Sabtu, 19 Mac 2011

Penangan budu mek Salmah. Insaf

Dah lama aku simpan niat, nak buat nasi kerabu. setelah hari2 aku google gambar dia. Rasa teringin menjadi2...
Senangnya kalau beli je kan. maklomlah duduk kat selatan ni manalah nak jumpe nasi kerabu tu selalu. Untung2 pun jumpa hari minggu kat pasar malam je. Dan, nak berjalan ke pasar malam tu pulak satu hal malas yg maha tinggi. Semata2 nk cari nasi kerabu yang bagaikan biskut merry tu? sorry.

Jadi, aku dah tekad dah. Apa nak jadi, jadilah minggu ni nak buat nasi kerabu jua. Walhal mak dah pesan. Nasi kerabu buat sendiri x sedap. beli baru sedap. boleh? patah dah semangat sikit. takpelah...

Jadi. permulaan try buat solok lada dulu. alah senang je.... tumbuk2 cmpaur2 semua rebus. Tapi, aku nak marahlah.. sebab tak menderhaka pada resepi. solok lada aku tawar dan hancur? cmne!!!
Dah mak aku beriya2 start enjin jadi google sediakan resepi ulangan, bagtau solok lada tu kena kukusjelah.. itulah inilah... padahal mula2 dia yg tanak masuk campur. 



ohw, teringat dulu2, masa muda tengah belajar kat negeri orang. ceh sebelah negeri sendiri jek. Kat situlah aku jumpe mek2 salmah kelantan, Yang cakapnya sebiji buat aku ternganga tak faham. pekat betul dialek kelantan. sorang Mek ni memanglah kuat makan *berdasarkan size badan, aku syak. Jadi aku tak heran dalam bilik penuh stok makanan dan budu kelantan. Budu mesti cap ketereh. Hari2 time makan mesti berbudu, nasi tu smpai tenggelam sbb budu. Ayayai.....

dahlah bau semacam, duduk hostel manelah ko nk cari limau nipis ke, lada ke. jadi apa yang ada telan.
Dah kegilaan tu berjangkit dgn budak2 rumah yg lain, tak semua tapi bolehlah buat korum minah2 budu seangkatan. Bayangkan budak bandar totok pun boleh terjerumus. Bahaya!

Aku ingat lagi time diorang makan, tak lalu aku berjemaah sekali. yelah dengan bau dan stuktur budu semacam buat geli geleman anak tekak ni wei....

Tapi, nasi kerabu aku makan. 

Yelah nak citerlah ni. 

Satu hari aku kutuk2 mkanan asasi mek ni, wah dah tukar eh, makanan asasi kelantan budu, nasi pembangkit selera ja. hehehe... Dan dia pun apa lagi, sound lah juga kata negeri aku macam2.. peh aku cuma berani lawan mulut jelah, sbb size dia dah mcm enot* kecik sikit enot kot. Tapi last2 dari mana tah dia tau aku ni makan nasi kerabu. dia bising2 cakap bhs dia, mu make budu.. mu make budu. 
eh.. mek ni, bile mase plk aku ni makan budu dia. hai tak kose aku. Nak pandang pun tak sudi, apatah lagi makan. mimpi ah. eksyen tuh!

Satu hari bulan pose, kitorang ramai2 lah ke bazar Ramadhan kat depan Melaka Sentral, jadi, aku pun sukalah..sbb time tu ja boleh jumpe pelbagai mkanan yg best. exspecially nasi kerabu. Jadi, masa beli tu aku mintak akk tu kuah & sambal lada lebih. Sampai rumah, apa lagi mek ni ambik peluanglah basuh n libas aku cukup2.. Mu tuh make budu, tau nasi kerabu nih letak budu!

Hah? what?
OMG. Aku tak caye, sbb kenapa selama aku makan nasi kerabu tak bau budu pon? budu kan ade bau mcm hamis2 sikitkan. Auw... pedih u.... kena tembak dengan peluru pepandu... woohaa....
Tapi, itulah hakikatnya, nak lari mane pun tak boleh, nak ngaku malu... nasi kerabu tanpa budu. hah? ape tu?? tak rasa ape weih...

Jadi, itulah kepahitan yang terpaksa di telan. si jawa yg eksyen katakan tidak, padahal mahu...hahaha...

Tapi, sampai sekarang aku tak tergamak lagi nak makan budu mcm tu je selain makan dgn nasi kerabu. Jadi, stok budu 3 botol yang aku kirim dr Kelantan tu, smpai skrg tak terusik. setelah cobaan solok lada agak mengecewakan. Aku semacam tak beranilah pulak nak up lg buat nasi kerabu. hehehe
Tak taulah nak bergantung harap kat akk pasar malam tu ke, atau percaya pada kehebatan sendiri... ceh!

Kepada mek Salmah,*bukan nama sebenar. Cukup2lah menjalani hidup dengan budu. Abis kalau letak dia kat Afrika pun, budu stok macam hidup kat Kelantan ape citer weih.... heheh



Tiada ulasan: