Ahad, 20 Mei 2012

History Interview gov job & Finale

April 2011

... Balik kerja, dapat information dari mak aku dapat surat dari SPP panggilan iv kat jb. Jawatan Pembantu Makmal. Bukan main suka rasanya perasaan aku waktu tu, maklumlah first time. Selama ni asyik mengeluh je aku ni memang takde rezeki ke nak merasa panggilan iv gomen ni. Tengok date 11 May 2012. Excited sgt2 nak pg iv ni. Cari kasut siap-siap.

Nak di jadikan cerita mulalah sibuk ulangkaji soalan2 iv yang bakal keluar. baca forum2 kat intnet. jadi kerap jugalah aku kelebek surat iv tu, Entah macamana dalam otak aku ni nampak date iv 5 may 2011. jadi 4 may malam tu aku & suami geraklah ke rumah abg dia kat JB. Esoknya pagi2 lagi dah mengeletar lutut ni ... first time kan.

Sampai kat Hotel Sri Malaysia, aku tengok lengang je. standard lah hotel hari biasa. tanya kt receiptonist, dia siap tunjuk jalan nak ke  bilik iv kat kami. Mula-mula dia pun pelik apsal xde org iv kan biasanya ramai. jadi dia mintak aku check semula surat iv tu.

Apalah nasib aku waktu tu, tak tau mane nk letak dah muka aku ni... tertera  date iv aku pada 11 May 2011, minggu depan bukan 5 May 2011. Dengan malunya aku pun balik. bayangkanlah waktu tu aku pakai baju kurung dengan kasut tumit macam akak gomen je.

Aku takmo describe lebih-lebih perasaan aku waktu tu. Tapi ada hikmah kejadian tu, tengahari mak aku col bgtau pakcik aku kat Kota Tinggi meninggal dunia. jadi terus gerak ke sana. kalau aku tak cuti hari ni, tak mungkin aku dapat gi melawat ke Kota Tinggi kan.

11 May 2011

Aku datang semula ke Sri Malaysia JB, Kali ni baru tau seram sejuk tubuh aku ni hah. Orang bukan main ramai, mak bapak adik beradik siap datang bg semangat pada candidate. First time aku alami situasi macam ni. Lepas isi borang dan kemas sijil2 kena pergi kat bilik temuduga. Sekali masuk 5 orang. aku duduk kat tengah-bengah. belagak seih. huhuhu.. penemuduga ada 2 orang, sorang lelaki sorang perempuan. Yang perempuan tu aku ingat nama dia sampai sekarang, Pn Shahrul Bariah.

 Soalan memang pasal sains. langsung tak melencong. ada yang aku dapat jawab, ada yang tidak. Tapi aku make sure time jawab tu aku confident muka pun buat-buatlah confident kn. ada 1 soalan dia tanya suhu badan manusia sihat berapa. Aku leh refer pada suhu aircond dalam opis aku. sengal kan tak tahu punya pasal, main bantai jelah. Tapi kebanyakannya aku leh jawab , pengetahuan Am pun Alhamdulillah boleh lah jawab. Yang penting waktu tu jangan gelabah sebab Puan tu soal main tujuk-tunjuk je, jadi kena peka dengan jawapan apa yang dia nak.

Ending, oleh kerana ada candidate yang menaikkan kemarahan penemuduga, maka dihalaunya kami keluar, ceh..ceh.. taklah halau tapi menutup iv dengan ucapan yang agak mengecewakan
' saya rasa awak semua belum bersedia untuk menjalani temuduga seperti ini. terima kasih'.
Sedih sangat aku waktu tu. Dahlah datang 2 kali, last-last jadi cmni plak.
Redha jelah...

Sebulan lepas tu dapat surat jawapan dari SPP, resultnya aku calon simpanan sahaja.
Ok. tak payah berharaplah.

Awal tahun 2012, company aku down. kerja kena catu, Ot takde... gaji makan basic & elaun je... Hutang aku banyak ni. Situasi ni berlarutan sampai sekarang tau. Bayangkanlah dengan gaji aku yang ciput tu kne survive hidup. Memang tak enjoy langsung. Masa tu aku tak putus asa cari kerja lain. Yang aku fikir masa tu nak cari kerja dekat dengan company suami aku. Leh jimat petrol kat situ. Dapat gaji sama dengan company aku oklah kan. Banyak iv yang aku pergi, resume dah berhelai2 hantar, macam-macam company. Tapi sepi je semua.

Sedih sangat aku rasa. Tapi, aku tetap mintak pada Tuhan semoga mudahkan urusan aku di dunia & akhirat, murahkan rezeki aku, dapatkan aku pekerjaan yang lebih baik dari sekarang.
itu yang aku minta pada Allah hari-hari.

Finale

Dan pada 16 May 2012, aku dapat pos laju dari anak buah aku yang kerja posmen. Time tu aku cuma fikir sample apa yang aku dapat ni. Maklumlah aku ni rajin tau mintak sample kat macam-macam company. free kan. Anak buah aku senyum je masa antar tu. Then, masa nak buka tengok pengirim dari KementeriaN Pelajaran Malaysia. Kencang tak kencang jantung aku berdegup.,,
Alhamdulillah  surat Lantikan ke Jawatan Tetap Pembantu Makmal C17 & Lapor diri. Apa yang aku rasa?
Allahu Akhbar... DIA maha adil..

Setahun aku tunggu, dan akhirnya aku dapat.
Hikmah aku pergi iv 2 kali.
Hikmah aku mintak kerja kat macam-macam company tak dapat.
Rupa-rupanya Allah dah sediakan rezeki buat aku pada masa yang sangat-sangat cantik.

Ya Allah. Terima Kasih kerana walaupun aku pernah mengeluh dan putus harap... tapi KAU bangkitkan juga aku supaya sentiasa Yakin dengan kekuasaanMU. YA Allah terima kasih.

Tiada yang paling gembira untuk aku kongsikan rasa yang aku alami selain dengan Allah dan keluarga tercinta. Yang paling penting, tiada kabel-kabel diguna pakai dalah penantian dan urusan aku ini.

Jadi,
Semoga aku dapat menjadi pekerja yang baik dan diredhai Allah. semoga pekerjaan aku dapat memberika manfaat kepada semua pelajar-pelajar sekolah nanti.


Dan, tak lupa...
Semasa dalam penantian, aku pernah bernazar untuk akikah kan anak aku pakai duit aku sendiri. Jadi, kambing bersedialah untuk menjadi tunggangan anaknda ku di akhirat kelak. InsyaAllah.



Tiada ulasan: