Jumaat, 15 April 2011

cik P suka lambat sekarang..... kalau lah boleh dipotong perkhidmatan, aku potong je.. cari cik P lain!

Mula-mula aritu lepas habis pantang, aku kira mmg cepat kitaran period aku, mklumlah aku genap 2 bulan je bersalin terus cik P datang lawat. Sume tu sbb masalah breastfeed Amberlah. dahlah takmo bg alasan. mmg aku salah. Jadi, bila cik P datang tu aku sukalah sgt. Masa tu kitaran mcm bongok sikit, cepat sangat kadang2 aku kira dalam belas2 hari je, dah period balik. Adoi pening.

3, 4 bulanlah cmtu. Lepas tu kitaran lam 21 hrlah, then 24harilah.. tak tetap. Paling lambat 26 hr.. time tu aku dah seram sejuk jugak. yelah manalah tau kan.. Amber nak dapat adik lagi.. woha..
Oh.. aku merancang dengan pil. risau jugak ke bedah??
Mesti. Sebabnya pil aku tu untuk sebulan boleh buat 2 bulan kadang2, kekdahnya aku ni mmg pelupa nak makan. Maklomlah hari2kan, pastu masa kena tetap plak tu. Jadi lama2 aku rasa cam xde faedahnya aku makan cara camtu. Membazir jek!

Lepas tu rancang sendiri.
Yang tu memang kena serah kat hubbylah, n kena percaya kat dialah..
Hubby aku ni plak, dia mmg jenis x kisah. Kalau ckp psl anak jek , pusing2 nanti dia mesti pesan jugak lepas ni anak lelaki plk.
Haih.... seram yang dulu lom hilang lagi... nanti-nantilah.

Bulan ni lepas balik Penang, dan dengan minggu yang padat macam2 xtvt yang berlangsung. Minggu ni je 2 kali kenduri kat umah. dan mmg over sibuklah aku hinggakan aku x sempat nak kira kitaran period aku bila, Tak perasan betul. lepas tu bila kira lik dah masuk 30 hari! amik kau.. apa nak dikata...
Menggelupur cam ayam berak kapurlah aku!
Tunggu2 jugak,  sindrom tanda2 nk period langsung takde. Dalam hari Ya Allah.... betul ke ni???
Banyak kali aku kira, mana tau ada silap kot tarikh yg aku tanda tu. Ayat nak sedapkan hati jek.
Dah siap2 beli tester, tapi tak check pun. Sbbnya nebes!
Akhirnya aku cam dah redha jelah... mungkin dah rezekikan Tuhan nak bagi. Jadi aku taklah amuk2 kat hubby pun.  relaks je, n siap kira umur Amber bape nak dapat adik.. Kire sume2lah...
Hahaha....

Tapi pagi semalam aku bangun, terus dapat tau aku peknen  period! yeay....
haha... kenapalah dia suka main acah2 ni.. Seram betollah!

Dan atas kejadian2 tu, terus aku cepat2 amik lik pil.
Tau takot.

1 ulasan:

hafizah berkata...

HAHAHA...mcm2 je. ingtkan suprise td nak dpt baby lg..hehee...