Isnin, 24 Januari 2011

Walker sesuai untuk si kecil.

Hari ni aku sedih, sedikit. Sebabnya pagi tadi hubby bagitau dengan nada hepi giler..

' awak, Kasih dah pandai kedepan. dia guna tangan sebab kaki dia lum kuat lagi..blabla...'
Apa??
Dia dah maju satu step lagi tanpa pengetahuan saya??? Lalu saya tinggalkan tumisan kat periuk nak buat nasi ayam dan dapatkan Amber. Elok je dia duduk diam2 kat toto sambil leka dengan katak dia. Oh, katak hijau bunyi2 tu hubby belikan. Adake kan, tak sweet langsung.
Penat tunggu dia buat aksi separa merangkak, sampai naik hangit tumisan saya.

Oklah. sebenarnya saya cemburu dengan akak ipar saya yang duduk rumah jaga anak. Saya cemburu dengan semua ibu2 diluar sana yang fully jd baby sitter untuk anak sendiri. Rasanya lainkan. Seronok bila nampak sendiri bagaimana anak membesar di depan mata, step by step dari dia pandai meniarap, bergolek, masuk gear reverse seterusnya merangkak. Ye. sekarang  Amber sudah pandai berwalker!
Hah. terkejutkan, usia sekecil itu. sekarang baru nak masuk 6 bulan.

Tengok dari luar, memang Amber tu kecik taw. tapi jangan main2. badan dia memang keras. kepala dah tegap, dan badan dia berat kau. Dan memang penat dukung dia sebab dia memang takkan duduk diam.

Bukan senang sebenarnya nak jalani kehidupan dengan pilihan yang ada. Berdasarkan kemampuan masing2. Macam aku terpaksalah hantar anak kat baby sitter, so. membesarlah dia dengan asuhan dah kasih sayang mak ngah Ita. Dan kasih sayang dari mak ayah sendiri cuma di belah malam. tu pun time masing2 semua membongkang atas katil Queen size. Oh... sedihnya.
Dan aku rasa betapa bestnya jadi orang pertama yang dapat melihat dia pandai dalam satu-satu step. Alangkah indahnya andai dia merasa suapan pertama bubur nasi dari tangan aku sendiri. Tapi, dia dah di beri campuran nestum terlebih dahulu & tanpa pengetahuan aku. Oh~~ betapa sedihnya.
Lepas tu, aku memang dah plan nak biar Amber berwalker bila umur 6 bulan, dijadikan cerita. 3 mggu lepas, masa nak ambik dia, aku dengar dari luar dia ketawa suka, mengekek kau. Bila masuk dalam aku nampak Amber dalam walker, walker anak angah Ita yang pertama, yang sekarang umurnya dah 23tahun.
gagagaga......

Mulanya aku benganglah jugak, sebab semua perkara yang dia mulakan tak pernah refer kat aku. Tapi, bila difikir2 balik aku rasa, aku beruntung sebabnya Angah Ita mungkin lebih prihatin dari aku yang masih lagi bertatih2 menjaga seorang anak ni.Dia yang 12 jam siang selalu dengan Amber, layan main, mandikan, layankan tidur, susukan. semualah. Lagi aku nak cerewet2 pulak. Lempang kang .
Kadang2 kalau Amber demam ke, cepat2 dia bawak g klinik. Bila aku tanya claim, selalu tolak 'takpayah2' katanya. Skill lebih teror dari aku plak tuh. Dan bila orang berbudi , kita berbahasalah pulakkan. Jadi, selalunya kalau time berbelanja tu mesti lebihkan sikit budget untuk buahtangan Angah Ita. Dan. malam tu, puaslah aku tunggu Amber puaskan hatinya main walker kesana kemari dengan girangnya. laju kau!
Siap buat2 tak nampak aku lagi.

Bila aku refer kat KK masa check up bulanan Amber, nurse kata dah boleh dah naik walker sebab badan Amber pun dah kuat. jadi takdelah alasan lagi untuk tangguhkan purchasing untuk walker ye daddy!
Macam orang lain, perkembangan anak memang sesuatu yang di tunggu2. sekarang, Amber dah boleh kenal siapa mama dia, daddy dia, orang yang jaga dia. Biasanya orang yang selalu dengan dialah yang dia kenal. Jadi, bila aku sua tangan dia cepat2 nak lompat ke aku tu dah cukup hebat rasanya tau. Rasa nak bagitau seluruh alam' yeay. anak aku dah kenal aku weih'. Itulah yang ibu2  di luar sana rasa agaknya bila masa dengan anak hanya time balik kerja & hujung minggu sahaja. Agaknyalah kot.

Terlampau excited nak buat solid food untuk Amber.
Asik ingat resepi je ni..

solid food
bubur nasi+ayam-blend
brokoli/lobak- rebus&blend

macamlah susah sangat pon resepi 'solid food tu eiza ooooii..


bye!

Tiada ulasan: