Isnin, 11 Julai 2011

Aku tak suka orang begini

Semalam keluar dengan hubby, cari barang dapur di pasar mini.
terperasan kawan lama yang dulu masa sekolah langsung x pernah bertegur sapa. tapi, oleh kerana dia dah jadi adik ipar kepada kawan baik sendiri. terus jadi baik. oklah tu kan.

Macam biasa tanya perkembangan diri masing-masing.

macam selalu juga, sibuk tanya aku bila nak bertambah bilangan ahli keluarga.
haih tak pernahnya habis. sebelum kawin sibuk lah asik tanya bila. bila, lepas tu sibuk lagi bila nak dapat baby. bila dah dapat Amber, ingat dah lengkap. rupanya sibuk suruh tambah anak lagi cepat-cepat. haih...

Aku, biasalah cuba jadi selamba dan berlapang dada. insyaAllah... nanti. jawab aku

Tapi, kali pertama buat aku terkejut beruk dan hampir mahu bertukar kaler muka apabila dia tanya soalan ini.

' yang kat tangan ko tu zhulian ke?'

...


..



.

Apa aku nak jawab ni eiza. bengang dah padat dalam hati ni.

aku senyum pura-pura tak dengar.

Dia tanya lagi.
sebenarnya dalam hati aku tak mahu bengangkan dia dan aku tak mahu besar diri,
jadi apa pilihan yang aku ada? dia dah sibuk jeling2 usha ket lengan aku. pakai baju lengan pendek memang tak boleh sorok mana lah bai.

Jadi aku senyum je dan kata 'taklah'

ingat habis disitu.

' Ye ke? tengok macam zhulian je?'

oohh... masih terbayang muka dia masa cakap macam tu.

' Oh taklah. ni emas 916. ala.. dah lama aku beli, track in rantai aku yang putus tu.'
sengaja cakap jujur, sebab dah bengang sangat dah..

'oh ingatkan zhulian..'









Aku rasa situasi tu pelik, sebab biasanya aku selalu berdepan dengan situasi yang berbeza dari atas. Kadang-kadang bila jadi terlalu jujur, apa dalam hati senang sangat keluar tanpa di tapis nipis. maka jadilah orang yang bermulut leser. tak tau jaga hati orang.

apa yang aku ada ni bukanlah hebat sangat. sampai aku nak bangga2 diri depan orang. cuma aku betul2 tak sabar dan tak terima bila di tuduh sebegitu. tanpa usul periksa.

dengan dia ni memang dah banyak kali, waima dengan kawan aku sendiri merangkap akak ipar dia.

Dengan orang sebegini, rasa macam tak payah nak simpan-simpan apa yang ada. kalau boleh semua nak tunjuk keluar biar dia senyap sikit. tapi, boleh ke senyap? entah-entah makin banyak spekulasi yang dia buat.

Tiada ulasan: