Khamis, 10 November 2011

Sumpah Takde niat aku nak susahkan dia.

Assalammualaikum..

Lama aku tak jejak jari kat sini. Masa terlalu mencemburui...ah yer lah tu.
Okay, sekarang ni aku adalah buat bisnes sikit. Jual kek.
Takdelah kek vouge ke ape kan. kek simple je. Kek keramel. jatuh hati plk dengan kek keramel ni.
Dan, bila kita jual kek ni of courselah nak untung kn. tak pun dapat balik modal jadilah. Macam aku mula-mula jual kek ni, size 7' RM20. aku rasa murah sangat. yelah step nak buat kek ni sangat leceh okay. Jadi sekarang aku jual RM25.

Masa aku jual  tu cuak jugak, ok ke tak kek ni, cust suka ke tak. Alhamdulillah penerimaan adalah sangat baik dan order makin banyak. Terima Kasih Allah. dan masa tu aku masih jual RM20. yang mana murah sangat tu aku anggap sedekah je.

 kek keramel



Bila aku dah nampak peluang berniaga kek ni ada, aku cuba ajak opismate aku belajar buat kek ni. Sebelum tu banyak juga jenis kek yang dia cuba. ada yang jadi, ada yang tak. biasalah first time. aku dapat rasakan kalau buat kek tak jadi. hampa tau. rasa rugi je duit gaji kuar modal beli bahan. tak berbaloi.
Tapi, kenalah mencuba juga kan. jangan putus asa.

Then, aku ada dapat order 10 biji kek untuk hari yang sama. mengikut pengalaman sebelum ni, mau pengsan aku nak siapkan tempahan sekali banyak macamtu. aku bukan surirumah sepenuh masa ok. aku bekerja, paling awal pun boleh balik umah kul 6pm.
Jadi, offer opismate aku tu buat 2 biji. mana tau ini permulaan buat dia untuk mulakan bisnes kek. sebelum tu kenalah try dulukan . first produk. Mane boleh main buat pastu jual, padahal kita tak tau rasanya macamana. Dan seperti yg aku cakap td, semua ni memang kena keluar modal sikit.

Tiba-tiba, ada seorang hamba Allah. aku sangat baik dengan dia ok. tanya aku pasal kek. dan cara dia cakap seolah-olah menyalahkan aku sebab, aku ni macam saja je nak *bako darah akk yang nak belajar buat kek tu.

" Dia kan tengah takde duit, asik nak keluar duit modal buat kek je. kesian dia. ko ni suruh dia buat kek macam-macam."

Aku terkedu & terdiam.
Sumpah! Aku tak pernah paksa atau nak dengki dengan akk tu. Niat aku cuma nak bantu, sebab sebelum ni akk tu sendiri ada bagitau aku yang dia memang nak buat bisnes jual kek ke, egg tart. Dan aku rasa, tak salah kalau aku offer peluang ni pada dia. memanglah tak untung banyak, at least belajar dan rasa sendiri hasilnya bagaimana.

Aku yakin Allah sentiasa ada untuk membantu dan membuka jalan selanjutnya.

Tak sangka pulaklah niat aku ni, di salah tafsir oleh orang lain. kesannya sampai sekarang, aku rasa bersalah dan aku rasa macam aku ni jahat sangat sebab susahkan orang macam tu sekali.
sekarang aku serba salah, aku tak kisah pun kalau dia taknak buat kek keramel yang 2 biji tu. insyaAllah aku boleh buat.

entah.entah.entah.

Tiada ulasan: