situasi kau yang ada anak2 sekolah. jadi, duit minyak tu apalah sangat. Aku tak berkira pun, cuma rasa sakit hati sebab kelihatan memang sekali pun tak pernah kau rasa perlu untuk balas budi? Aku bukannya kejam sangatlah!


Aku mengungkit? Ok. fine... 

Biar aku ungkit habis-habisan, supaya hati sendiri tak sakit. Kerana aku ada hati perut sebagai manusia, aku masih sabar bila kau selalu sangat keluar lambat, kadang2 kena tunggu 10 min. 15 min. 20 min pun pernah. Aku memang tak suka orang yang lembab, apa lagi yang suka berlengah2 macam ni. Suami sendiri pun aku tak boleh lebih kurang dalam hal macam ni. inikan pulak kau! hey.... Aku ni dh jadi macam drebar yang kau bayar gaji kononnya. Padahal?? 

Dulu time kau galak ber'sms' ngn sape tah lagilah. Nak g keje je siap suruh singgah 7e beli topup. kadang2 hari -hari. Gile kan. Padahal dah lambat dah tu pegi keje. Aku geram, tapi boleh simpan dalam hati je, nampak bodohkan. Boleh je kalau aku cakap 'tak boleh. dah lambat! ' sebab rasanya alasan tu paling kukuh. Padahal sukati akulah aku yang drive kan. Tapi, hati aku selalu tak tergamak nak cakap. entah. tak sampai hati pun ye.  Tapi sekarang, jangan harap. Lantaklah. 



Ini paling aku bengang! Dahlah tak pernah nak bagitau kalau suami kau yang ambik balik kerja. Jadi aku tunggu tu untuk apa? Fikir tak, aku nak ambik anak lagi. Selalu sangat terjadi. kerja sebumbung, susah sangat ke nak menapak ke dept aku bagitau??? Suka-suka kau jelah. Mula-mula aku masih sabar juga. sebab kenangkan kita saudara. Takyahlah nak berkira. selalunya tak sampai hati nak tinggalkan kau, kesian. Tapi sekarang, jangan haraplah.. lambat sikit. Nasiblah kena tinggal. kecuali kalau diberitahu. Pandai2lah suruh suami kau ambik ke, bapak kau ke, bf kau ke. Apa. ingat aku tak tau ke?
lagipun, ada lakikan. apa funtion laki kau tu.
kejam? Terpulang.

Yang ini buat aku hilang sabar, sampai aku sembur semuanya kat sini. 
Pagi tadi, dah sampai depan rumah aku. mybe 7.15 am. Kau sibuk galak borak dengan laki kau. Aku dahlah rush nak cepat sebab nak cop parking. Time nak naik kereta, time tulah kau check beg h/p tak bawak! siap suruh laki kau tu balik ambikkan! 


 WTF bodoh! 








astargfirullahal 'azim.......

Khamis, 20 Januari 2011

Resepi Blueberry cheesekek

Bismillahirrohmannirrohim....

Siapa kata saya tak pandai membaked? huh... 
Tapi. saya memang gagal kawal nafsu kalau saya betul2 dah jatuh hati pada sesuatu. kali ini ciskek pulak. Bersemangat betul cari bahan2 nak buat kek omputih ni. 
ni betul2 ikut resepi dari mana tah. lupa.

Sebab kelam-kabut &huru hara. beli cream cheese kat kedai kek mahal 0.60sen. darabkan dua. Dah rugi rm1.20. yelah mana tau yang pasaraya pun ade jual cream cheese kan. ingatkan kedai jual bahan2 kek jek. lepas survey kat pasaraya lagi murah. kena sumpah seranah kedai kek tu.
taknak datang lagi!


tadaa...
hasilnya sungguh menghiurkan...
yelah tu..



·                                 BASE:
·                                 110g Butter - cairkan
·                                 200g Biskut digestive - klu xde, apa2 biskut pun boleh
·                                 50g Almond flakes - toast

·                                 FILLING:
·                                 500g / 2 buku Cream cheese
·                                 30g Butter
·                                 120g Gula Kastor
·                                 1 lemon - grate kulit & perah jus (wangi)
·                                 30g Tepung jagung - ayak
·                                 200-300ml whipping cream (tak letak pun, ganti susu je)
·                                 4 biji Telur - pukul sedikit
·                                 150g Blueberry pie filling

·                                 TOPPING:
·                                 gula
·                                 30ml Air
·                                 150g Blueberry pie filling

Cara-cara

1.                              Hancurkan biskut & gaul dgn bhn2 base. Chill sehingga di perlukan.
2.                              Pukul cream cheese & butter sehingga smooth. Campurkan gula, parutan jus lemon & tepung jagung. 
                  Pukul lagi sehingga smooth. Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.
3.                              Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan blueberri & tuangkan baki adunan.
4.                              Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam. 
5.                              Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru keluarkan so that ia tak terkejut & merekah). Chill sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok.
6.                              Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry.  Sapukan ke atas cheesecake &sejukkan sebentar.




siapa kata, orang yang tak pernah membaked. tak tahu buat ciskek..
semua cukup, tapi kurang manis sikit.... 


silalah mencuba..

Rabu, 19 Januari 2011

Jom ke Seoul Garden BBQ & Stimboat


 Memang saya suka makan stimboat. Jadi, bila dapat tau kat Melaka ada Restoran stimboat. Apa lagi. ugut jugak hubby pegi. Siap buat muka betul2 tengah mengidam macam time peknen dulu.

Oklah2 saya belanjalah..

End Up.
Aku jugak yang kena.


 Jadi pergi Melaka berempat eh tambah Amber limalah. tapi Amber special. takyah kira pun tak pe.. kadang2 memang lupa nak kira dia. hihihi..

Amber bila naik kereta sekarang, memang suka duduk kat daddy seat driver. taknak diam kalau duk kat mommy. biasa ye...
Tapi best jugak.
 Konon2 hijab style Hana Tajima..





Gambar memang tunggang terbalik. tak tau yang mana satu first. mana satu last. Tapi nak bagi tau. makan kat sini memang best. best sangat. lauk2 dahlah mewah. boleh topup banyak kali pulak tu. seafood. daging, ayam semuanya ada. sayur, mee pun ada jugak.
Boleh kata macam2 bahan untuk kamu bubuh dalam stimboat tu.
BBQ biasalah daging, kambing, ayam ye...
Aku langsung tak pandang lauk murah2... hah fish ball ape tu? hahaha...
Memang langsung tak cuit. Tapi! aku berulang amik ketam, udang, kambing, fuyyooh shedap...



 makin mahir pakai chopstik. kena pantas u.. kalau tak kambing mesti kena curi!


 Amberena tidur sekejap je. dia fokus seih tgok mommy daddy dia makan tak hinggat. akhirnya dia bagi alarm juga minta daddy angkat dari stroller..
bosan duduk kat stroller lama-lama. 




eleh....


sempat pose indah...

 ice cream
sumpah. memang sedap

kambing. daging. ayam. ikan dori.ketam. udang semua campak dalam tu,


 Makan sampai tak sedar diri, hinggakan anak pun orang pegangkan...
tengok. sampai tak penuh meja dengan pinggan dan sisa makanan, bertingkat pulak tu. 
Ohw~ kat sini ada ayam goreng juga untuk kids. hotdog. nugget. tapi i tak pandang dah semua itu...



 Amber makan ice cream. 
hujung sudu je.
lepas tu dia mengamuk sebab mummy tak bagi suap ice cream lagi..
amboi, kecik2 dah pandai yea..



ok. mengaku. memang tak senonoh makan macam ni
Ice cream dia memang best.. macam2 perisa.
sedapnya... lagi banyak suap lagi lah rasa tak cukup. tak cukup.


 food section.
ohw.. tak sempat ambik dim sum tu!! cis

Nampak macam sikit. tapi mustahil untuk kamu makan keseluruhan menu.
banyak...!!!!

Yang paling best of courselah kambing. kambing tu rasanya aku je yang ulang alik ambik. memang sedap. Dah tak tau dah rasa chiken bulgogi camne. sbb banyak review kata chiken bulgogi sedap..

 ok. ini gambar paling senonoh kot. mybe..
tengok masih lagi orang lain tolong pegangkan Amber. berenti sekejap sebab nk bergambar je.
Shawl kotor pun buat dek je takmo cuci..yelah takut2 kambing  kena curik lagi.



Ok. Barulah puas hati dan bersedia pikul semula tugas sebagai ibu.
ini lepas perut dah betul2 sendat, rasa nak pengsan sebab kenyang sangat.

nak cium Amber puas-puas.. 
Amber cakap mommy bau kambing... 
ish dah pandai dah ye..

Oklah. finally bertambah satu lagi restoran yang memenuhi citarasa kami suami isteri. Lepas ni boleh pilih sup lain pulak. Kita kena pilih sup masa order tu, dan ketua pilih tomyam. siapa ketua tu????. Total adalah RM139 , sorang RM27.99++. Buffet untuk 4 orang makan dan 2 air boleh refill. kenapa pilih 2 je? sebab jimat,  berbaloi2... kalau datang time weekday lagilah murah RM22.99++/person. 

Dalam sibuk2 uruskan dapur takut kambing hangus tu, hubby sibuk risaukan bisnes restoran ni. Asyik2 tanya boleh untung ke restoran ni buat buffet macam ni? habis kalau orang tu makan banyak lepas tu duduk lama2 ? tak rugi ke dia? boleh ek...

Tapikan. 
Aku yang memang dah kosongkan perut semata2 nak makan kat sini pun boleh surrender untuk pinggan yang ke -5 mybe. So, kesimpulannya. manusia normal taklah makan banyak mana pun. kecualilah kau makan then muntah balik. makan muntah. cukup2 buat makan tu lalu kat perut then uturn semula... hahaha..

Apapun. kalau dah makan kat sini. pedulikanlah semua orang sebab diorang pun takkan pedulikan kamu. masing2 sibuk dengan kuali & periuk sendiri.
:)






Selasa, 18 Januari 2011

ELHYATT BIZZ COLLECTIONS GA


Wah sejak buat first GA ni, makin rajin pulak update blog. pastu makin kerap pulak jumpa GA ni. hihihi..
kali ni nak join untuk diri sendiri pulak.. selama ni agak asyik join untuk si Amber tu kn.

Kali ini bertajuk, rujuk site atas.

link ke sini untuk join...


Oklah... saya nk v o t e Jubah eksklusif ni. cantik wooo... lagi2 pulak dengan kaler merah yang aum...glup2.
telan air liur banyak kali. memang gojes.


Jubah ni nampak sangat eksklusif jadi, tidaklah tergamak nak pakai time memasak kan. So, sesuai lah sangat untuk dipakai ke majlis dinner ke, majlis perkahwinan ke, semua majlis formal pun boleh pakai jubah ini..

Bukan sahaja jubah yang cantik ini milik kepada wanita yang slim ye kawan-kawan. Untuk orang pregnant pun boleh. Lagi cun, gerenti.. sebabnya saya juga lebih suka memakai jubah semasa pregnant. sebelum  dan juga selepas berpantang. Hah kan dah jimat kat situ. tengok. boleh pakai banyak kali, dalam apa jua keadaan.


Ok. jom kita belek satu -satu.

Kaler - memang da BOM (saya suka merah gelap ni, cantiknya) Tapi kawan2 sume jangan risau. Banyak lagi pilihan kaler yang ada tau. Semuanya mengancam!

Potongan - sangat klasik . Ohw, ok bahagian atas pinggan tu akan mencantikkan lagi gaya si pemakai. siapa kata berjubah tak cantik.. 

Material - Chiffon yang lembut (ohw, jatuh hati lagi. saya memang cinta chiffon)
Oh risau ye, sebab jarang?
Tak mengapa. kawan2 boleh lapiskan dengan anak baju dalam lengan panjang yang mudah didapati di pasaran sekarang. so. tiada masalah. masih nampak gojes!





Size  - dari  S hingga ke XL. mesti ada size

Harga - sangat berpatutan. ada diskaun lagi tu .


Ok. ni gambar saya berjubah. Pergi majlis dinner. 


Pun, dress jubah yang saya pakai ketika pregnant si kecil di atas. hihi

Serious, saya teruja dengan jubah di tas. kena dapatkan satu ni.

Eh. nak check kejap

1. follow blog Elhyatt Bizz Collections ini(Anda mestila kena ada blog kan utk join :D)
sudah...... follower ke 164

2. copy Banner di atas, paste Banner dan Link entry ini di side bar dan entry di blog anda
sudah juga

3. Tajuk entry : Elhyatt Bizz Collections Giveaway.
done!

4. buat satu entry tentang mana-mana produk/koleksi yang dijual oleh Elhyatt Bizz Collections (Copy paste pic item and description sekali(description ni boleh la anda edit guna ayat sendiri supaya lebih nmpak kreatif dan inovatif :D) di blog anda.Link kan blog ini di entry tersebut.
satu item aje tau...xpayah banyak2 :D
pun sudah

5. tinggalkan comment, nama, email dan link entry anda pada comment post giveaway ini
settle

6. Tag kepada 3 orang rakan Bloggers yang lain (perlu dinyatakan dalam entry)

Nk tag
  1. myrule 
  2. kak shima
  3. zuhairah lagi sekali
jom3
closing date 18 january 2011 tau



Isnin, 17 Januari 2011

Happy Baby Contest


Ini Tag dari Pn Zuhaira , so nak join jugak contest ni unuk cik Amber.
Contest dr blog Pn Ina 


Ok. mummy guna pic awak yang ini yek.
Untuk tema Happy Baby Contest..
Happy lh ni kn.kn.kn....


Nama baby : Qaseh Nur Amberena Muhd Nazri
Lahir pada : 26 July 2010
Mummy : Eiza

so. nk tag jiha , myrule, annaidris n semua yang baca  blog ini..:)


Closing date : 17 Januari 2010 05.00pm.
So, jom ramai2 kita join contest ni.



Hadiah :

Hadiah² kepada 3 orang pemenang Category A :
  • Hadiah pertama : 1 keping cloth diaper Coolababy.


  • Hadiah kedua : 1 milk storage bottle jenama Bumble Bee + 20 keping YouHaveaBaby milk liners
  • Hadiah ketiga : 1 milk storage bottle jenama bumble Bee + 10 keping YouHaveaBaby milk liners.

      p/s : Bertambahlah koleksi CD awk kalau menang sayang..:)

Khamis, 13 Januari 2011

contest Croydon baby boy giveway



Mami nak join contest ni untuk Amber, mane tau ada rezeki awak.. ye tak..
so nak tag semua mummys yang singgah..:D


jomlah join..:p


Rabu, 12 Januari 2011

Ohw~ Bayar saman yang nilainya boleh buat pangkal kereta, tak pun beli rantai tangan untuk emak Amber!

Siapa tak rasa sakit hati, kalau tengok duit kita, ia. memang kita punya. tapi dengan rela terpaksa kena bagi kat orang lain lepastu memang takde apa2 imbuhan atau barang yang kau dapat. Cuma sehelai kertas yang tertulis

'Telah di bayar'

ohw~ saya dapat 3 helai.

Nak meroyan rasanya bila check saman hubby yang berjumlah almost 1K. Apa? saman sebanyak itu?
hebat tak? Hebat sangatlah tu. Paling tak pun kalau saya mesti susah nak tidur malam barang 3 malam. Asik pikirkan saman saman aku. Arghhhh... Tapi, dia memang rilek je weih... Last2 bgtau kat saya. Jangan habiskan duit dlm ATM card. simpan sikit untuk bayar saman. Ok. memang saya yang pegang kad ATM gaji dia tiap bulan. melampau ah. Tapi saya jujur ok,.

Akaun rumahtangga memang saya yang uruskan. Alah dah biasa dengar pun kan. Isteri yang biasanya aturkan semua. Itu pun selepas beberapa kali bagi chance kat hubby. Hasilnya, Ohw. Banyak benda2 berfaedah yang dia bawak balik satu. satu. Yang dia dah kantoi Helikopter kontrol, boleh terbang tu.. saya pun jakun jugak. lama2 memang syok.

Jadi kesimpulan .dia lagi pandai shopping dari saya tahu.


Memang saya tahu pun dia kena saman. Tapi. sumpah tak sangkalah sebanyak itu.
hmp#$$#!#^%&*^*ks!!!!!!!.

Bengang sangat. Bila check kat My EG jumlahnya sebegitu. Patutlah balen dalam ATM 'agak banyak'. Baru plan nak beli  something untuk 'reward diri sendiri'. Ohh.... Rupanya kena bergadai dahulu untuk clearkan sumpahan tujuh keturunan itu! eh ape aku merepek ni.
Kalau dibiarkan, lagi lamalah 'sumpahan' tu di peram. Hubby memang suka peram semua benda jadi tapai. Muka boleh rilek je. Dan saya gagahkan jugaklah tengahari ke Trafik untuk settlekan semua.


Bila dah settle, balik umah bagi tahu hubby. Dia dah clear. ceh ayat macam penjenayah je bunyinye..
Saya dah bayar semua saman dia. EMPAT tahu!



 dia kata 'ok'.




hahahaha....





hihihihi......







erm...
ahem....

Alhamdulillah....
Bayar saman dapat diskaun 50%
jadi lagi separuh boleh masuk poket sendiri...
ayayayaii......!!!

weekend ni boleh gi shopping ah!




^_^"