Khamis, 16 Februari 2012

Betul-betul buat aku tak tahan...

Sesekali bila duduk sendiri. Tiba-tiba rasa teringin sekali  ulang saat-saat datangnya orang baru.
Orang baru disini maksudnya si kecil' bukan si madu ye..

Aku jadi teringin sekali cium bau bayi. aku jadi sudi mengulit mungil tubuh si bayi. Rindunya saat -saat Amberena masih bayi. Begitukah Tuhan hilangkan rasa serik bersalin pada seorang wanita???..

Aku rasa ya.

Aku betul-betul mahu rasa lagi suasana berpantang. Yang dulu kalau diingat2 berkali juga aku menangis dalam sehari. :)
Maklumlah pertama kali.
Dah terbayang lauk rebus kukus yang aku telan dulu. kenapa tah aku rasa macam lazat sangat. Aku nak rasa lagi...

Kenapa ni, yang aku rasa sekarang rindu...sangat-sangat.
Ini signal agaknya...
hehehehe...


Sepanjang aku membesarkan anak pertama, ikhlas ini yang aku rasa.
pertamanya penat. Ada masanya aku rasa tak larat. Maklumlah semakin membesar semakin dia lasak tak ingat. pandai merengek, pandai meminta, pandai dah nak merajuk-rajuk dah sekarang, yang paling best sekali  asik nak cari gaduh je dengan aku ni, tapi aku selalu kalah lah bila dia panggil aku " ammi, ammi.."
Nasib baik lah comel.

keduanya RINDU
Penat-penat pun tak boleh tandinglah rasa rindunya aku pada dia. Hati semua ibu memang macamni kah??
Jadi, bila ingatkah balik penat dan tak larat, aku jadi gentar juga mahu pregnat lagi.. Tak tahu samada aku boleh tak jadi ibu terbaik buat Amber. hmmm....

Aku respek betul pada wanita-wanita yang kuat kan diri melayan anak-anak yang masih kecil walaupun sedang pregnat lagi. Kalian sangat hebat.

Aku memang taknak jaga-jaga lagi dah. Sebab rasa rindu yang teramat....
Semoga ada rezeki buat aku. InsyaAllah






..

Tiada ulasan: