Selasa, 23 Ogos 2011

RAMADHAN 24

Makin hampir ke 1 syawal. semoga Ramadhan ini, bukanlah Ramadhan terakhir buat kita. Tapi, berapa banyak kita menghargai Ramadhan yang datang kali ini. Jika sebelum-sebelum ini, ia berlalu dengan lesu dan kosong. Adakah sama dengan kali ini?

Aku rasa persiapan aku tahun ini, biasa-biasa. yang pasti tidak segagah dulu. Syukur Alhamdulillah advance raya masuk RM200. kelakar kan. hahaha. tapi takpe. Simpanan  untuk bulan sebelum-sebelum ini masih tersisa. Bagi aku itu hikmah yang Allah bagi supaya aku berjimat dari berbelanja ikut suka hati. Nasib baik baju raya anaknda dah siap beli bulan lepas. Baju laki bini. apa yang ada je. Dan kuih raya memang aku 2 beradik  'bolot' buat sendiri semua. terpaksa sebab gaji lepas raya. mana ade duit nak main tunjuk semua . :)  Tentang advance raya tu selamat dah aku tukar untuk jadikan duit raya.

Saat yang paling best bagi aku masa masukkan duit raya dalam sampul, dan time raya bila bagi kat budak-budak. Jujurnya, aku start bagi duit raya ni lepas aku kawen dulu. tahun 2009. tak tau nak cakap macamana tapi rasa seronok sangat bagi duit raya kat budak-budak ni, walaupun dalam sampul cuma seringgit. Tapi InsyaAllah ikhlas. ukur baju di badan sendiri lah kan.

Hujung- hujung Ramadhan ni semua orang sibuk kan. mana nak buat kuih, menjahit, shooping rayalah, cat rumah, hias rumah. Aku sendiri pun sekarang sibuk nak habiskan schedule buat biskut, mak oit.. list resepi panjang tak mengagak ko. list kek belum usik lagi nih. kek confirm sehari sebelum raya kena bakar.

Semalam saja, buka puasa dengan ayam goreng je. menu Nasi goreng , baru tumis rencah, sup ayam telor baru rebus kul 6 petang, mau xkeras lagi ayam tu. sambil bakar kuih buka puasa dengan air barli dan ayam goreng. rock kan. dengan abah-abah aku sekali makan ayam goreng je.
Nampak. betapa sibuknya kita di hujung ramadhan ni nak sambut raya. lagi 5 hari je lagi nih. Kalau ikut nafsu, semua nak buat kann. Tu nasib baik Tuhan bagi kudrat  2 kaki 2 tangan. kalau lebih???

Secara purata, ramailah yang tak sabar menunggu syawal tiba kann. tanpa sikit pun rasa sedih kenyataannya bahawa Ramadhan bakal berlalu dan meninggalkan kita. Dan, diantara bilangan hari-hari di bulan Puasa telah di sebutkan dan dijanjikan bahawa akan datangnya satu malam iaitu lailatulqadar. malam yang istimewa, yang lebih baik dari seribu bulan. malam yang mana segala amalannya dilipat ganda dan segala doa termakbul. betapa hebatnya malam ini.

Tapi, kita seakan mengalu-alukan detik yang istimewa itu pergi bgitu saja.
sibuk dengan persiapan hari raya.
aku juga sebenarnya........


masih tersisa 5 hari lagi, mungkin lailatul qadar ada diantara 5 hari terakhir ini. mungkin juga ianya telah berlalu meninggalkan kita. jangan menanti, sebaliknya carilah ia...
Baki Ramadhan ini, lakukankan ibadah sebaik-baiknya.

semoga kita di berkati dan tidak menyesal nanti...:)







Tiada ulasan: