Khamis, 30 September 2010

Berpantang dengan Nona Roguy

Memang best!

Amboi, awal2 dah kata best. betul ke? apa yang boleh saya katakan dalam set bersalin Nona Roguy, semua habis licin saya makan & pakai. kecuali akar herbanika tu.nanti saya cerita.

Minyak herbanika &  krim barut - memang sangat diperlukan lepas bersalin, minyak ne tak panas tapi berangin sikit. Masa bidan mengurut pun saya guna minyak ni. Urut seluruh badan, selesa sangat. lepas tu masa pakai bengkung sapukan pulak krim barut kat perut. saya letak banyak2 biar hangat dan ikat bengkung kuat-kuat. lepastu duduk berlunjur tengok tv. hehehe.. Kalau sengal2 dan rasa sejuk pun saya sapukan minyak herbanika je.

Herbanika Lulur - saya suka sangat. sebelum mandi sapukan nipis kat seluruh badan selepas di cairkan dengan air suam. bila dah nak kering tu gosok perlahan sebab serbuk lulur ni kasar sikit, kalau main tonyoh je kat kulit sakit. Lepas berlulur kulit akan jadi halus je... best. lagi satu, saya suka usap & gosok lama-lama sikit sebab lepas mandi badan akan rasa hangat je. Badan akan berpeluh dan bagus sangat untuk orang yang berpantang. Orang berpantang mane boleh bersejuk, kena berhangat-hangat. jadi nak berlulur berejam pun takde masalah. Lepas tu guna Uncang cuci herbanika untuk basuh bahagian bawah dan jahitan epi tu, rendamkn uncang dengan air panas, biarkan suam. lepas bercuci, rasa segar sangat. bahagian jahitan pun rasa hangat je, x bisa. InsyaAllah juga  segala lendiran dan darah kotor kita akan keluar banyak. lepas badan dah segar barulah best nak berurut dan berbengkung.


satu je yang saya kalah. memang dah ditakdirkan saya jenis yang susah nak telan ubat jenis cecair. so, saya memang tak minum air akar herbanika tu.Masih ada lg smpai sekarng :D
terasa rugi jgk, tap nak wat cmnerkn...


Dan yang paling best guna NR ne adalah Phytonatal , makan tablet ne memang sangat2 lawas bila time nak membuang tu. Tak sembelit langsung. tau2 jelah kan lepas bersalin adalah satu kengerian kalau nak ke tandas tu. serius. memang takut!  badan pun terasa hangat & sihat jew.. lagi satu, still boleh breastfeed baby dan susu akan keluar mencurah. InsyaAllah.
Alhamdulillah, Amber bebas dari jaudis. (kena jugak tapi sikit je, sentiasa bagi susu badan & kalau susu tak banyak sulamkan dengan air masak. Ohw, lagi satu bagi baby minum susu kambing, tp jgn banyak2 sebab susu kambingkn panas. takut baby tak tahan pulak). 

Paling risau kalau baby kena jaundis ni, penat kena ulang alik masuk hospital. dengan tak sampai hati nak tengok si comel tu ' dibogelkan' then di jemur bawah lampu. Aduh, tak sanggupnya nak tengok. Dahlah saya tak suka ke hospital. 



Pengalaman Bersalin

intro 
sakit. lama. sekejap. biru. kudrat. hilang.





p/s: Kalau ada sesapa yang tak habis makan tablet phytonatal time pantang aritu, mehlah bg kat saya. senang hati saya terima. :D

Tiada ulasan: