Selasa, 28 September 2010

Mari cerita sikit tentang Amber

 Haih awak ne buat mama rasa sayu je perasaan ne. Sebab tu kalau awak menangis tak berenti, mama pun ikut nangis sekali.. ish2.

  Kenapa rambut Amber lebat?
Tak tahu nak cakap, sama ada ianya dipengaruhi oleh pemakanan yang saya ambil. Tapi yang pasti masa nak lahirkan dia rambut tulah yang saya rasa dan bagi semangat untuk teran sampai dia keluar. Dan sebab rambut tulah jugak saya asik nak terkencing je bila berjalan, sikit2 toilet. letih tau.
Ramai sangat yang tanya pasal rambut Amber.

Sape tak geram tengok bayi sekecil ini. rasa nak gigit2 je..

Berpantang ok tak?
Sapa kata berpantang tu senang dan best! Ohw.. lebih baik sakit bersalin dari berpantang 44 hari. Kat hospital dah nangis, balik rumah lagilah berkali2 nangis kira hari bilalah nak baik luka ne. Ohw, luka jahitan memang tak berani nak tengok apatah lagi pegang. letak ubat pun main jirus2 je. Saya kurang selera makan masa berpantang. memang takde napsu nak makan. setiap kali mak bagi satu senduk nasi mesti berbaki. dahlah nak duduk sakit, penat menggayakan duduk dan baring je..
Nak tido, lagilah azab. saya rasa sepanjang berpantang saya memang tak cukup tidur je. nak tidur kena separuh duduk, tulang pinggul saya sampai naik tumpul agaknya, lenguh dgn sengal pinggang dah pakaej lain pulak. Tu belum lagi bab breast yang bengkak, nipple yang luka.  Malam2 nak layankan Amber asik karaoke je. Aduh penat sangat. Siang hari kena jaga Amber sendiri, mak tengok kejap2 je. Ya Allah. masa tu rasa macam dah tak kuat sangat. Nasib baik hari demi hari Amber makin sayang kat mama. tak banyak ragam. Tali pusat dia pun cepat tanggal. Alhamdulillah. 

Ohw. saya setuju dengan pendapat yang mengatakan lepas bersalin ne bukanlah masa terbaik untuk kita berziarah tengok baby. Kesian kt ibu sebab masa tu dia perlukan rehat, mana nak layankan diri sendiri, si kecil, tetamu lagi, dengan keadaan diri yang serba serabai. Orang lain tak, saya serabai hokey!!!.. Dengan badan yang masih sakit-sakit. Ingat lagi, masa kat hospital. Amber asik nak menyusu je, mungkin masa tu susu saya belum banyak. jadi dia tak puas. Asik nak melekap je, kalau letak je nangis, letak je nangis. sengal dan sakit tangan saya pun tak ilang lagi, Amber asik nak dipangku & nak susu je. Saya susukan Amber dengan tangan menggigil nak ampu Amber, sampai nak terjatuh Amber dari saya. sebab tangan saya kebas giler. waktu tu saya menagis dalam hati selebatnya. Nak nangis betul2 segan. Memang Dugaan betul tapi sentiasa manis untuk di kenang. Pertama kali seumur hidup kan.


p/s : Wanita yang bergelar ibu memang hebat. saya yang baru jadi ibu kepada seorang bayi pun dah rasa hebat dan bangga sangat, inikan pulak ibu2 9-10 orang anak. Memang tak terucaplah.

2 ulasan:

lovely2gether berkata...

sama la kite wak..sy pun x berani nak tgk luka jahitan..rasa ngilu..bisa..pedih..hari2 rasa cam diri ni kotor je sbb takut nak cuci lebih2 tang situ..lagi satu azab sy masa nak buang air besar..seksa..tiap kali nak buang mesti nangis..berpantang mmg dugaan buat sy..huhu~

apa2 pun kite berdua dah berjaya menjadi seorang ibu walaupun pengalaman tu baru sekelumit..insyaAllah nnt kite bole jadi ibu yang hebat! ^_^

eiza berkata...

hehehe...

tak kira nak jugak mengaku kita neh ibu yang hebat. walau sakit, tapi kejap je semua tu hilang bila tengok si comel, buah hati pengarang jantung neh, sentiasa buat aksi ooo... cute...

ape pun, kita memang hebatkan awak.. :D