Ahad, 24 Julai 2011

Diary weekend ini

Semalam, lepas solat subuh gajah, seperti biasa. check bakul baju kotor dalam  bilik. Ya Allah.. melimpah  macam lahar gunung berapi dah. Ingat balik, oh ya.. minggu ni memang tak membasuh pun. bakul penuh pakaian kotor seminggu.
Jengah Amber atas katil, tidur lagi. baguslah. cium baju kotor sekali bau. ah, semuanya masam. angkut bawa ke bilik air, nasib baik ada mesin basuh. sambil asingkan kain dan masukkan sehelai demi sehelai, selain tu check kat poket2 mana tau ada duit terselit. selalunya ada.. jadikan reward untuk diri sendiri. hahaha... sempat berangan kan best kalau ada w/m automatic.. masuk je terus siap bilas tinggal jemur je. tapi kan best kalau lepas tu siap kering, tinggal lipat je, eh tapikan best kalau terus siap lipat kan..
tak bersyukur betul apa yang ada.

Pergi dapur, masak bubur Amber guna rice cooker. Hari ni, menunya bubur ikan kembung. Kembung je yang ada nak oi...
hiris2 bawang, rebus ikan, hiris carrot & kentang. campak semua tu dalam periuk bubur tadi. ikan taklah kan, kena asingkan tulang dulu. baru boleh kasi terjunnnn!!

Sambil-sambil tu, buat sarapan nasi goreng. untuk makhluk2 yang masih tidur lagi.

Planning hari ni, nak berkelah sambil makan-makan di pesisir pantai Cherating. tak pun beriadah di taman buaya Melaka. Erm, berbbQ pun best jugak kan. buat di depan rumah.
ah. berangan saja. rutin macam biasalah weekend ni. duk umah tgk tv.

Tiba-tiba.. jeng-jeng..
 Hubby ajak makan coconut shake Klebang kat Melaka. Hahaha.. ala nak balas dendamlah tu, mggu lepas mase pegi. kedainya tutup. boleh kan, cuba kalau aku?
takdaknyeeeee.

Jadi, oleh kerana hari ni, urusan rumahtangga berjalan lancar dan siap awal. setujulah.

Sepanjang jalanraya di Melaka, jem tak hingat. panas. rimas. haih setiap minggu macam ni. tak agak-agak kan macamlah tiap mggu ko jejak kaki ke Melaka ni.
Tapi mmg pun, tiap kali pg mesti jln jam tau.
Malas nak masuk pusat bandar, lalu jalan ke Pulau Gadong, sampailah ke warung coconut shake tu.
Serius!

Aku first time minum. sbb aku mmg tak suka minum shake ni.
Boleh ditelan. sedaaaaaaaaaaaaap!
erm... teringat2 tau time tgh tapi ni.
Tak lepak kat situ pun, penuh! bungkus je minum dalam kereta.

Next destination aku pulaklah yg ajakkan. jom ke JJ
Azabnya nak cari parking. kalau aku yang drive. aku block belakang kete sesapa. suka-suka je kan.
Lepas parking, masuk dalam Cari tempat nak makan dulu.
Aku dah jeling-jeling Kenny Rogers..

Tapi, jalan-jalan dulu sampailah kat section sushi JJ tu, terus borong sushi. ceh macamlah banyak kan sampai taip borong. Oklah amik sushi semuanya beharga $21.80. duduk kat meja food court. tetiba ada orang order.,

"nak sizzling mee satu, eh yee meelah."

bangun, pergi ke section sizzling dan order. Jalan-jalan pastu berenti kat section pantai timur, berkenan pulak, pinanglah nasi kerabu satu.

Keluarkan lunch box Amber. ceh tatahan.... oklah bekal. suapkan bubur ikan. Amber suka sangat, makan hingga habis. tandanya sedaplah tuh.

Aku plak makan, lepas hubby habis makan sizzling dier yang masin sikit tuh. kenapa ek sizzling kat JJ ni x sesedap sizzling kat Mahkota parade??
Aku pun bismillah.... nasi kerabu. pedas. sedap. nyum....

duduk lagi takmo bangun, buka sushi sepeket. Hubby buat lawak bodo. makan wasabi setengah paket. Nah rasakan, baru tau langit tu tinggi ke rendah kn... hehehe..
Bersedia untuk tinggalkan food court. Habis semua sushi aku makan kat situh!



Jalan-jalan, try kasut, belek baju... jalan-jalan lagi order takoyaki.. ?(betul ke namanya).. wah tekak jepun kita hari ni bang..

Lepas penat tolak stroller & troli, mengada Amber ni tau, nampak troli terus nak terjun ke situ. Stroller pun di lupakan.
Nampak durian, hubby dah racun-racun suh amik. amboi pandailah tu. kalau aku ambik, akulah yang kena bayar kan. $ 20 sepeket. tak kuasa!!

Lepas tersedar diri, haruslah pulang ke pangkal jalan. Mana taknyer, h/p aku asik in/call je.. mak sibuk suh balik. apa da....
Sebelum berangkat pulang, kita Bismillah dulu dengan Mee Bakso depan Hospital Melaka. sedap you....




tapi, sebelum tu,

Dipertontonkan maharani lawak mata belalang kepada semua...


 * 



*



*



*





*
*














*











tada...

hoho... elegent tak??




Aiya, gelap tak nampaklah..



p/:- Bang... Kenny Rogers i mane???

2 ulasan:

. berkata...

besarnya spek dia.

mommyAmberena berkata...

haha... mana lagi tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..
erk..