Jumaat, 19 November 2010

Terangsang!

Aku ni mudah terangsang ke?
Ohw~

Semalam ngada-ngada google asam pedas melaka. Mula-mula ok lagi, tapi makin lama makin stim plak tgok ikan kembung tu berenang-renang dalam kuah asam pedas yang nampak marbeles tuh.

Boleh siap meleleh sikit air liur sebab sambil tengok, sambil boleh bayangkan rasanya sekali. Hadoi...
lepas tu takut-takut tepon hubby bgtau yang aku dah teringin sangat nak asam pedas jugak. Sebenarnya nak buat dia rasa bersalah sebab balik kampung Parit Jawa hari tu tak tak dapat makan asam pedas pown!

Tak lama pikir-pikir balik, cakap ngn dia takyahlah cari ikan kembong. Aku bukan sempat masak pun Balik ne, kepala dah berat sbb kepala berat akibat datang bulan. yeay... dah period. hehehe.....
Sejak dah ade anak satu ni, kitaran haid aku agak tunggang langgang. kejap-kejap cepat, lepas tu lambat pulak. Pastu nasib baik dah tak senggugut, tapi dah bertukar kena sakit kepala pulak? siot toL.

So, akibat tak makan, naik keje lepas cuti raya haji kantin boleh tutup! Dengan xdak memo bagai. Nasib baik hari tu ada bawak rendang mak yang marbeles jugak. tapi nak makan dengan ape? takkan ratah camtu jek? so, kirim budak ni roti canai, aku mintak telo 1, kosong 1.. tapi apasal dapat 2x kosong ar??

Tapi, rezeki sebab opismate aku ada bawak nasi impit , sambal kacang n lauk pauk bagai. Dah di pelawa, apalagi... join jelahkan. Aku pun hidangkanlah roti canai kosong 2 keping, rendang daging mak aku masak. ada jugak dari takdekan.

lepas makan, boleh sambung main ngn google lagi. asam pedas oh asam pedas... kenapa memikat sangat ni?
konon-konon nk google asam pedas best kt Melaka untuk bawak kawan-kawan aku dari jauh makan kt sana. Tak pasal-pasal dah terangsang sekarang. dah macam mengidam ni...
^


^


^


^


^


^



^



^


Bulan January baru bertemu, yang pegi google asam pedas sekarang tu sape suruh?
hah rasakan..

Arrr.. tak boleh jadi ni, balik ne... kena buat asam pedas gak, tak de kembong. Daging pun  boleh... daging korban banyak kan....:)

2 ulasan:

Zuhaira berkata...

hehe saye pon suke asam pedas.. uh klu asam pedas ikan parang tu..adoii leh menambah2 smpai 4 kali.. haha

eiza berkata...

ui.. magic tu. bahaya tul jenama asam pedas ni kn. lagi-lagi kalau keluaran air tangan mak. peh x blh cakap ah. hihihi