Jumaat, 13 Mei 2011

ikan oh~ ikan

Aku memang suka ke pasar, sbb aku suka tengok ikan.  Lagi-lagi kalau balik Pt. Jawa. Awal pagi aku dah kejut hubby ajak pg pasar. Menariknya kat sini, Pasar Pt jawa dekat ngn jeti pendaratan ikan. Dan dekat jugaklah dengan gerai asam pedas pt jawa yng femes tu.


Kat sini boleh nampak macam-macam ikan. yang kecik, yang besar, berlambak okey!
Aku tak taulah ikan-ikan ni dr mana. means mmg dr laut tp tak tau dr pt jawa atau bt pahat ke, mersing ke... sbbnya kdg tokey2 yg tgkp ikan laut ni, bile ikan besar2 dan mahal biasanya diorg xjual kt sini. diorang export. nak untung lebih. jadi ikan -ikan yg kat sini pun kdg2 dr tmpat lain jugak. 

Harga jangan main2 hokey, Aku tengok skrg harga ikan bukan main mahal lagi. Ikan kembung sekilo dah rm10+. Belum lagi ikan merah ke, tengiri ke, naik takut nak makan ikan laut skrg ni. Mujurlah hari tu aku mmg dah niat nak cari ikan parang je. nak buat asam pedas. ikan parang je ea... 

Hah ambik sekali tengok harga sekilo RM30! pengsan. 
Laki aku dah main lari2 dah. ngelatlah tu.. jalan2 ujung meja lagi nampaklah ikan parang yg kecik sikit, sekilo rm16. Tak payah tunggu lagi. teros pilih.. rasanya itu paling murah. hehe... sebab nak layankan tekak ni. ambiklah sekor yang dah cacat ekor sbb kena gigit ngn ikan parang beso kot.  Tapi cacat2 pun fresh okey.. sebab aku tengok insang dia merah lagi dn badan pun keras, bukan keras ais ea..
ambiklah juga ikan kembung sekilo, ikan duri sekilo. Ikan duri tu aku tak taulah ikan ape.. tapi durinya mmg banyak sgt serupa ikan parang. sedap di goreng garing. aku suka ratah je.. tak cukup! 

 Sekilo rm30

sapa kata takde orang beli, sekali tu ada sorang abang tu main ambik ikan prang besor ni. dengar2 dia kena dekat rm70 jugaklah. Tapi ikan memag beso. Aku jadilah ambik yg kecik n cacat ekor.. aku marhaen je.. telan liur nak bayo ikan mahal2 ni.

pst: penah dengar tak orang kata ikan parang kalo ade telur, isi ikan tu mesti dah tak manis. tapi kalo ikan tu tkde telur isinya manis. sedap. wallahualam.

bisik2 kat hubby mintak ikan merah sekor buat lauk Amber pun dia dah bg sedas. Amber punya ke awak punya ni?? hahaha...Tapi mengenangkan bini dia cuma sorang ni je, maka turutkanlah jua.. Ala ikan merah sederhana besar je. taklah yang gedabak tu. yg besar2 harga dah lain tao.


 Tengok, bukan main meriah lagi ikan2 ni posing kan. 

Jalan lagi jumpa  ikan bawal sekor rm75. aduyai betol ke ni?? Aku tak taulah ni harga memang cekik darah ke apa. tapi aku takde cakap pun ikan2 kat sini murah yea.. cuma klo nak di bandingkan dengan pasar tmpat lain sini lagi freshlah. boleh jamin.



 Tengok, besar gedabak ikan jenahak ni. well nasib baik i tak mgandung, klo tak boleh buat-buat ngidam nak ikan besar. hihihi.. tarik nafas  hubby.

Jadi puas hati haku dapat beli ikan stok seminggu. 
Balik masak asam pedas ikan parang, hubby aku jugak yang lebih... 
Best moment adalah time lunch makan ramai2, sape yg amik ikan parang sume tercekik duri... hahaha...
aku juga yang kena habiskan... : p


Tiada ulasan: