Selasa, 2 Ogos 2011

FIDYAH, ye aku memang lalai.

Aku rasa, ramai yang masih tak sedar atau buat-buat tak perasan akan hal fidyah ni, Syukurlah tahun ni, aku sempat gantikan puasa aku 30 hari yang burn masa pantang tahun lepas. sakit jugak tau tak.

tapi, sebenarnya bila dah biasa, puasa ni taklah seperit mana kan.:)

Jadi, aku teringat hal tahun-tahun dulu punya puasa yang tertinggal, atau segaja atau terlupa nak ganti atau saja-saja lupa. Sekali kira secara purata, aku perlu ganti puasa secara berganda! amik kau.

contoh,
kalau 5 tahun lepas punya tak puasa 2 hari,
kena gandakanlah 2 hari dengan 5!
jadi, masaklah aku kena ganti 10 hari kan.

Itu baru kira 2 hari, cuba kirakan puasa yang tertinggal lepas aku baligh. Ya Allah. khilafnya hamba.
sebagai manusia biasa, aku rasa macam tak mungkinlahkan aku dapat ganti semua hari-hari puasa aku yang lobang tahun-tahun lepas. banyak tu.

jadi kat sini baru aku nampak hikmah, kenapa aku  baligh lambat, umur 14 tahun. Allah xnak susahkan aku, tapi, waktu tu manalah aku tau, orang lain dah period. aku pun sibukkk nak jugak.

Jadi, aku atasi hutang-hutang aku pada Allah, dengan cara fidyah.
formula kira masih sama.


Kadar fidyah bagi tahun 1431H ialah RM 1.80 sehari



jadi, samalah dengan formula di atas.
kalau 5 tahun(2006) lepas tinggal puasa 2 hari,
darabkan $1.80 dengan 5 lepastu darabkan 2.
(kadar fidyah X dah berapa tahun tinggal puasa X jumlah hari tinggal puasa)
jumlah = $18.

pergi sini kiralah kalau masih tak faham.

macam tu juga kalau 3 tahun lepas darabkan dengan 3, dan seterusnyalah.

Mak oi, banyaknya aku berhutang dengan anak-anak yatim.

Cuma aku kena cari penyelesaian untuk masalah aku, yang mana bagi orang-orang yang pelupa macam aku. tak ingat dah berapa hari tinggal puasa. ada tak jumlah tetap yang di kenakan?
means tak perlu pakai formula di atas.?

ada sesiapa tahu?

2 ulasan:

Teratak Songket berkata...

Cuma untuk memperbetul.

Untuk ganti puasa yg lepas2, fidyah yang akan berganda.
Puasa yg perlu diganti tetap sama bilangannya.

Wallahua'lam

mommyAmberena berkata...

Ohh, thanks ya siti sebab betulkan. terus cari bahan rujukan dan buat entry baru pasal fidyah.