Selasa, 11 Oktober 2011

My review about PORT DICKSON.

Happy giler!

series babe..

Cuma, biasalah kita hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan. Plan  nak gerak pagi tergendala akibat nak balancing kete punya pasal. tak pasal-pasal kena ketuk, tukar tayar 2 biji. Adoyai....
Tertunda dekat 1 1/2 jam kat situ. Dan gatal lagi nak lalu Melaka ikut jalan kampung kononnya. Akibatnya semua pening plus mabuk. Budget sampai tengahari tak kesampaian. Check-in Ancasa hotel kul 4+pm .

Naik apartment terus mau mintak nyawa, sebab pening tak ilang dan perut lapar macam ape.
Menyesal tak bawa asam pedas ikan parang malam tadi. Gara-gara suami kata, tak payah, nanti tumpah dalam kereta. Akhirnya dia pun jadi ralat juga sebab asik teringat kat asam pedas  ikan parang kat rumah.
Bertolak 2 kete, jadi dah booked apartment 3 bilik yang sangat selesa dan best! pasal hotel nanti kasi review lagi ok. Jadi, letak bag salin baju nak g mandi laut bagai. Terus start enjin, cari tempat makan. Dalam check list, nak makan nasi kukus, ayam panggang cowboy. sebelah Marina.

Direction
Tak susah nak cari, jalan  strait je dari Ancasa, then nampak asap banyak2 sebelah kiri, tu kalau dari Melakalah, kalau dari higway, jumpa roundaboad masuk jalan Teluk Kemang, pastu akan jumpa Marina PD, then akan nampak gerai ayam panggang cowboy ni sebelah kanan.  Senang je sebab jalan kat sini strait je.

Makan kat situ, macam yang di war-warkan dalam blog ramai oranglah. Hanya ada ayam panggang, nasi kukus dengan air. Satu set nasi tu ada timun sehiris dengan ayam 1/4, sos pedas dan sup kosong, pilihan air masa ni ada air sirap, tembikai dan mineral. of cos lah kita order air tembikai kan. Tepi pantai ni hot lain macamlah.
Suasana kedai bestlah, kami duduk dekat luar, sebab ... entah. Kat dalam pun ada, tapi malas nak duduk dalam. Jadi ambik 6 set nasi kukus ayam panggang, i jug air tembikai, 15 cucuk wings campur hotdog bakar.
kemudian makanlah dengan berselera sebab lapar sangatkan.
First time makan, rasa ayamnya biasa-biasa je. Rempah peras tak rasa. macam makan ayam panggang kosong, nasib baik sos dia not bad. Adik cakap tak sedap. tapi habis juga sepinggan dia bedal. Matilah aku* cakap dalam hati. maklumlah aku yang suggestkan makan dkt sini. Tapi, diorang sume makan habis... kira oklah, xdelah susah sangat nak lalu kat tekak kan. takdelah tak sedap sangat. kira bolehlah.
Jadi oleh kerana aku juga sedikit rasa kurang puas hati, aku bayar semua sekali. Siap tapau ayam panggang sekor lagi. kenapa?
entah... saja nak buat ratah-dalah dalam bilik nanti.

Lepas makan, terus ke belakang  Apartment nak mandi laut pulak. Kat sini ada kedai-kedai makan dan kedai jual baju. Not bad, tapi tak semeriah kedai kat Teluk Kemang, atas sikit dari Ancasa. tak jauh pun.

Sebab dah petang, jadi mandi pun ala kadar. Amber beriya-iya menangis ketakutan. Takut sgt tengok ombak dan laut yang maha luas. Yang lain, sume dah tak ingat apa dah mandi laut di persisiran. harap maklum, sume tak reti berenang. jadi tak berani mandi dalam-dalam.
Dapatlah juga aku cecah badan dalam air laut, bergilir dengan hubby dukung Amber. masalahnya Amber nak cecah kaki ke pasir pantai pun takut, beriya dia angkat kaki takmo letak. Anak, anak.. aduhai.
Oleh sebab itu, aku terpaksa order laksa dan abc, join kawan aku Kyla lepak kat gerai tepi pantai tu.
Senja. semua beransur naik ke Apartment.

Macam biasalah, naik Apartment semua terbongkang kepenatan. Lebih-lebih yang berseronok main air laut tu kan. First mandikan Amber yang dah berlekit sakan tu. cian gegirl aku, sejuk dia. Lepas mandi, Amber sibuk tawaf meja makan dengan pakai pampers je. Tunggu hubby ambik beg stuff dia dalam kete. Sempat jugak aku habiskan laksa beli kat tepi pantai tadi. sebungkus RM4 koo. pastu dahlah pakai ikan sardin dalm tin tu. so-so je. Part aku untuk ratah ayam panggang cowboy petang td, tapi ramailah pulak yang join sekali. Tau pulak lapar!

Habis licin semua..

Kemudian baru teringat pasal pasar malam PD. Aku tak boleh lebih kurang kalau ade tempat jual-jual cmni. Jauh ko nak sampai PD ni, nak jugak tengok pasar malam tempat orang kn. Aku tak kisah pun kalau diorang takmo ikut.... tapi, harem... semua nak ikut jugak.
Dalam kul 9 malam geraklah ke Pasar malam.

Direction ke Pasar malam

dari Ancasa strait je tegak, akan jumpa roundaboad pstu tegak lagi. jauh sikit. sepanjang jalan tu akan jumpalah banyak sangat hotel yang besar-besar N seriously cantik sangat2. Akan jumpa juga medan selera sate kajang hj. samuri kt sebelah kanan, sebelum pasar malam. Tp, aku x pegi pun. Perasan time balik, tak sempat nak berenti. Depan tu baru pasar malam, belah kanan. Depan pasar malam tu pantai. cantik sangat kat sini dan yang penting, happening!

sedia maklaumlah kan pegi dah malam, jadi gerai pun banyak yang dah nak tutup.
Tapi, jangan risau,  suasana katsini memang iduplah sebab banyak sangat kedai. Dan ramai orang duk lepak kat tepi pantai depan pasar malam tu. Tapi, yang tak bestnya. susah nak parking!
Just jalan-jalan je n beli sikit-sikit food. ada satu stall tu budak muda yang jual kuih deram @ telinga keling tapi yang mini punya, comel tao. bukan setakat comel, rasanya sedap. aku beli 2hinggit, dapat 20 biji. 90% aku bedal. :)

Dah penat jalan-jalan pasar malam, balik hotel. betul-betul penat tak hinggat nih. Ada yg terus lepak dalam bilik, ada sibuk main judi daun terup, ada yang sibuk melantak lagi.
Amberena, dah selamat aku tidurkan dalam kereta. nyenyak betul. letak atas katil langsung tak sedar. Bagus anak mummy.

 Gambar nanti aku upload kemudian.
macam panjang berjela pulak entry aku ni. sakit mata nak baca semula..
next entry will coming....

Tiada ulasan: