Aku rasa, aku juga sebahagian dari menjadi mangsa mentaliti manusia yang sangat kolot. sama yang pernah terjadi pada noe, perempuan jumblo.
Aku tak setuju kalau orang kata ada anak lelaki lagi best dari anak perempuan.
Aku rasa, bahagia mendapat anak lelaki atau perempuan tetap sama. Dan aku tak pernah langsung terfikir anak perempuan ini menyusahkan amat.
Kembali kepada kronologi sewaktu mengandung dulu, yang mana aku langsung tak tahu jantina apa yang ada di dalam perut. scan tapi tak pasti. jadi aku tak pernah meletak harapan yang tinggi mengharap agar baby itu keluarnya nanti dapat memuaskan hati semua pihak. ya, yang di sana mahu perempuan, di sini mahu lelaki. Nak pilih2, sila mengandung sendiri lah.
Hubby juga tak pernah harapkan anak pertama ni lelaki, perempuan pun tidak. Yang penting dia kata, mahu aku & baby selamat. kan sedap sikit telinga aku ni dengar.
Sepanjang tempoh mengandung, tak banyak dugaan yang aku hadap. mengidam pun taklah yang pelik2. biasa-biasa je. Proses melahirkan anak pertama, lahir di hospital kerajaan tanpa epidural. biasalah mestilah sakitkan. Masih boleh buat aku rasa teringin lagi ada baby...:)
Dan sekarang, sepanjang aku membesarkan Amber, tak pernah sikit pun terdetik dalam hati anak aku tu menyusahkan, menjengkelkan. Malah, makin lama kasih & cinta aku makin dalam. Dia sangat pandai mencuit hati aku tau.
Aku langsung tak setuju kalau orang cakap jaga anak perempuan ni lebih susah dari jaga lembu sekandang. Habis mat rempit kat luar tu, peragut, perogol, perosak anak dara tu hasil dari siapa?
Dari didikan ibu bapa yang mentaliti kolot kah??
Senangkan lahirkan saja anak lelaki, tak payah di didik, tak payah di jaga. lelaki boleh pandai pilih baik buruk sendiri. begitu kah??
Jadi lelaki2 yang sudah besar panjang, sudah tua bangka masih minta duit belanja dari mak ayah tu bagus sangatlah. Itu kah yang bagusnya?
Jangan lupa pula, bila anak-anak dah besar. nak kahwen siapa yang kena sediakan mas kahwin?
Tunggulah nanti anak-anak kamu bila besar, siapa yang akan ingat jasa kamu sekurang-kurangnya hulur duit belanja setiap bulan.
Yang mana sanggup bersengkang mata jaga kita bila dah tua, banyak pula sakitnya...
semuanya dari hasil didikan kitalah. Bukan dari hasil jantina yang kita hasilkan. Bukan.
Sorry, bukan aku nak kata lelaki ni tak bagus atau apa. Cuma, sekarang bukan zaman dimana lelaki keluar bekerja, yang perempuan duduk rumah. Dari segi ekonomi kita dah sama.
Jadi apalah salahnya anak perempuan jika lahir tidak mampu buat ibu/bapa tersenyum?
Tanggungjawab yang paling banyak adalah di bahu lelaki. Tapi sekarang, cubalah pandang berapa ramai wanita yang sanggup berkorban keluar bekerja untuk bantu suami?
Satu je aku nak cakap. Anak perempuan bukan beban. Aku bukan beban kepada hubby aku. Cubalah pandang jauh mana perempuan ini sanggup bekorban semata-mata untuk bagi lelaki tersenyum bahagia.
bila dapat budak secantik ini.
Nak bagi tau sekali lagi, bersalin tu sakit sangat tau.
.... kalau mati, syahid.
pandanglah pengorbanan perempuan ni.
Boleh tahan, lihat dia secomel ini?
'Anak Itu amanah, bukan hadiah. betul kita corak, indahlah jadinya...'
1 ulasan:
Hu3..
Saya pun tak kisah dapat anak apa..
Rezki Tuhan, terima saja..
Yang penting kita kena didik anak kita..
Catat Ulasan