Rabu, 3 Ogos 2011

FIDYAH, sambungan....

Ye, aku nak betulkan fakta yang aku tersalah faham.

Aku tersilap dalam hal ganti puasa untuk tahun-tahun yang lepas punya. jika fidyah akan berganda, tetapi puasa tetap sama nilainya dengan jumlah hari yang tertinggal.
untuk lebih lengkap, aku copy paste ini dari sini


Qada puasa adalah wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum datangnya bulan Ramadhan. Malah puasa sunat juga diharamkan untuk dikerjakan sebelum mengqada’ puasa yang tertinggal sebelumnya.
Sekiranya tidak berkesempatan, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.
Kadar fidyahnya mudah sahaja, iaitu sehari tinggal puasa bersamaan dengan fidyah secupak beras untuk tahun pertama. Tahun berikutnya digandakan mengikut tahun
Contoh mudah (seperti yang dinyatakan di awal artikel):
  1. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak.
  2. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak.
  3. Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak.
  4. Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
  5. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
  6. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
Persoalan yang keempat, selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari hutang puasa?
Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.
Habis, kenapa perlu bayar fidyah kalau tak bebas hutang? Bayar fidyah adalah kerana lewat mengqada’. Sama seperti konsep kad kredit, lewat bayar kena denda, tapi hutang lama masih perlu diselesaikan.

terima kasih.

Jadi apa tunggu lagi, jom beramai-ramai kita bebaskan diri dari hutang.

2 ulasan:

Teratak Songket berkata...

Saya suka entry ini. Kadang2 kita sebagai manusia lupa pada yang lebih penting.

Hutang duit pada bank kita sanggup berusaha nak bayar (sebab takut saman) tapi hutang puasa susah untuk ditunaikan, dan dipandang enteng.

mommyAmberena berkata...

betul tu, semakin hari, semakin saya takut jadi manusia...

semakin pelik, dengan orang-orang yang berani. macam mereka takkan mati.