Khamis, 4 Ogos 2011

Perasaan aku sekarang~aku macam orang tua~

Sekarang, bila berjalan dengan anak dan suami. kelam kabutnya bukan main lagi. dengan Amber yang makin ligat. penat.

itu baru anak sorang.

Yelah, aku tak boleh buat kalau pergi mana-mana dengan hubby, waima ke pekan yang 3 minit jauhnya dari rumah, tapi tak bawa anak. tinggal di rumah suruh emak jaga. tidaklah.
dan aku jadi pelik, ada juga orang yang  sampai hati nak tinggalkan anak mereka di rumah dengan emak atau penjaga, sedangkan mereka keluar berjalan.

Tak kisahlah anak mereka tu, nenek atok sayang sangat-sangat.

sebab bagi aku, orang tua ni kudratnya dah tak larat nak jaga kerenah budak-budak.
Jadi, kemana-mana biarlah anak dengan aku.
lagi satu aku betul-betul tak sampai hati nak tinggalkan anak, bila dia tengok aku di muka pintu.
auch..... tidak.

hari-hari aku pergi kerja, terpaksa keraskan hati. pergi masuk kereta laju-laju. sebabnya itulah....

sambungan... bila jalan-jalan, Amber sekarang memang tak nak duduk kat stroller. ade je bunyi. masukkan dalam troli, sekejap je. lepas tu mulalah dia buat onar dalam troli, sume barang di buang satu-satu. aku selalu kena. jenuh nak kutip balik.

sudahnya, gilir-gilir kena dukung dia.
bila aku yang dukung, naik serabai tudung aku herot-herot dikerjakan. dah rupa bibik dah.
dan sekarang, aku tak rajin nak make-up2 dah. sudahlah...

Belum lagi time kita makan. dia pun sibuklah nak makan juga. takkanlah kot aku nak suap kuah asam pedas dalam mulut dia. tambah pulak dia dah terror makan mee besar slurp sekali sedut. terkejut aku.
belum lagi dia bergendang atas meja makan, buang segala menu-menu. adoi.

Aku rasa, aku dah tak muda. tak sesuai nak jalan gedik-gedik lagi. kena jalan secara muslimah. kena sabar banyak-banyak. kena tahan marah dan geram.
lepas tu, nak beli apa-apa kena tunjuk hubby dulu. kalau ok, baru ambik. dah tak boleh ikut nafsu sendiri. kenalah ikut nafsu berasa kan. hehehe...

Kena tahan lagi, tak boleh berjimba di bazar Ramadhan macam dulu. beli juadah sampai berbirat tangan.

Jadi, untuk menambahkah lagi feeling sebagai orng tua ni, raya tahun ni tiada kuih tunjuk-tunjuk yang beli ikut hawa nafsu macam dulu. tiada lagi baju raya berhelai-helai macam dulu, langsir kena tahan, tak payah ganti baru. tahun ni kena berjaya buat rendang hijau resepi emak. kena pandai anyam ketupat.

Tiada ulasan: