Isnin, 16 Januari 2012

Janji lah, 2012 lebih baik dari dulu

Permulaan yang baik.

Murah rezeki. Alhamdulillah  rezeki betambah dari segi kewangan. Juga bertambah kasih sayang antara kami. Yang jelas, tak mahu berjauhan dan sentiasa mahu bersama waktu cuti rehat macamni.
cuma, yang belumnya dari segi quantiti.
-bertambah bilangan ahli keluarga.
setakat ni cuma bertiga.

Bagi aku apa yang baik dalam hidup ialah, tenang & tenteram.
Dan, biasanya tenang tu kita akan dapa rasakan jika hidup ni tak mendatang banyak masalah. tak banyak tekanan dan selalu berasa aman.

Sumber rezeki juga salah satu daripadanya, carilah rezeki yang halal, sikit tak apa. Kau akan rasa bagaimana sedapnya menikmati rezeki yang berkat.
Belajarlah berasa cukup. Maka kita dekat dengan rasa Bersyukur.

Jika terhimpit. Carilah jalan keluar dengan cara yang bijaksana. Berhutang bukan caranya....  percayalah

Tapi, susahkan nak belajar bagaimana memahami rasa cukup. Sedangkan nafsu bergelora memujuk suruh dapatkan itu, dapatkan ini. Sentiasa,
Aku pun bukanlah kuat sangat nak tahankan itu semua. kadang-kadang tewas juga. jadi ingatkan sesama sendirilah... lawan. lawan nafsu jahat. hehehe


Sempena 2012, aku tak pernah buat azam sebenarnya. Bagi aku, janji itu kalau tak ditepati umpama berhutang. Dan aku paling tak suka berhutang. kalau aku tak suka berhutang pada orang, lagilah aku tak suka berhutang pada diri sendiri kan. Baru normal.
Aku mahu melihat cahaya mata ku bersinar bak permata. Aku mahu lakukan yang terbaik hanya untuk dia. Cinta, kalau sudah dirasa, indahkan.  Buat diri aku, tentunya aku mahu jadi lebih baik dari dulu... lebih matang dalam meneruskan hidup, lebih sabar terutamanya...

dan sebenarnya aku mahu jumpa *hidayah*..... :)
Aku mahu, supaya aku kuat, tak terleka dengan tipudaya dunia. Berubah sedikit-demi sedikit, dan tentunya jauhkanlah aku dari sifat munafik.

Perelokkanlah aku dari segi tingkah laku, tanamkanlah dalam hati ku kuat-kuat.



"Ya Allah, kurniakanlah aku rasa cinta kepadaMu melebihi cintaku kepada keluargaku."

Tiada ulasan: