Jumaat, 16 September 2011

mentang-mentang raya, alasan boleh makan sampai bentak!

Salam hari selasa.

Masuk hari ni dah 14 hari kita beraya, perasan macam sekejap je dah nak tiba hujung syawal, kan.
yang jelas. puasa ganti x buat lagi. puasa enam pun belum sempat.
alasannya sibuk beraya sana-sini. penat kalau puasa. takde tenaga nanti.

Hujung minggu lepas, pecah rekod aku beraya 6 buah rumah kawan-kawan sekali jalan. Non- stop. solat pun tumpang rumah  mereka. Biasalah kalau pergi rumah kawan-kawan mesti inform dulu kan. takut kalau main terjah je, takde orang pulak kan. jadi bila dah deal macam tu mestilah ada makan sikit -sikit kan. makan sikit-sikit ni bukan setakat kuih raya ok. tapi menyamai makanan yang berat-berat taw..

Rumah 1 (Erine... wah femes ko jah)

menu - mee hoon sup, sangat sedap. oleh kerana belum lunch, makan bertambah -tambah kami taw.

lepastu  ke rumah jijie pulak.
Jalan ke rumah jijie, first time lalu short cut, tp xdelah short cut jugak. langsung aku tak boleh hafal. sudahnye ikut juru tunjuk jalan balik semula.
menu - mee hoon goreng dengan keropok ikan terengganu. terangkat beb. makan jugak.


lepas tu ke open house rumah opismate hubby,
kat situ belasah mee hoon sup jugak. bercinta nak makan sbb dah kenyang kan.Tapi, habis jugak sepinggan.

Next, ke rumah k.sue.
Sesat barat, masing-masing tak tau jalan. tapi akhirnya sampai jugak.
menu- mee hoon goreng, ayam goreng, nugget goreng & keropok goreng.
air, kelas ko jah. cube teka air ape?? hehehe
rebena. Hah kan.

Lepas magrib, ke rumah akak kantin pulak.
aku dah nak pengsan dah ni, tapi menu mengancam.
Nasi himpit, kuah lodeh, rendang ayam. laksa penang. pelan-pelan ambik jugak pinggan.




1/2 jam lepas tu ke rumah k. leha. destinasi terakhir.
makan nasi putih, lauk asam pedas, kari ayam, sup tulang, sayur..


aku betul2 dah tak larat. minum air, jamah sup tulang semangkuk kecil. wah sedap.. tapi tak daya nak tambah..

beransur pulang, sebab dah kepenatan sangat.
Besok kerja.Gagagaga.....