Jumaat, 29 Oktober 2010

Bila Dan kena batang idung sendiri..

Kalaulah tidak kerana sayang, tidaklah aku berjuang melahirkanmu...
Malah tak pernah sampai hati untuk meninggalkanmu...
Dalam hidup. kalau kita tidak merasa tidaklah kita faham akan situasi yang mungkin sukar difahami. Walau kadang-kadang apa yang berlaku didepan mata nampak macam tak masuk akal.

Amber keluar rumah usia berapa?
Hahaha... mengikut kepada ibu bapanya yang selamba badaklah, belum cukup hari dia dah dikendong ke bazar ramadhan. Akibat daripada saya melampau bosan duduk dirumah. Merasalah dia hidu asap ayam percik. ikan bakar. murtabak. nasik ayam dll. Kalu dulu saya asik mengata (sikit-sikit) orang yang patern macam ni bila dah kena batang idung sendiri. Terus sedar diri. Yelah, kadang-kadang keadaan memaksa. Lainlah dapat suami yang sangat2 serba tau dalam semua perkara. order je. semua sampai. Kalau dapat suami yang pandai memebeli je, main hentam kromo? habislh. Sekarang suami dah pandai beli susu. suami dah pandai beli pampers siap bandingkan harga, kedai  mana lebih murah lagi u....hahah
kena pada saya pulak, xde siapa nak jaga Amber. sob.sob..huhuhu..
so, nk taknak terpaksalah bawak jugak, kena pulak pantang time puasa dekat raya. Napsu membuak2 nak shopping kot2 adalah baju size dulu yang tersangkutkn. Malangnya hampeh.


*-Melaka pun dia dah sampai you. Akibatnya merasalah jugak saya cebokkan dia kat Bazar Ramadhan depan Tesco Melaka. sebelah Melaka Sentral. Kenangan siot.



 Kaedah Merancang?
Serius. saya masih fobia dengan xtvt berpantang. so, mengaku jelah yang saya memang sangat2 mahu merancang. Banyak pilihankan sekarang. cuma belum decide je nak pilih ape. Tapi awal bulan lepas dah beli pil Yasmin- hahaha ...............tapi tak makan lagi.
Oklah. dulu masa bujang, saya ada satu perasaan yang mana bila dengar je diornag ni merancang mulalah fikir. 'ish nape nak merancang pulak? anak kan rezeki Tuhan. Kalu Tuhan nak bagi, terima jelah.." senangkan orang muda berfikir? hehehe
Lagi-lagi pulak. saya memang nak anak ramai. Ikut ekonomi memang kurang mampu. xpe nnti mama & daddy usahakan ye sayang. Saya mahu keluarga besar supaya bila tibanya raya. Rumah sayalah paling meriah dengan anak-anak dan cucu-cucu. *berangan

Kini. bila dah lalui, berpijak dibumi nyata. Baru mengaku yang saya masih perlukan masa untuk tambah adik buat Amber.. :D

*-impian anak ramai tu memang tak buang taw.

 Bau ibu memang asyikkan?

Menyusukan Amber di waktu malam.
Oklah. kadang-kadang saya main tolak-tolak dengan hubby time buat susu Amber. bila Amber dah memekik baru bangun buat. Tu pun siap deal ' abang buat susu, ayg susukan eh' xpun ayg buat susu, abang susukan' selalunya saya cop tang  susukan sebab sambil sumbat susu boleh tido sekali. 2in1. Tu yang banyak kali susu x masuk dalam mulut Amber tu..hahaha..

*- Kalaulah saya mampu tahan setiap kali dia breastfeed. tentu sekarang x de xtvx cop itu, cop ini...:(


 Amber diam je. 
sebab dia tau yang mama memang sangat berharap agar dia tak meragam time ni :p

Terkulai di bahuku.
* lepas berak

Ohw... saya mula rindu nak salin pampers Amber lepas berak*:D
Ikhlas ni taw. yelah sejak naik kerja ni, manalah ada masa nak jaga dia waktu siang. hantar Amber pagi-pagi dia belum mandi, ambik dia malam, dia dah wangi-wangi. Dan malam, setakat ni Amber memang x pernah berak. Masa mula-mula dulu saya memang sukahatilah sebab  malam hubby yang serah diri nak salinkan pampers Amber kalau berak ke, kencing ke, kalau nangis ke, memang hubby yang jaga. Maklumlah bini tengah tak bermaya.. hahaha... kalau siang tak berak je. mesti tau malam tu jaga-jaga.  Tapi makin dia membesar, pusingan tu dah makin berbalik kat saya jugaklah... hohohoho...
Dan sekarang, penangan anak. saya rindu nak cebokkan berak dia... isk...


 Ini paling mahal..:D

Ramai sangat kawan-kawan yg dah melalui fasa ini. menjadi ibu bapa. macam berlumba-lumba pulak. Dari awal saya rasakan keajaiban sebab saya mampu melalui ini semua . fasa manusia yang normal. 
Sambil-sambil tu boleh saling berlumba dengan tahap tumbesaran anak-anak. 

kwn1:-anak aku dah pandai ketawa. 
kwn2:-weh anak aku dah pandai tarik-baju aku.. 
kwn3;- Ank aku plk dah pandai guling-guling, letak je meniarap.
aku :- Ank aku dah pndai ajak borak. smpai mnyembur2 air liur..
kwn-kwn : weih habislah ko. baby kalau main air liur.. gugur rambut ko tau..

aku:- ye ke? alahai baru nak kecek ayie curlkan rambut... sedih...

Dan zuriat adalah harta yang paling tak ternilai yang saya punya ketika ini. .... dalam entry sebelum. Ambillah benda & harta kepunyaanku. tapi saya mohon berbalik rezeki dari TUHAN... kurniakanlah saya anak yang sihat & cergas, anak yang cerdik, anak yang bijak. Murahkanlah  rezekinya. senangkanlah hati ibu bapanya... Lindungilah anakku dari segala masalah dan maha bencana. amin

Alhamdulillah, sehingga kini bagi saya, menjaga Amber sangat senang. Dia  jarang sangat meragam bila dengan saya. kecuali kalau basah atau lapar susu. Bila kena inject pun dia cuma nangis je. takde sampai demam-demam. pernah waktu saya flu, saya takut nak dekat dia, sebab takut berjangkit. yelah antibody babykn lemah. Tapi, syukur. tak berjangkit. dan sehingga kini Amber belum pernah demam lagi..:)
saya rasa itu rezeki yang mana TUHAN mudahkan segala urusan saya menjaga Amber. Dengan senang hati saya terima kehadirannya, dia juga menyenangkan hati kami dengan menjaganya.

Hidup ada si kecil ni indahkan.
Cubalah rasakan...

 

2 ulasan:

Unknown berkata...

saya lum ada pengalaman..
Tapi bln depan baru akan jalani pengalaman jaga anak..
Tapi saya rasa kita sabo je la dengan karenahnya..

mommyAmberena berkata...

sy doakan semoga semuanya berjalan lancar. and wife selamat melahirkan. nikmatilah saat2 yang istimewa itu bersama wife. hebat. sungguh hebat.:)