Khamis, 28 Julai 2011

Duhai poket....baru nak penuh, dah BOCOR lagi.

Begini rasanya hidup, bila dah pikul tangjawab sendiri. Banyak benda nak kena bayar. Bulan ni kan kena renew roadtax/ insurans kereta hubby.
Alahai, berapa sen sangat bonus yang hubby dapat. nak kena labur kat kereta pulak. tak merasa.

Memang,
Aku sebagai pekerja biasa, yang standard nya pun sederhana saja. marhaen katakan agak terasa dengan harga barang-barang yang meningkat. Aku rasa dah cukup puas aku berjimat cermat selama ni. Tapi dengan banyak benda yang kena bayar, rasanya tetap sama je. tak berbaloi. hujung bulan kena kuis-kuis handbag sendiri.
Itu belum kira lagi liabiliti yang ada. Anak perlu di sediakan keperluannya, kos nya bukan sikit. Pengasuh harus di bayar. belum perbelanjaan harian. barang-barang dapur lagi, hutang kereta, petrol, insurans...
rasanya kalau aku jadi suri rumahtangga sepenuh masa..
PENGSAN! hubby...

Simpanan.
Belum cukup istiqomah untuk menabung secara tetap.
kalau ada lebih, adalah... kalau tidak, senyap.

Nak berjimba? sekarang, kena fikir 2,3 kali. Kirakan dulu budget untuk sampaikan ke bulan gaji seterusnya. Penat dah cari alternatif nak jadi kaya raya. hehehe...
belum rezeki atau pun bukan rezeki aku untuk merasa.
Aku rasa bila dah ada anak ni, automatiklah mesti jadi lebih matang. belanja pun terkawal, tak macam zaman bujang dulu. membazir sana sini. Sekarang lebih beringat, PENATnya dan PAYAHNYA NAK CARI REZEKI YANG HALAL.


Sapa taknak hidup senang, kerja best. holiday memanjang. dapat beli apa yang berkenan di hati. Macam aku kerja yang biasa-biasa ni, dapat jalan-jalan kat Tanjung Emas Muar seminggu sekali pun dah bersyukur sangat. haha
Nak makan sedap? better beli dan buat sendiri. mana resepi yang tau tu try lh. kalau tak tau tu, apa boleh buat. beli.
Kalau nak jalan jauh-jauh pulak, kena cari yang paling muuuuurrrrrrrahhhhh. baru pegi, tapi, kena catu duit makan hari-hari dulu. kumpul duit.
kenalah usahakan. jimat lagilah...

Hidup sederhana ni, taklah teruk sangat. Yang penting rezeki yang kita dapat halal. Kalau nak turut nafsu perempuan aku yang 9 ni memang terkujat-terkujatlah hubby aku nak ikut. Jadi, cuba jadi sabar untuk dapatkan apa yang dihajati. tak kisahlah lama ke kejap ke, kalau duit tu berkat, InsyaAllah. berbunga dalam hati.

Aku dah biasa dah. selama ni, apa je yang aku nak aku beli sendiri. cuma sesekali je minta kat hubby dapat. Biasanya memang aku cermat kumpul duit nak pinang barang yang aku suka. perempuan, biasalah... handbag, kasut, baju kan. Dan, aku jenis kalau dah suka terus pinang je, tahan -tahan kejap kalau harga mahal sangat.tapi, biasanya barang-barang aku paling mahal seratus dua je. tak mahal kan. Tapi bukan selalu okay. boleh dikira berapa bulan sekali aku belanja.
Tak cukup berjimat lagi ke?

Dan, kadang-kadang aku terfikir, orang kaya. yang banyak duit. level juta-juta.
boleh ke diorang urus duit banyak-banyak tu? Tu pun, masih ada yang rasa tak cukup. nak lagi, nak lagi.
pelik kan.
Dan, masih lagi juga orang yang hidup lebih baik dari aku, kerja best, dapt pergi holiday selalu, makan kt restoran hari-hari. masih lagi bising, itu tak cukup, ini kurang, pening itu nak bayar, ini nak bayar. wel kalau lah dia merasa hidup di bawah......

Tiada ulasan: