Khamis, 14 April 2011

yeay..... dapat duit banjir.

Minggu lepas balik dr Penang, banyak hal terjadi. Yang paling sedih abah excident sampai kena warded. Ye, masa tu aku kat opis tgh tunggu masa nk angkat punggung g surau tido. Tetiba.... jeng2 , mak col nangis2.. dgn butir bicara yg aku lgsung tak faham... pastu tanya pelan2 baru mak tenang sket n cakap abah excident kena langgar lori. Ya Allah, rasa nak gugur jantung bila dengar berita tu.

kemas2 bgtau adik, dan blah time tu jgk. kena lik umah dulu amik mak n terus ke hospital.
Jumpa abah, Alhamdulillah takde apa2 yg patah... cuma, muka habis......
gigi banyak kena cabut, muka lebam2 dan bengkak, rahang/gusi patah, dagu terbelah  luka2 kat badan, dan tak ingat apa yg dah terjadi. kene oprate untuk betulkan rahang n  abah pakai braces.... cayalah...
kes tu abah tak nak buat report sbb orang yg langgar tu mmg keluarga kami kenal, n mcm sedara jugaklah... tapi dia settlekan jugak motor LC abah yag hancur tu and bagi duit. Nilainya tidaklah aku tau... rahsia.
Sbnrnya apa yg aku nak cerita adalah tntg perasaan aku waktu tu. Sungguh, aku dah dpt bayangkan perkara yg buruk2.. Katalah abah kena teruk, patah2 ke... ish tak sanggup aku nak tengok. Apatah lagi kalau time tu aku terima berita kehilangannya..... Ya Allah. aku belum kuat dan belum cukup kuat untuk merasa kehilangan seorang lelaki yang paling beharga dalam hidup. Bila aku cuba bayangkan. Aku jadi lemah.. kosong .. dan hilang sebahagian kekuatan dalam diri. Sebab selama ni abahlah salah satu penguat hati ni untuk terus hidup dan mencari jalan hidup yang benar dan terbaik.

Jadi, aku sayang sangat2 kat abah... sedih bila tengok dia susah nak makan.
lepas ni boleh buat gigi ye..

Alamak, tajuk lain isi lain pulak, masuk balik cerita banjir..(entry lama pun tak buat lagi pasal kena banjir tu kan..) takpe, lompat terus bab imbuhan sebab bencana banjir.
Kerajaan kan nak bagi satu keluarga RM500. So, pagi tadi dapatlah hubby RM500. Nampak mcm banyakkan, tapi nak dibandingkan penat lelah mengemas lepas banjir, ngn mesin basuh yg rosak, macam tak berbaloilah pulak. Sungguh, kalau diberi pilihan sy mmg takmo lg tergolong dalam golongan mangsa banjir. sedih weih..
mcm pelarian pun ye jugak. memanglah semuanya cukup malah berlebih lagi kemudahan masa kat pusat pemindahan, siap macam2 dapat tao. Tapi nak dibandingkan 'Privacy & keselesaan' dalam rumah sendiri. Mana lagi syok?
Jadi, sekarang bila penat lelah dah hilang... ganjaran $500 tu lehlah simpan dalam tabung.. auww... gediknye.

 Over tak, dapat duit??..

makluman, ini bukan aku ye.... kang letak pic aku, ada plk yg ketawa terbahak kang.. jd taknak letak.



cmtulah tiap sorg dapat, duit lam envelop. envelop yg aku dpt x smpt snap dah hancur Amber kejekan...
main rembat je dr google. tp mmg sebiji pun dapat cmtu.

Jadi, mari berjimba dengan duit banjir!

Hadoi, ingat rm500 tu banyak ke?, asik nak berjimba je... jadi sbg anak yang mengenang budi dan baik hati takleh blah ayat itu .  sebahagian aku hulur kat mak, buat tambah2 beli mesin basuh automatik! senang.




Tiada ulasan: