Ahad, 9 Julai 2017

Mencintai Vs Dicintai...

Mencintai akan membawa kita semakin hampir dengan pengorbanan. Disinilah kita akan diuji sejauh mana kita sanggup berkorban untuk sesuatu yang amat kita cintai.
Peritnya rasa mencintai andai cinta kita hanya berada di awang-awangan tanpa mampu ianya menetap di hati insan yang tersayang.

Menangis. Ya air mata adalah teman setia kepada sang pencinta.

Selasa, 2 Oktober 2012

First rekod untuk adik Amber


Memandangkan hari ni aku rasa sangat malas dan bosan, jadi decide untuk ambik half day pergi  klinik buat buku merah. Bg sesiapa yg x tau, buku merah tu khas untuk wanita pregnant ok.
Dulu, masa kt tempat kerja lama, aku selalu merungut... knp ini tak boleh, itu tak boleh, bos cerewet, xde timbang rasa.  Sebenarnya adatlah kan bila jadi kuli ni, kenalah berdisiplin. Tapi, manusia ni bila dah lama berada di tempat yg sama, mulalah eksyen. nak tunjuk power.. semua peraturan langgar. akulah tu dulu...
Dan sekarang, bila menyerah diri pada negara, barulah aku rasa apa sebenarnya yang dikatakan patuh. aku sedang belajar untuk masuk sharp 7 pg. hari-hari. nak masuk lambat? hadaplah pengetua @ GPK kalau berani. kira oklah tempat dulu, malas sikit je masuk kerja jam 10 pg... !

Dan aku tahulah yg pejawat awam sekarang bukan macam dulu. sekarang semua dah efisyen kan. pg jelah jabatan2 gov, anda pasti dilayan. Call lebih baik dari dululah, kalau dulu asiklah tak berangkatkan. dulu-dulu ramai yg menyampah dengan pejawat awam ni. Tanggapan pd pejawat awam, makan gaji buta. Tapi sebenarnya, pejawat awam ni banyak sangat kerja hokey.. kira stok, audit lah, nazir nk melawat, pengetua nak melawat...kadang-kadang Menteri pun datang melawat tau, tengok budak buat kerja ke tak,  macam-macam agenda dalam setahun. Kami buat kerja okay.

Sebenarnya aku nak bagitau, susahnya nak dapat kelepasan amik hallf day tadi. Tangok, ingat senang-senang ke. Habis aku kena mukadimah buku merah tu ape process smpai beranak. huhuhu...
Dulu, senang-senang je boleh keluar, nak masuk lambat ke, Bg jelah reason mengandung nk g checkup. Geranti lepas. sekarang ni hai takutnya nak mengadap mengetua tulah yg mengatasi segala. Padahal dapat je keluar kan..
penakut.

dan bermulalah kembali rutin yang aku tak suka masa mengandung ni, nak menghadap masalah hb low, dan asiklah kena cucuk. fedup!
Makanan apa yg boleh buat kita tambah darah lagi, suplement or apa2 jelah. tapi xnak ad effect menyihatkan bayi sgt2.. cehh ngengadakn..
bukan apa, takut tak terdaya aku nak push nanti. ni nak masuk 3 bln pun perut aku dah buncit semacam je. Aduh....







Selasa, 25 September 2012

early 2nd pregnancy & story

Hari ni aku ambik Annual Leave. ambik masa berehat lepas dihentam cukup2 3hr x cukup tdo sebab induksi. Baru 3 hr jekan, dulu 2 mggu ape... :) Badan aku rasa flat sgt2 ni... yelah early pregnacy macam2 gaya badan tak sedap yang aku rasa, loya2 confirm. pening kepala confirm. rasa tak cukup energy nak teruskan slot duduk & dengar.. 1 slot 2hour, sehari semalam 5 slot. dan makanan yang x berapa nak lalu kat anak tekak aku ni.

sebelum tu, yes confirm. Im pregnant second baby.

kali ni aku rasa simptom sama je dengan yg lepas... asik lapar je.. tapi makan memilih... dan sekarang aku sangat2 benci dengan udang.. most of seafood sgt2 buat aku loya.. entah.

semalam balik dari kursus, aku request kat suami nak makan otak-otak kat angsana. Kedai hj wahid mee rebus tu. biasalah sebab teringin yg amat sgt, maka order 20 batang terus. duduk terus makan panas-panas lagi. sedap, tp kenapa tah tekak aku rasa something yg kurang, samada terlebih perasa or apatah yg buat aku terus putus selera.. wewewe... jadi selebihnya otak2 tu bawa balik saja.
aku rasa kali ni aku sgt2 cerewet bab2 makan ni... kalau rasa mcm tak kena je terus stop & taknak makan benda tu lagi. Mengada-ngada kan.
tapi terpaksa layankan jugak sebab dah memang aku tak boleh nk telan kan.

Oleh sebab Amber pun dah 2 yrs, maka aku pun dah lupa macamana gaya aku pregnant dulu.. dah 2yrs lebih kn.. lupa. excited haruslah kn. walau terpaksa burnkan tiket flight ke Sabah Mei 2013... nak terbang apanya kalau date flight tu ngam2 ngn date edd aku. sabar jelah kan. Yang boleh buat, postpone jelah.
Kadang2 sekarang amber sgt2 menguji kesabaranku. mybe sebab dia akan jadi kakak to be... so, manja pun terlebihlah agaknya... kadang2 sampai aku tak larat nak handle dia punya merengek dengan ngada2...  suami jugak yg penih kesabaran. jadi dia layan anak, aku layan diri sendiri.



cinta hati.

Khamis, 6 September 2012

paradigma

Memulakan kehidupan baru bagi aku, adalah sesuatu yang sangat mencabar. Yelah serba serbi di keliling kita berubah. kawan-kawan, tempat kerja, keadaan sekeliling malah cara pergaulan juga. aku kena belajar cara bergaul dengan orang-orang yang lebih matang. ayat mudah, makcik-makcik & pakcik-pakcik.. :)

Yang paling utama adalah untuk biasakan diri dengan cara kerja yang baru... sangat-sangat buat aku berpusing 360 darjah. 

Tapi hikmah yang aku dapat adalah hadiah yang paling besar buat aku. Masa bersama keluarga, ia... sekarang aku kaya dengan masa untuk bersama amber. dan aku sangat-sangat hargai kehidupanku sekarang. Alhamdulillah.


Ahad, 20 Mei 2012

History Interview gov job & Finale

April 2011

... Balik kerja, dapat information dari mak aku dapat surat dari SPP panggilan iv kat jb. Jawatan Pembantu Makmal. Bukan main suka rasanya perasaan aku waktu tu, maklumlah first time. Selama ni asyik mengeluh je aku ni memang takde rezeki ke nak merasa panggilan iv gomen ni. Tengok date 11 May 2012. Excited sgt2 nak pg iv ni. Cari kasut siap-siap.

Nak di jadikan cerita mulalah sibuk ulangkaji soalan2 iv yang bakal keluar. baca forum2 kat intnet. jadi kerap jugalah aku kelebek surat iv tu, Entah macamana dalam otak aku ni nampak date iv 5 may 2011. jadi 4 may malam tu aku & suami geraklah ke rumah abg dia kat JB. Esoknya pagi2 lagi dah mengeletar lutut ni ... first time kan.

Sampai kat Hotel Sri Malaysia, aku tengok lengang je. standard lah hotel hari biasa. tanya kt receiptonist, dia siap tunjuk jalan nak ke  bilik iv kat kami. Mula-mula dia pun pelik apsal xde org iv kan biasanya ramai. jadi dia mintak aku check semula surat iv tu.

Apalah nasib aku waktu tu, tak tau mane nk letak dah muka aku ni... tertera  date iv aku pada 11 May 2011, minggu depan bukan 5 May 2011. Dengan malunya aku pun balik. bayangkanlah waktu tu aku pakai baju kurung dengan kasut tumit macam akak gomen je.

Aku takmo describe lebih-lebih perasaan aku waktu tu. Tapi ada hikmah kejadian tu, tengahari mak aku col bgtau pakcik aku kat Kota Tinggi meninggal dunia. jadi terus gerak ke sana. kalau aku tak cuti hari ni, tak mungkin aku dapat gi melawat ke Kota Tinggi kan.

11 May 2011

Aku datang semula ke Sri Malaysia JB, Kali ni baru tau seram sejuk tubuh aku ni hah. Orang bukan main ramai, mak bapak adik beradik siap datang bg semangat pada candidate. First time aku alami situasi macam ni. Lepas isi borang dan kemas sijil2 kena pergi kat bilik temuduga. Sekali masuk 5 orang. aku duduk kat tengah-bengah. belagak seih. huhuhu.. penemuduga ada 2 orang, sorang lelaki sorang perempuan. Yang perempuan tu aku ingat nama dia sampai sekarang, Pn Shahrul Bariah.

 Soalan memang pasal sains. langsung tak melencong. ada yang aku dapat jawab, ada yang tidak. Tapi aku make sure time jawab tu aku confident muka pun buat-buatlah confident kn. ada 1 soalan dia tanya suhu badan manusia sihat berapa. Aku leh refer pada suhu aircond dalam opis aku. sengal kan tak tahu punya pasal, main bantai jelah. Tapi kebanyakannya aku leh jawab , pengetahuan Am pun Alhamdulillah boleh lah jawab. Yang penting waktu tu jangan gelabah sebab Puan tu soal main tujuk-tunjuk je, jadi kena peka dengan jawapan apa yang dia nak.

Ending, oleh kerana ada candidate yang menaikkan kemarahan penemuduga, maka dihalaunya kami keluar, ceh..ceh.. taklah halau tapi menutup iv dengan ucapan yang agak mengecewakan
' saya rasa awak semua belum bersedia untuk menjalani temuduga seperti ini. terima kasih'.
Sedih sangat aku waktu tu. Dahlah datang 2 kali, last-last jadi cmni plak.
Redha jelah...

Sebulan lepas tu dapat surat jawapan dari SPP, resultnya aku calon simpanan sahaja.
Ok. tak payah berharaplah.

Awal tahun 2012, company aku down. kerja kena catu, Ot takde... gaji makan basic & elaun je... Hutang aku banyak ni. Situasi ni berlarutan sampai sekarang tau. Bayangkanlah dengan gaji aku yang ciput tu kne survive hidup. Memang tak enjoy langsung. Masa tu aku tak putus asa cari kerja lain. Yang aku fikir masa tu nak cari kerja dekat dengan company suami aku. Leh jimat petrol kat situ. Dapat gaji sama dengan company aku oklah kan. Banyak iv yang aku pergi, resume dah berhelai2 hantar, macam-macam company. Tapi sepi je semua.

Sedih sangat aku rasa. Tapi, aku tetap mintak pada Tuhan semoga mudahkan urusan aku di dunia & akhirat, murahkan rezeki aku, dapatkan aku pekerjaan yang lebih baik dari sekarang.
itu yang aku minta pada Allah hari-hari.

Finale

Dan pada 16 May 2012, aku dapat pos laju dari anak buah aku yang kerja posmen. Time tu aku cuma fikir sample apa yang aku dapat ni. Maklumlah aku ni rajin tau mintak sample kat macam-macam company. free kan. Anak buah aku senyum je masa antar tu. Then, masa nak buka tengok pengirim dari KementeriaN Pelajaran Malaysia. Kencang tak kencang jantung aku berdegup.,,
Alhamdulillah  surat Lantikan ke Jawatan Tetap Pembantu Makmal C17 & Lapor diri. Apa yang aku rasa?
Allahu Akhbar... DIA maha adil..

Setahun aku tunggu, dan akhirnya aku dapat.
Hikmah aku pergi iv 2 kali.
Hikmah aku mintak kerja kat macam-macam company tak dapat.
Rupa-rupanya Allah dah sediakan rezeki buat aku pada masa yang sangat-sangat cantik.

Ya Allah. Terima Kasih kerana walaupun aku pernah mengeluh dan putus harap... tapi KAU bangkitkan juga aku supaya sentiasa Yakin dengan kekuasaanMU. YA Allah terima kasih.

Tiada yang paling gembira untuk aku kongsikan rasa yang aku alami selain dengan Allah dan keluarga tercinta. Yang paling penting, tiada kabel-kabel diguna pakai dalah penantian dan urusan aku ini.

Jadi,
Semoga aku dapat menjadi pekerja yang baik dan diredhai Allah. semoga pekerjaan aku dapat memberika manfaat kepada semua pelajar-pelajar sekolah nanti.


Dan, tak lupa...
Semasa dalam penantian, aku pernah bernazar untuk akikah kan anak aku pakai duit aku sendiri. Jadi, kambing bersedialah untuk menjadi tunggangan anaknda ku di akhirat kelak. InsyaAllah.



Rabu, 16 Mei 2012

Kalau dah namanya Rezeki, bertahun pun tetap kita punya

Alhamdulillah....

Apa yang aku tunggu dari tahun lepas datang pada petang semalam. Aku rasa berkat dari kesabaran dan rasa yakin pasti aku dapat. Iya, bagi orang lain memanglah tak sebesar mana rezeki dapat menjawat jawatan dalam gomen. Tapi, bagi aku besar maknanya.  Terlalu...

Syukur Ya Allah, ketika aku berada pada saat genting dalam situasi pekerjaan, KAU simpan rezeki yang sangat-sangat aku harapkan dengan rapi, malah KAU kurniakan padaku dalam masa yang cantik sekali.

Dan, KAU telah aturkan kehidupanku dengan sangat-sangat cantik, walaupun banyak ujian yang KAU berikan  tapi KAU tetap berikan aku hikmah atas segala kejadian. Benar aku pernah merasa susah, tapi tak lupa KAU berikan aku rezeki yang terasa melimpah. Terima kasih ALLAH

Selasa, 10 April 2012

TEGANG

Hari ni 11 April 2012
Cuti Pertabalan yang Di Pertuan Agung Malaysia.
Boleh jalan-jalan kn, 
Baring-baring golek lepak dengan bantal kat umah.





Tapi, 
Aku boleh update blog.
Maknanya aku bukan dekat rumah.

Cuti kena replace...

replace nya tak tahu bila..





:(