Jumaat, 22 Julai 2011
Tibalah masanya.....
Sebelum ini, aku juga macam rata-rata perempuan dalam Malaysia. Yang imannya setipis kulit bawang, akidahnya mudah bolos. ialah, waktu tu masih muda katakan. lihat saja sekeliling semuanya nampak biasa, pakai baju jarang-jarang biasa kan. pakai legging biasa. pakai baju singkat biasa jugak, baju leher terdedah, pun biasa jugak, apa lagi rambut rebonding, curly, boot cut, layer... semua tu memang biasa nampak dah. Apa yang pelik dan luar biasa bila nampak orang pakai baju tutup semua, berjubah hitam berpudah tutup muka. ayoo takut..
tengok berkali-kali sebab nampak pelik dan luar biasa.
Padahal, sebenarnya itulah yang pakaian yang sepatutnya.
Lalu, oleh kerana aku rasa semua tu biasa je, mulalah sibuk nak curly rambut juga. sibuk nak pakai baju dedah2 dada. sibuk nak tayang body. nak up to date lah kononnya.
Waktu tu aku rasa, lepak2 minum kat kedai malam-malam, itu biasa. orang lain pun buatkan.
Keluar pegang tangan, yang kononnya rasa sweet sgt-sgt, itu pun biasa jugak. boleh tayang kat orang, bf aku hensem. pandangan akulah..
Aku rasa nak tiru semua yang orang lain buat.
Dulu, aku free hair di luar, tp pergi kerja, bertudung. hipokrit kan!
ya memang.
Boleh pulak ada istilah dalam diri, belum terbukak hati nk fully berhijab. waklooo ingat mcm brestfeeding ke ape, hasil kurang je boleh stop-stop.
Tapi, sumpah. dalam diam sebenarnya aku tak tenteram. aku rasa macam hidup aku ni ada je yang kurang. tak cukup lengkap, dan selalu resah.
Apalah ertinya berhijab setakat di ofis kan. padahal belajar agama sampai darjah khas. tapi, akidah masih goyah.
Sampai satu tahap. lepas kawen yang mana aku sendiri pun tak perasan sebenarnya. Bila aku mula biasakan diri berhijab kemana-mana.
Habislah rambut curly aku....
Tapi, aku dah tak kisah sbb rambut curly tak payah jaga susah-susah kan... hehehe
Dan, apabila makin kerap aku biasakan diri berhijab, aku jadi makin selesa dan makin tak biasa kalau keluar tanpa hijab.
Ajaib kan.
Ajaibnya tentang apa yang aku rasa. bila aku semakin patuh. aku mula rasa diri aku terjaga.
dari situ pulak, aku jadi rajin untuk cari blog-blog yang berilmiah sikit untuk dibaca. tentang aurat, tentang jiwa, tentang agama.
Perlahan-lahan, aku cuba untuk tutup seluruh anggota. pakai baju lengan panjang kema-mana. Serious. perubahan ini, perlukan modal yang cukup besar. Dan, aku kena fikir banyak kali kalau nak beli baju baru sekarang.
kenalah tahan godaan lagi, lihat baju jarang-jarang bersusun dalam almari. emmm...
Dosa facebook
Bukan setakat facebook jer.. banyak sangat laman sosial yang aku join, lepas tu, faham-fahamlah bila dh join mesti nk upload gambar yang gebu-gebu kan. perasaan aku je tu.
sampai ada beberapa laman tu sampai aku lupa password aku sendiri. jadi cmne nak delete a/k nih???
haih...
Ini salah satu perkara yang aku ralat sangat. mungkin bagi sesetengah orang, alah friendster/myspace je pown.
tapi kt situ semua picta2 aku sedang berjimba separuh bogel bai!. hahaha..
betullahkan kalau aurat tak tutup sempurna, umpama berbogellah kan. (salah sila betulkan)
Itu belum sentuh soal yang lagi besar lagi, soal solat. solat celup-celup.
yang mana, dulu subuh selalu kena tinggal je. Dua rakaat je woi, bukan lama mana. tapi waktu tu, mana nak fikir dosa. mana sempat fikir ular dalam kubur, kena himpit tanah..kan..kan..
Memang, bukan senang.
Kena sentiasa ingat dan takut.
Alhamdulillah. sekarang subuh gajah pun, InsyaAllah ingat. buat.
Sekarang ni, bila aku dah melalui sebahagian usia yang aku rasakan sia-sia. aku jadi ralat sangat-sangat. Menyesal dengan kejahilan sendiri, meratapi betapa gagalnya aku menjadi seorang wanita yang sepatutnya di hormati.
sungguh.
menyesal kan.
Entry ni bukan nak menunjukkan betapa bagusnya aku sekarang. cuba saja nak ingatkan diri sendiri terutamanya. zaman untuk aku enjoy mungkin dah berakhir. sekarang mungkin tiba masanya untuk aku mula jadi manusia yang sekurang-kurangnya berharga dan punya bekal bila tibanya waktu aku mati nanti.
Tak guna menyesalkan bila semua dah terjadi, kalaulah boleh di putarkan masa dan undur waktu dulu-dulu. sekarang aku mungkin dah jadi ustazah dah. rasa takut & menyesal ni berat sangat-sangat. kalau jadi ustazah mesti dah senyum sampai telinga je kan. alah ustazah pun kene tangkap basah.
hahaha...
tulah susah.
nanti aku pikirlah nak jadi ape.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana masih mengizinkan hambaNya bermuhasabah.
ya. InsyaAllah. masih ada jalan & ruang sekurang-kurangnya.
Catat Ulasan