Ahad, 7 Ogos 2011

RAMADHAN 7

Hari ahad di bulan pose, serba serbi perlahan. Suami bangun hampir jam 10, tidur selepas sahur & subuh memang tak sedar eh. Aku biasalah awal-awal ananknda tercinta dah kejut bangun. Celik je mata, tersengih2 dia depan muka. sweettttt

Hari ni, cadang nak keluar. jadinya bertukus lumus aku siapkan hal rumahtangga. Bulan ni cepat pulak cik p datang melawat. tak menyempat, burn puasa aku waktu zuhur, nasib zuhur kalau asar?  meroyan aku weih...

Jadi oleh kerana aku boleh top-up energy dengan brunch. masak makanan Amber sekali dengan aku punye sekali.:p
Hari ni, nak melawatlah pasar ramadhan kat Muar. jauh ko.. yang dekat-dekat ngn rumah pun x pegi lagi. haha... ala.. yg dekat-dekat ni bile-bila masa boleh pegi kan.
Yang jauh ni leh pegi hari cuti jek, bertemankan suami. ceh pose tak, lebih-lebih pulak kamu ye.

Baiklah cerita pasal harga makanan tahun ini di pasar ramadhan, ada yang patut. ada yang tidak.
Aku beli nasi kerabu lauk daging bakar 2 bungkus kena RM11. Suami up lagi nasi beriani kambing RM7. lantaran ingat kat anak buah kat rumah, belikan ayam goreng 5 ketul RM6 ini yang paling murah bagi aku, mane nak dapat lagi sekarang ni ayam goreng RM1.20 seketul? jadi terus tamak amik 5.
Suami tambah lagi, lauk paru sambal 2 senduk RM4. haih napsu dia kali ni mengalahkan napsu aku.
Last sekali air tembikai pure RM3. memang terbaiklah. tanpa ais, lepas blend terus masuk plstik. belum tengok harga murtabak lagi, macam-macam nama kuar, harganya  RM5-RM12.tak beli pon. bagi aku mahal sangat!
Total sume sekali RM30+ kan. lepas dah beli baru urut dada... menyesal...hahaha..

Masih awal lagi, so pegi the store beli barang-barang dapur. nasiblah ada sale, yang mana murah pejam mata je amik, buat stok 2 bulan sekali. aku jenis suka banding harga, walau 20cen ke, tetap aku nak yang paling murah jugak. sampai aku boleh hafal beza harga barang kat mana murah, kat mana mahal. Suami aku kata leceh, peduli apa kan. macam mana lagi nak berjimatkan? sekali sekala bolehlah, kalau selalu... rugi tau. sekarang harga makanan sume mencanak naik.  jadi compare lah harga. terasa sgt dengan harga barang-barang yang semakin mahal sekarang ni.

Aku dah terbayang nasi kerabu, ingatkan balik boleh terus makan. Suami pulak nak makan KFC. tengok mengalahkan napsu aku lagi. besar betul selera dia hari ni. Orang puasa, orang tak pose ikutkan jelah. order dinner plate 1 bungkus, 1 makan. Time buka aku melantak nasi kerabu dalam kfc. suami makan set dinner + nasi kerabu sekali. mak oi!! betul2 lepas geram kan..

Jadinya bila ayam goreng sampai rumah time lepas berbuka. terbiar begitu saja, aku umpan ayam kfc kat anak buah pun, sakan excited je memula, lepas dah togelkan kulit dan tepung goreng kat badan ayam tu, dagingnya terbiar begitu saja. belum lagi kat atas meja, banyak makanan yang masih tak luak.
Membazirlah!

Ramadhan ke 7 aku kalah dengan napsu sendiri. menyesal beli banyak-banyak. terlupa hakikat bulan pose ni buka masa untuk melantak. tapi lebihkan kepada beribadat dan supaya kita beringat.  Sebab tu, tahun ni kalau boleh aku nak hadkan kunjungan ke Pasar ramadhan ni, kalau tak, ini lah jadinya..
membazir,






Tiada ulasan: