Rabu, 19 Oktober 2011

M.a.s.a

Cepat benar masa berlalu,

aku, kalau diberi pilihan mahu saja setiap saat yang cantik tetap berdiri di situ agar aku merasai saat-saat yang indah itu dengan lama.

Sungguh, masa berlalu dengan cepat.
Hingga tak sedar aku sudah hampir menjengah ke angka 25. Ya untuk usia aku yang bakal di raikan bulan hadapan.:)
Secara jujur, aku belum bersedia menerima penambahan angka itu....:(

Yang secara perlahan-lahan rasa tak suka  diganti dengan perasaan bahagia bila melihat my big eyes membesar dengan sihat dan kuat. ya, betul-betul kuat.
Dengan tubuh sekecil itu, dialah juara tidak mahu mengalah.
dengan wajah secomel itu, dia dengan selamba mem'babab' sesiapa saja yang membulinya.
sweettttt kan.

Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu,

kerana,
Dikurniakan zuriat sempurna seperti itu,
Dikurniakan kepada aku si comel yang sangat cantik bagi kami. Punyai sepasang mata yang persis barbie kata mereka..:)
punyai bibir yang comel, pipi yang bulat dan gebu, selalu menggeramkan kami.
Punyai akal yang bijak, sentiasa memerhati dan cekap mengenal pasti kelemahan kami.
Menangis. ya. Kami lemah bila dia menangis..:)
Terlalu banyak perasaan bahagia ini tak tertadah untuk di tulis disini.
Yang pasti, setiap detik yang aku ada cukup-cukup berharga untuk dilalui bersama keluarga.
Setiap hari menanti tibanya jarum jam menunjukkan waktu pulang benar-benar membuat aku tak sabar. kadang boleh tersenyum sendiri dalam perjalan menuju ke parking kereta...<3

Amberena dah pandai sebut mama. bila di tanya dia sayang mak atau mama. laju akan keluar mama. tersenyum aku di buatnya.
Bukan itu saja, abah dan ayah pun dia pandai sebut dah. taaaaaaaaaapi, yang first sekali dia pandai sebut adalah air!
Ohhh.... Amberena memang suka dengan air.:)
Sekarang si comel ini dah laju berjalan. sebut saja washroom, kitchen, laman, kebun pun sudah tau.. pantang pintu terbuka luas. dia pasti hilang. anak oh anak.
Ini lah masanya kami tak dapat duduk diam, kena selalu alert dia di mana.
Penat?
Memang penat, tapi Tuhan bagi rasa bahagia yang tak terhingga bila melihat si comel ini pandai meneroka. semua perkara. ya.

Dan... bila aku kembali sedar yang aku sudah 25. Aku jadi kalut. Oh anak baru satu, macamana nak tambah lagi 4 ni??? hahaha...
wahh... banyaknya cinta lepas ni..<3

Rasa sakit masih menghantui aku.
kena jahit tu. paling ngeri!

Tapi, aku sudah teringin cium bau bayi.


Lagi sekali, Terima Kasih Allah...

'Dalam setiap kepayahan kami membesarkan Amberena, KAU bagi kekuatan untuk kami tabah dah cekal. Diwaktu kami berada dalam keadaan 'tiada' KAU beri kesihatan kepada Amberena kesihatan yang baik. selalu.
KAU murahkan rezeki kami. yang pelbagai.
Terima Kasih Allah untuk rasa Bahagia yang tak terhingga ini....'

Tiada ulasan: