Selasa, 17 Januari 2012

Wahai wanita, Tutuplah aurat






Nabi saw. bersabda, "Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya di dalam neraka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya". (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat: (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (penguasa yang zalim). (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang (tidak menutup aurat), berjalan dengan berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak akan dapat masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga. Pada hal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh." (HR Muslim)





Kenapa dikatakan susah sedangkah itulah yang di Perintah.


Kenapa masih belum bersedia, yang pasti tiada pilihan buat kita.


Aku seringkali tertanya -tanya sekarang, 
apakah rasanya bila aurat dipertontonkan?
hijab dilepaskan dari kepala?






Apakah rasanya?






Beginilah, ini perbezaan yang aku rasa dulu.


Dulu, sewaktu aku masih belum setia berhijab. Yang best kononnya waktu tu aku boleh pakai apa saja. macam-macam fesyen. 
Tapi, memang betul kita akan rasa bangga betul kalau boleh tayang kat orang aset dan rambut cantik yang kita ada kan. itu kerja syaitanlah tu.

Tapi setiap kali aku berada dalam golongan orang berhijab . Aku rasa segan. aku rasa kecil. tak yakin. 
Hati aku belum cukup keras untuk buat selamba. 
Dan, pernah sekali musim raya. aku ditarbiahkan oleh seorang kakak yang sangat baik. tapi waktu tu, aku cuma ambik tak kisah je dengan tarbiah dia. maklumlah hati masih keras.


Tapi aku masih ingat lagi, inti pati apa yang dia cakap pada aku.


Aurat. fesyen. rezeki berunsur riba. 


Bila aku tanya dia kerja apa? sebab aku tengok kat rumah pun pakai abaya, manalah tau kot-kot ustazah lulusan Al-Azhar kn. Dia kata dulu kerja bank, tapi dah berenti. Gulp...dan yang aku respek dia sanggup tinggalkan kerjaya dia sebagai pegawai bank yang ada pangkat jugaklah di sebuah bank terkemuka, semata-mata kerana dia kata.
dia taknak rezeki yang dia dapat, digunakan untuk keluarga dari sumber yang ada unsur riba & syubhah.
Macamana? Berani kan. 


Sekarang akak tu surirumah tangga dan handle badan sukarelawan apetah... biasalah masa tu aku malas nk tanye lebih2, sebab konon-kononya bengang dah kene brainwash  kn.
Jadi kalau ada orang yang sanggup dan mampu bekorban berhijrah untuk TUHAN.
mengapa tidak kita.?



Pasal aurat dan fesyen biasalah aku kena lebih.... hehehehe..


Dan sekarang bila aku nilaikan balik, aku rasa bagus betullah akak tu sebab berani betul nak brainwash aku, bukan ape. biasanya kita kalau tengok orang tak betul, selalu kita buat adalah diam. dan lebih teruk mengata belakang. Tapi nak tegur? tidaklah kn. kenapa? kononnya malas nk ambik pot atau nak jaga hati. Betul? 
Aku pun macam tu jugaklah. tambahan lagi aku rasa diri aku ni belom cukup sempurna untuk tegur orang. 
walau sebenarnya ianya adalah perlu sebagai tanda saling memperingati sesama kita kan. itu tanggungjawab.


Dan tak semua orang yang berani buat macamtu sebab masa aku degil dulu-dulu. selalu jugaklah aku jumpa atau berada dalam lingkungan hamba Allah yang zahirnya nampak sangat alim. Tapi, dibiarkan saja aku terkontang kanting. Tapi, tak apalah sebab alasannya aku dah boleh terima.
Nak jaga hati.


Dan sekarang, aku betul-betul nak tahu. Setelah banyak tanda-tanda dan peringatan yang Tuhan bagi. Banyak tregedi dan bencana terjadi. Kenapa masih ramai wanita islam yang masih berani dedah aurat sana sini? 
Aku rasa entri ni bukan sebab aku nak tunjuk baik atau nak buat orang rasa aku baik. 
terpulang pada penilaian kalian.


Tapi takutlah dengan apa yang Tuhan dah janji. Takutlah dengan azab yang Tuhan akan bagi. Tolonglah takut. 
Tolonglah kesiankan ayah. tolonglah kesiankan suami tolonglah kesiankan saudara lelaki, tolonglah kesiankan anak-anak. Sebab dari apa yang kita buat atas alasan apa pun. Mereka tetap terlibat. akan di pertangungjawabkan.


Last sekali,
tutuplah aurat, itu salah satu cara yang akan buat kita sayu dengan diri kita. kita akan rasa diri kita terjaga. Betul. Betapa indah Tuhan ciptakan wanita. janganlah biarkan ianya menjadi habuan mata lelaki semata-mata. dan percayalah ianya salah satu langkah untuk kita Takut dengan Allah. 


Ingatlah azab Allah, walau dengan apa alasan sekalipun. Perintah Allah wajib. 
tak buat dosa. 















Tiada ulasan: