Sabtu, 21 Mei 2011

Pengalaman bersalin anak pertama... asik

Baru terhegeh2 nak letak kronologi melahirkan anak dara ku yang pertama ye..
entahlah tiba-tiba rasa nak buat kenang-kenangan plak, sebab memang tak boleh lupa!

Baiklah,
Bersedia semua.

Tarikh EDD adalah 27 Jul 2010. Sy melahirkan 26 Jul 2010, jadi awal seharilah Amber lahir.. Pada bulan-bulan akhir preggy (tempoh matang @ cukup bulan) saya takde sebarang masalah nak bergerak, langsung tak rasa sakit spt 7,8 bulan preggy (waktu tu mcm2 rasa, sakit kaki, sakit perut, sakit kat ari2, susah nk jalan, mabuk2) jadi saya terfikir yg baby sy mesti over EDD. Jadi, bila dah fikir macam tu, mmg berani mati punyalah kan, pagi 24 hbn tu saya ajak hubby pegi Melaka. Boleh pulak time2 cmni teringin sgt nak makan Young Tau foo Pulau Gadong.(mcm biasa taknak yg lain, kt Pulau Gadong jugak!).
Tapi pagi tu saya perasan dah kuar tanda iaitu lendir bercampur sedikit darah. Tapi tak sakit pulak, jadi teruskan jugak niat nak makan young tau foo. tak bgtau sesape pun dah de tanda nk bersalin, lgpun ms tu sy ingt lagi org cakap anak first ni lambat sikit prosesnya, jd mmg fikir takde apa2lah lgpun mmg belum sakitkan.

Puaslah juga balun You tau foo, bukan itu saje... sempat teman hubby beli ' mainan' dia & lepas tu balun sizzling mee plak. 


Balik dari Melaka, malam tu jam 3 pagi saya terbangun sebab rasa perut mengeras tak mcm selalu n kali ni sakit. Betul2  tak selesa sampai sy turun katil n tido kat atas lantai jer beralaskan karpet. (rasanya tu yg paling selesa) . Pagi 25 hbn tu bermulalah 'perjuangan sy mengharungi contraction. Rasanya mcm org sakit perut sembelit n berulang sy ke tandas, habis  semua kuar. Tapi sy boleh tahan lagi, hubby nk bawa g hospital pun saya cakap nantilh.  Petang merangkak ke malam tu contraction tahap 1 jam sekali, n sampai satu tahap saya betul2 rasa sakit sangat bila contraction datang, dan tak boleh nak di tahan2 lagi. Final dekat kol 1 pagi 26hbn saya ajak hubby g hospital. serah diri.
Masa tu dah siap2 minta maaf ngn mak, abah n family sumelah.

Kempunan minum air milo mesin sebelum masuk labour room


Sampai hospital dekat kul 2 pagi. Pastu minta hubby belikan air milo dlm mesin tu, tp tkde rezeki air tu taknak kuar plk. padahal sold out da. Jd smpai labour room hubby settlekan daftar apa yg patut. saya masuk tunngu turn nk check bukaan. Auw.. berdebarnya rasa. Almaklomlah first time. dah lah haus sgt time tu (sblm masuk labour room, minumlah banyak2 sbb bile dah masuk jgn harap dpt minum walau setitik pon..:(  )
Rasa masa kena check, erm.. taklah sakit sgt, cuma terkejut sikit je. then doktor lelaki cina muda bagitau nurse ' okay get ready, boleh masuk labour room terus. bukaan dah 3cm'. Ayayai... terus nebes seih.. tgok ada akk tu siap kena antar balik wad dulu mybe bukaan belum standard kot. tapi nampak mmg dah sakit dah. Then check blood pressure pun ok, heartbeat baby pun ok pastu amik darah n masuk air. (Ni yg  bengang kalau doktor yg buat, dahlah sakit gile pastu tak jugak masuk tu. hish ni bru kat labour room, kat lam wad lain citer plak)doktor takleh buat, so nurse yg buat slowly je n tak sakit langsung. then salin baju seksi main ikat2 je.. masa tu rasa dah macm orang sakai je sebab serabai sgt dah rasa.

Labour room


Kat dalam ni ada nurse praktikal sorang. dia tlg check tahap contraction, blood pressure ngn bukaan(dia just tgk shj, bukan seluk). Tak lama pastu ada doktor lain datang, cina / muda n hansome, nice sgt. dia datang tuk pecahkan air ketuban. Aah air ketuban tak pecah lagi, dia buat mcm nk check bukaan tapi pakai satu rod besi panjang yang tajam n cucuk. bayangkan sila.

Takdelah rasa sakit sgt, sbb waktu tu yg paling sakit adalah sakit contraction. Okey setiap kali contraction dtg mmg terasa nak patah pinggang. Habis katil hospital sy tendang-tendang. Dalam kul 4am tu, hubby di panggil masuk, hubby boleh temankan sy sbb dia ada sijil crs. Hubby usap ubun2 saya pastu bisik apa tah.. langsung tak masuk dalam kepala. sy sempat minta ampun ngn hubby lagi. Bukaan dah 8cm sy mmg tak tahan nak meneran. tapi kne halang plk. doktor tak bagi sbb takut koyak besar kn. Rasanya sebiji mcm kita sakit perut nk buang air besar tapi kene tahan. bayangkanlah
Owh yang sambut kelahiran Amber doktor perempuan yang comel sebaya saya. :p

Masa tu contraction dh makin kerap 5 min 2,3 kali jugaklah. dan sy mmg tak daya nak bertahan. penat n lemah sgt-sgt. berserah je pada Allah. Mulut tak lepas baca doa nabi yunus. minta di permudahkan bersalin sebab rasanya memang tak terbanding.

Kudrat wanita nak melahirkan anak. Tuhan kirimkan rasa belas untuk terus bertahan dan sanggup berkorban!


Sampai masa saya kena meneran, padahal waktu tu tiada langsung tenaga yang tinggal.... Tak ingat bape kali teran, tapi rasanya mcm tak kuar2 jugak. Muka dah biru, sampai doktor tu ckp awk kene teran lagi kepala anak awk dah rasa ni, then dia tarik tgn saya n bagi rasa kepala baby. saya rasa rambut yang lebat dan hangat.
Dalam 2 kali teran langsung tak perasan baby keluar. takde rasa apa dah.. lega-selega-leganya.. dia letak baby atas dada saya. dan sy nampak kejadian tuhan yang masih fresh. baby bulat mcm posisi dalam perut.
Waktu tu, sy memang takde perasaan langsung. mybe sebab terlalu penat n habis urat-urat putus.. macam blank kejap.
Baby keluar tepat jam 7.55am (26hbn jul 2010)

Kejadian kuarkan uri, kena jahit hidup-hidup adalah sesuatu yang mengerikan. Saya terpaksa redha. nasib baik takde kudrat nak lari. 


Perkara pertama yang saya minta pada nurse lepas bersalin ialah air. 2 gelas saya minum. hehehe....
sampai nurse praktikal tu kesian tgk sy haus sgt.
Keluar labour room dlm kul 9 lbh rasanya. terus kne warded dan perkara pertama yang saya minta hubby kt situ adalah makan. lapar sgt weih.. hahaha...

Alhamdulillah semuanya ok.

Sebenarnya sekarang ni saya langsung dah tak  ingat macam mana rasanya sakit bersalin tu. Tapi dah set dalam kepala lepas je bersalin dulu' bersalin tu sakit sangat' jadi kena ambik masa kalau nak bersalin lagi. Jadi bila mentality dah mcm tu mmg penakut & tak bersedia lagilah kan. Tapi kalau dah Allah kata kun fa ya kun.. saya tiadalah berdaya untuk menolak dan menidakkannya. Insya Allah aturan Allah tetap yang terbaik bagi manusia. saya terima dan bersedia untuk melaluinya. Alah apalah sangat sakit contraction bersalin tu nak di bandingkan dengan bunga-bunga pahala yang pasti untuk kita. Sayangnya Allah pada hambanya.
Jadi apa lagi yang kita tidakkan?

8 ulasan:

Zuhaira Shahza berkata...

tak boleh nak ingat dah mcm mane sakit bersalin. padahal belom sampai setahun pn lg... dan kene melaluinya lg skali slps 17 bulan...arghh serammm

mommyAmberena berkata...

Hihihi...
yeap mmg.. mcm hilang begitu saja kn sume sakit2 tu.Lebih2 lagi ble diwarnai dgn keletah anak kita. Semua yg pahit jd manis...
Hehehe... xpe, selagi terdaya mesti boleh punya..InsyaAllah.

Unknown berkata...

salam sis

Untuk makluman , hadiah penyertaan akan diberikan kepada semua peserta Nama Baby contest dan akan dipos pda bulan 6 nanti. di harap dapat menghantar sekali lagi alamat, nama anda dan nama baby. ke iezanidris@yahoo.com.my

maaf lambt :)thanks :)

SHAFINIE MOKHTAR berkata...

wowo contraction lame gle.. skt kne jahit mmg klu bole tak mo ingt pun.. hehehhe

masa tgh meneran mmg sy mtk air hehehe tp tak dpt la kan..

ape pun kte dah ada anugerah Allah yg tak ternilai..

Teratak Songket berkata...

Saya pun mcm dah lupa pengalaman bersalin hujung tahun lepas.

Tapi satu hari nanti nak juga buat entry psl pengalaman bersalin. harap2 masih ingat...hehe

mommyAmberena berkata...

orang kata, wanita bila bersalin ni. beribulah urat-uratnya putus. maka, sebanyak-sedikit mudahlah jadi pelupa.

tapi,pengalaman bersalin siapa boleh lupa. cuma Tuhan bagi kita lupa rasa sakitnya. sebb tulah. sakit-sakit pun anak bertambah juga tahun demi tahun. hebatkan kita.

..::Mama Chrysalis::.. berkata...

Masa tengah sakit nk bersalin tu, memang duk pikir, nilah last aku beranak...tapi, bila dah keluar baby...lupa semua tu....siap plan nk tmbah lagi...:-)

..::Mama Chrysalis::.. berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.