Isnin, 12 Disember 2011

Sedap ke patin tempoyak?

Sejak akhir-akhir ni, selalu aku search ayat itu.  Best  giler ke hah?
Jangan tak tau, masa mengandung aku pernah teringin nak makan makanan exsotik ni. boleh ke dikategorikan exsotik? ah bantai. Tapi, rasa tak berani mengatasi keinginan mengidam ibu mengandung. Akhirnya tak jadi. hahaha...
Syukur anak aku tak meleleh saliva.

Penyebabnya ada dua.

Aku tak pernah makan ikan patin.


Aku tak makan durian yg diproses melainkan yg fresh. durian dari dalam kelopak kulit durian tu sendiri. yang baru di buka kulit. cerewetkan.


Nak dijadikan cerita, dulu. dululah zaman hingusan aku masih budak-budak lagi. Ikut family aku hantar pengantin kat area Pahang sana. tak ingat kat mana. Tapi area felda. jauh tu perjalanan, sampai-sampai sana stay kat rumah makci pengantin perempuan. dan mestilah diorang hidang makan malam kan.
So. excited giler aku masa tu sebabnya banyak-banyak kenduri kawin ni, tak pernah lagilah aku jumpe orang masak gulai ikan. Kat area johor nak jumpa memang taklah kan. Dengan kaler yang menggoda, bau yang memikat aku ambik nasi letak dalam pinggan. Pastu boh gulai ikan. ironinya memang feveret aku kalau makan lauk berkuah ni akan curah kuah banyak-banyak, banjir orang kata. Asam pedas itu kuah main hirup je tu. sedap....

Lepas jirus kuah banyak-banyak, bismillah aku pun mkanlah kan.
Nak menangis aku kat situ, nasi takleh nak telan. Rasa durian yang pekat, tak pedas langsung, ikan aku dah lupa rasanya camner. Tapi yang pasti aku memang takleh nak telan. Merengek aku minta mak tukarkan pinggan baru.
Mak aku dah jeling-jeling dah masa tu.
hehehehe...

Itulah sejarahnya sampai sekarang aku tak makan tempoyak. tapi bau boleh pulak. lagi-lagi sambal belacan letak tempoyak. sedap. makannya  belom berani lagi.


picta from google..


Tapi, nafsu makan aku sejak akhir-akhir ni tak puas hati dengan ikan patin tempoyak ni. Sedap sangat ke? Betulke ikan patin Temerloh nun tak sama dengan ikan patin kat negeri2 lain? Betulke orang Temerloh je masak sedap ni???

Yang lebih mengharukan. Dalam rumah aku semua. semuanya tak pandai makan ikan patin. ikan sungai apatah lagi. Ikan Kelah ape tu? memang tak kenal agaknya. Tak pernah masak pun ikan sungai ni. Mak aku lagi tak boleh nampak ikan sungai ni . Geli

Tapi, aku betul-betul nak rasa ikan patin tempoyak dari Temerloh tu.

Apa lagi, kena praktis goda suami untuk dia kata okay drive ke Temerlohlah...:)
Ikan patin semata-mata.

Berbaloi?


* Antara doa suami selalu ' wahai anak, janganlah cerewet seperti ibu kamu. Janganlah selere makan buas seperti ibu kamu. Amin'...

Sampai hati kan.

Tiada ulasan: