Selasa, 4 Oktober 2011

Percayalah, janji Tuhan itu pasti....

Mintalah padaNYA dengan bersungguh-sungguh. PASTI dikabulkan untuk kita. Kadang, bukan dengan apa yang kita harapkan. tetapi ternyata DIA memberikan dengan pilihan yang lebih baik. Perasan tak?
Tak kiralah samada cepat @ lambat, yang pasti ianya tetap ada buat kita. tak kiralah samada dikabulkan permintaan kita di dunia @ di akhirat nanti, yang pasti ianya tetap buat kita.

Syawal ini, aku sematkan dalam hati buat semua perkara dengan ikhlas. Ibadahku, puasaku, sedekahku, semuanya InsyaAllah. walau mungkin tak semeriah orang lain , yang baju rayanya berpasang-pasang, deco rumahnya baru, kuih rayanya berbalang-balang, sambut rayanya sehabis meriahlah kan. Tapi, dengan advance raya $200 apalah yg boleh dihentam kan. Hehehe...

Itu pun awal-awal dah di tempah untuk dijadikan duit raya, dapatlah merasa sorang sikit.
Yang sikit tulah ikhlas dari aku buat kalian...
sikit pun tak ralat.

Aku tak ralat pun walau tak dapat rasa shooping tak hinggat raya tahun ni. Adatlahkan rezeki masing-masing.
dan mungkin sbb aku agak steady tak dapat 'beraya sakan'. Rezeki buat Amber mencurah-curah.
Alhamdulilah sedekah ku mungkin diterima yang Esa.

' Sekali kita bersedekah, Allah balas 10 kali rezeki buat kita'

Baru aku nampak dengan jelas, dan lepas raya ada rezeki lagi buat aku. Alhamdulillah. ALhamdulillah. Alhamdulillah....
Jadinya duit raya Amber aku simpan kemas dan selamat aku titipkan ke akaun simpanan. InsyaAllah tak usik..:)

Dapatlah aku hantar si kenari pergi medical check up, siap buat treatment sekali.
pre-total hangus RM750!

Dapatlah juga belanja mak abah aku dinner.

Aku nak ingatkan diri aku sendiri, bila rasa nak sedekah niatlah dengan ikhlas, walau sikit yang penting ikhlas. Mungkin hari ni, kita susah tapi.... ada lagi orang lain yang lagi susah.
Jangan mengeluh mengenang nasib. samalah kita mempertikaikan takdir Tuhan. Mengadulah padaNYA. mintalah. mintalah.mintalah padaNYA. Pasti ada buat kita.

1 ulasan:

Tihara berkata...

betul sedekah itu sangat2 bagus..
nice entry

JUM SERTAI GIVEAWAY SAYA :)