Isnin, 19 Julai 2010

Private Hospital Vs Hospital Goverment!!

Ok, tajuk macam teruja je kan. yelah manalah tau kot2 dapat durian runtuh bolehlah pasang niat nak delivery kt hospital swastakan. hehehe~~

Apa yang best dengan hospital Swasta??

Whuii, best taw. semua kehendak kita dilayan, apa yang kita nak sume tersedia depan mata. Almaklumlah kos perkhidmatan yang perlu di caj, kita cuma dok goyang kaki je tapi tangan menggigil nak bayar bil~~ lainlah kalau jenis yang memang berduit. kos ribu2 sebelah mata je. ok, apa lagi yang special? kita dimandikan, anak dijaga. takyah susah nk bagi baby susu badan. yelah lepas penat2 push takkan nak susah payah susukan baby tukan? biarlah nurse2 berbayar yang uruskan. Masa nak delivery tu pun senang2 je boleh request nak amik epidural ke, ubat tahan sakit yang lain ke, mahal murah sume akan dengar cakap kita. yelah kita yang bayarkan.


Tak bestnya Hospital Goverment!!


Mana taknya, kot2 time kita nak delivery tu ramailah plak patient yang nak delivery jugak. Doc mesti akan utamakan kes2 urgent dulu. takkanlah nk ngadap muka kita 24jam kot. Lepastu, jangan haraplah boleh dapat atau request epidural ke, sebab sy dah tanya dah. And nurse sendiri cakap. biasanya hanya doctor2 pakar je yg akan dapat epi ne, nurse2 pun susah nak dapat apatah lagi patient2 biasa kan??? Dahlah lepas penat2 push kena susukan baby lagi. hospital govermentkan hospital rakan bayi. tak boleh bawak masuk botol susu! so, jangan mimpi nak bagi baby minum susu lembu dalam tin yang mahal2 tu~~ ohh
Nurse plk tak mungkin akan layan kehendak kita melebihi keperluan yang sepatutnya. takleh ngada2 nak baring saja lepas delivery.... kejam2.. maklumlah kos hospital goverment kan murah berbanding swasta!

Oh~~ betulkah begitu??

Saya betul2 rasa terhina dan geram bila ada orang explain begitu. Ukur baju biarlah kat badan sendiri, jangan nak ukur kat badan orang lain plk. maklumlah dia mampu nak keluar modal beribu untuk bersalin secara selesa? mungkin dia langsung tak rasa kot sakit masa bersalin, tu yang dok heboh secara gempak kata private hosp lagi bagus dari gomen! ok. Mungkin dia fikir hosp gomen ne buat keje cincai saja kot? Bangga sangatlah dia bercerita tentang indahnya bercuti2 di private hosp. siap boleh lalala~~~ lagi agaknya.

biarkan dia dengan labu2nya..

Kalau moden sangatlah fikiran dia, kenapa plk boleh fikir yang beranak ne senang. lepas mengandung 9 bulan, beanak then orang smbut and jaga baby dia seluruhnya, alasannya lepas penat2 push2 takkan nak sibukkan diri uruskan baby, bagi susu badan?? oh no! Kalaulah dia tahu, betapa susu ibu yang pertama kali keluar adalah yang paling baik untuk antibody anak. Kolostrom umpama cecair emas yang dapat mengelakkan baby kena kuning dan sebagainyalah. tapi sayang, akibat ada golongan ibu semacam dia yang hanya fikirkan senang. senang. Akhirnya baby tak sempat menikmati satu khasiat yang paaaling penting seumur hidupnya! kesian. Itu belum lagi nak membangga tentang baby minum susu LEMBU cap mahal! pampers baby cap mahal yang kalau kencing sebesen pun tetap kering gitu.
Ayoo sume yang mahal2.

Selalu sy elakkan untuk borak2 dengan dia. sebab sy tahu, selalunya hanya perit dan sakit je telinga ni dapat. lebih baik elakkan. bagi saya, Private ke gomen ke sama je. takdelah nak kata yang private ne tak best ke, goment best ke atau sebaliknya. Macam tadi, ikut kemampuan. dah saya mampu hanya di private hospital. camner? takkanlah sanggup nak berhutang semata2 untuk dapatkan 'nikmat' yang lazat bersalin di private??
Lagipun standard dah kalau hospital tu dah terpampang nama Hospital Pakar Sultanah Fatimahkan. Apa nak risau lagi??? :p

Dan sakit nak bersalin tu tetap akan di rasa, walau kat mana pun tempat pilihan kita.Yang pasti semua ibu2 harapkan semoga setiap kesakitan ketika itu Tuhan nak bagi kita pahala dan hapuskan dosa2 kita. InsyaAllah.
Terlalu sakit, sakit sikit, tak sakit, senang atau susah itu dah tertulis bahagian masing2. yang pasti setiap ibu mampu melaluinya..: )



p/s: Hubby bagitau nak bagi present yang paling best lepas delivery nanti, walaupun tak delivery kat swasta :p

2 ulasan:

Jamiel berkata...

deliver kat memane pn same gak..
Still akan rasa sakit..
layanan je beza...
visit me at,
http://allaboutlifeanddreams.blogspot.com

eiza berkata...

betul3...
:p