Sabtu, 22 Januari 2011

Pagi-pagi dah jadi member setan. Menaikkan darah betul.....

Hari ni Betul-betul buat aku naik hangin, selama ni dah cuba bertahan. 
Tapi, makin aku pasakkan rasa sabar. Makin menjadi2 pula. 
Kenapa ye, bila kita cuba buat baik. Orang selalu ambil kesempatan. Hinggakan kadang2 bantuan atau apa2 perkara baik  yang kita buat tu jadi tak ikhlas.

Dugaan betullah.


Boleh tak jangan jadi manusia yang pentingkan diri sendiri. Susah sangat ke nak fikirkan pasal orang lain, lebih2 lagi orang selama ini dah banyak menolong? Selama ni, ada ke aku minta sesen pun duit kau sebagai bayaran hantar kau ke tempat kerja. Oklah mungkin alasannya kita kerja sebumbung. Jadi lebih kuranglah... Sebab lebih kurang dan fikirkan kau adalah saudara aku. Aku tak kisah... Lagi, aku hantar kau balik sampai depan pintu rumah. Sampai sekarang sekali pun tak pernah dengar TERIMA KASIH dari kau.

 Bab duit ni aku memang malas nak ungkit. Kalau kau ada otak nak fikir, atau ada rasa malu ke. mesti kau boleh fikirkan. Yelah dah tumpang hari2. pergi balik. Apa lagi yang tak perasaanya. Sebenarnya kalau kau hulurpun, aku akan tolak. Sebolah2nya aku cuba faham situasi kau yang ada anak2 sekolah. jadi, duit minyak tu apalah sangat. Aku tak berkira pun, cuma rasa sakit hati sebab kelihatan memang sekali pun tak pernah kau rasa perlu untuk balas budi? Aku bukannya kejam sangatlah!


Aku mengungkit? Ok. fine... 

Biar aku ungkit habis-habisan, supaya hati sendiri tak sakit. Kerana aku ada hati perut sebagai manusia, aku masih sabar bila kau selalu sangat keluar lambat, kadang2 kena tunggu 10 min. 15 min. 20 min pun pernah. Aku memang tak suka orang yang lembab, apa lagi yang suka berlengah2 macam ni. Suami sendiri pun aku tak boleh lebih kurang dalam hal macam ni. inikan pulak kau! hey.... Aku ni dh jadi macam drebar yang kau bayar gaji kononnya. Padahal?? 

Dulu time kau galak ber'sms' ngn sape tah lagilah. Nak g keje je siap suruh singgah 7e beli topup. kadang2 hari -hari. Gile kan. Padahal dah lambat dah tu pegi keje. Aku geram, tapi boleh simpan dalam hati je, nampak bodohkan. Boleh je kalau aku cakap 'tak boleh. dah lambat! ' sebab rasanya alasan tu paling kukuh. Padahal sukati akulah aku yang drive kan. Tapi, hati aku selalu tak tergamak nak cakap. entah. tak sampai hati pun ye.  Tapi sekarang, jangan harap. Lantaklah. 



Ini paling aku bengang! Dahlah tak pernah nak bagitau kalau suami kau yang ambik balik kerja. Jadi aku tunggu tu untuk apa? Fikir tak, aku nak ambik anak lagi. Selalu sangat terjadi. kerja sebumbung, susah sangat ke nak menapak ke dept aku bagitau??? Suka-suka kau jelah. Mula-mula aku masih sabar juga. sebab kenangkan kita saudara. Takyahlah nak berkira. selalunya tak sampai hati nak tinggalkan kau, kesian. Tapi sekarang, jangan haraplah.. lambat sikit. Nasiblah kena tinggal. kecuali kalau diberitahu. Pandai2lah suruh suami kau ambik ke, bapak kau ke, bf kau ke. Apa. ingat aku tak tau ke?
lagipun, ada lakikan. apa funtion laki kau tu.
kejam? Terpulang.

Yang ini buat aku hilang sabar, sampai aku sembur semuanya kat sini. 
Pagi tadi, dah sampai depan rumah aku. mybe 7.15 am. Kau sibuk galak borak dengan laki kau. Aku dahlah rush nak cepat sebab nak cop parking. Time nak naik kereta, time tulah kau check beg h/p tak bawak! siap suruh laki kau tu balik ambikkan! 


 WTF bodoh! 








astargfirullahal 'azim.......

2 ulasan:

-- berkata...

sabarrr!!! sabarrrr!!!

*baca entry ni pon takut2 tau.. amarah betul ni*

hehe.. sabar yeh..

mommyAmberena berkata...

cukup sabar dh ni... boleh senyum lagi,
nasib baik..

kalau tak, honk sekali lambai2 tangan sambil cakap'tinggal.pg dulu yea'..