Isnin, 15 November 2010

~sesi bertenang~

Saya perlukan sedikit ruang untuk menarik nafas. perlahan saya mahu terus memandang ke depan, tapi apalah daya, tak semua yang dirancang menjadi. Dan saya harus akur pada takdir Tuhan.

Bagi saya sekarang segala beban dan sebesar mana pun masalah yang datang akan hilang bila bersama dan dapat mendakap si kecil Amberena. Bukan saya semata, malahan hubby, dan keluarga saya sendiri. Saya percaya anak-anak pasti ada keistimewaan & rezekinya masing-masing. Walau bukan sekarang, mungkin suatu masa nanti.
Sebelum ni, bila tiba hujung-hujung bulan, mulalah mengais-ngais sana sini untuk backup sampai tanggal rasmi gaji masuk. Tapi sekarang, walaupun tak berlebihan tapi budget untuk kami 3 beranak tak pernah short. Dapatlah juga menyimpan untuk Amber walaupun tak banyak, asalkan ada.  Selagi saya mampu bekerja saya rasa itu juga satu rezeki buat kami, walaupun dulu pernah berangan mahu jadi suri rumah terhormat sepenuh masa, yang boleh curik-curik masa lebih tidur pagi & petang. :) Tapi mungkin sebab niat dah tak elok, maka impian saya tak menjadi langsung. :(

Sekarang  dah makin terasa berat bila dukung Amber, walaupun dia hanya menyusu tapi dah nampak pipinya yang labuh, badannya yang chubby-chubby. geram. Bila dah makin berat, makin tak laratlah nak berjalan jauh dengan hanya gunakan kudrat tangan dukung Amber. tak larat you....

Dulu saya selalu bercadang perkara yang maha indah kononnya mampu dilakukan dengan mudah.
mulanya mahu anak ber CD secara fully lagi..
tapi, bila dah rasai sendiri kelam kabut uruskan anak pertama. terus Cloth Diapers ku hanya sehari dalam seminggu je Amber pakai. Masa terlalu mencemburui.!! walhal malas nk menyental.
jadi, saya rasa ibu-ibu di luar sana yang fully berCD adalah sangat hebat!

Lalu, saya berangan lagi mahu fully breastfeed anaknda terchinta ini.bermulalah agenda berangan hari-hari nak memiliki sebuah breastpum yang canggih. ceh. Akhirnya saya dapat juga memiliki medela harmony yg mahal tu. dan juga bottle storage yang banyak.24pcs koo...
kerana terlalu excited, makanya saya kecundang di tengah jalan. Bukan mahu beralasan.
setiap kali saya pandang bottle storage yg melambak tu sedih tau. Dan hubby apalagi, merasalah saya kena perli. Ternyata, bukan mudah. sungguh. Bertuah sungguh ibu-ibu diluar sana yang mampu breasfeed anak sehingga 2 tahun. Hebat.

Kadang-kadang kita selalu tersilap membuat pertimbangan. Yelah. mungkin bagi pandangan kita ada benda yang nampak tak penting, tapi sebenarnya ianya amat penting. sebelum Amber lahir, saya tak rasa yg saya perlu menyediakan segala barang-barang baby dengan begitu lengkap, kecuali yang basic.
Buaian, oh apa tuh?
Langsung tiada dalam wishlist saya. Tetapi, bila Amber di hantar ke baby sitter iaitu cousin saya sendiri. dan dia telah siap sedia dengan buaian sekali. satu pakej tu. saya kecewa. tapi, takkan nk kata tidakkan. so, bermula usia Amber 2 bulan dia diperkenalkan dengan buaian yang maha asyik. Hahaha.... dan awalnya bila tiba hujung minggu, saya dan hubby memang buzy nak melayan Amber asik karaoke sebab tak dapat buai. :D
kena jugak keraskan hati dan sehingga sekarang, mungkin dia dah terbiasa setiap kali bersama saya dan hubby No spring cot! jadi berguling-gulinglah dia di atas tilam queen size.:)
Kalau jalan kemana-mana pun, tak susah nak tidurkan dia. agak-agak dia dah penat. bagi susu terus tidur, tak yah meraban bawak spring cot sana sini.:D

Dan sekarang saya perlukan sangat benda ini.



Bila tengok Amber boleh diletak, dan dia boleh duduk bermain dah tidur di baby carrie hand. Maka, saya nekad nak stroller satu!

Ya. rambang mata bila tengok kt web my dear.Semuanya cun-cun belaka. Dari dulu saya memang dah aim nak jogger tu sebab cantik. Tapi bila compare dgn rocking stroller, rasanya rocking stroller lagi banyak function. Tapi kenapa jogger yang standard tu lebih mahal???


 Boleh swing sekali.

Jadi tepuklah dada tanya berapa banyak duit yang ada. Mahu yang serba guna atau cantik semata-mata?
Kalau tanya hubby, dah tentu-tentu dia pilih Rocking stroller...  
Padahal dulu, dia yang sibuk taknak beli stroller. yelah sanggup dukung Amber sepanjang masa. Bila sekarang si kecil dah mula chubby. dia pula yang sibuk asik ngigauka stroller, stroller....

Hah, tu dia. benda yang saya rasa tak perlu pada mulanya jadi amat perlu dalam masa-masa tertentu. Tanyalah seluruh dunia, selagi mampu mana ada ayah ibu yang sanggup tidakkan keselesaan anak?



ps: i love my babies

Tiada ulasan: