Ahad, 21 November 2010

Jadikan aku kuat untuk semua ini.

Aku jarang dah sekarang nak hentam blog aku ni dengan marah . kenapa? sebab aku dah berubah?

Padahal, akhir-akhir ni, memang banyak perkara yang buat aku bengang dan marah. Tapi betul-betul otak aku tepu dan gagal untuk tulis kat sini. lagipun aku taknak ingat semua perkara yang boleh jadikan aku manusia yang hilang akal sebab dah terlampau marah dan bengang. so, daripada dikenang-kenang, dan di ingat-ingat. baik di buang je terus.

Aku bila marah lain sikit. dah takde sabar-sabar lagi dah, kadang-kadang kalau dah sampai tahap paling atas kat situ jugaklah aku sembur. hubby aku selalu kena. Ya Allah sekarang baru rasa berdosa ne.
sebab tu aku suka diam macam tak campur orang kalau kat tempat keje. Macam kera sumbangkan. Tapi tak jugalah...
Aku dah terbiasa bising2 sendiri. Tahankan je dalam hati.

Selalu aku pikir, kenapalah banyak sangat dugaan &ujian yang aku dapat. Tak sudah-sudah. Apa salah yang pernah aku buat lagi? aku rasa akhir-akhir ni aku cuba sedaya upaya untuk jadi seorang wanita yang kuat. Rasanya susah sangat. bagai mendaki gunung yang tinggi. Dah tentulah susah sebab aku memang tak suka nak daki2 panjat2 gunung neh.

Bulan lepas hubby aku excident. parahlah jugak smpai berjait muka dan  mulut dengan gigi patah-patah. Hancus x hensem dah....
Badan usahkan kata, habis semua luka-luka dari kepala lutut sampai bahu-bahu sekali dia  taram. Cuma Alhamdulillah sangat-sangat tiada yang patah.
Berkejar aku ulang alik hospital. nak jaga dia.
Ingat lagi mula-mula masuk wad cari dia, aku nampak depan kepala dia dijait idup-idup kat dahi & kepala. menangis aku kat situ jugak sebab terlalu sedih. Bertalu-talu aku pertikaikan takdir. kenapa aku? kenapa kami? apa kesalahan aku sampai kena balasan yang macam ni?

Lepas dah siap dijahit, aku jumpa je hubby terus peluk dia dan nangis sama-sama. malu ah
lepas tu boleh kata lagi dia dah tak ensem sebab muka dan bengkak pastu kulit dah habis kena gilis kt tar... mulut dan bengkak jugak. macam belon je muka dia aku rasa. tapi, tak boleh nak gelak sebab terlampau sedih. Aku macam hilang akal masa tu. dah lah tengah bulan masa tu, duit pun cukup2 untuk petrol ulang alik kerja dan makan. pening sangat-sangat.
Tapi aku kena kuatkan diri. Apa pilihan yang aku ada melainkan kuat. dan kuat. Aku tak boleh jatuh. Nak harapkan siapa lagi waktu tu melainkan aku juga. Waktu malam  akulah kena uruskan Amber sorang-sorang, boleh pulak Amber taknak tido masa hubby masih kt wad. Dia mcm gelisah mybe sebab tak nampak muka ayahnya kot. Alah, kalau ayahnya ada pun bukannya dia kenal. Dah lain sangat dah...:p

Aku rasa takde kekuatan masa tu untuk bangun. Dengan masalah roadtak kete aku yang tiba-tiba timbul lagi. menguji betul.
Betul-betul.!
Tapi aku malas nak cerita. Buat sakit hati berbakul-bakul je.

Aku tak mampu nak cari jalan keluar melainkan aku minta pada Tuhan. berikan aku kekuatan, rasa tenang dan sabar. Sebab bila aku serabut aku memang rasa betul-betul nak mati!
Dengan cara tu jelah aku rasa yang Tuhan sebenarnya mahu aku 'memandangnya' setelah aku leka dan lupa. masih lagi di beri kesempatan untuk aku balik dan kembali mengingatinya. Sungguh, rasa gelisah. marah dan bengang aku reda. Walaupun segala masalah2 yang menggodak jiwa tu masih belum selesai.

Pernah sampai satu tahap, aku jadi paranoid. ye. sampaikan susah aku nak percayakan sesiapa pun meski ahli keluarga sendiri.

Dan. aku mengakulah tiap-tiap kali susah & di timpa musibah. Pada Tuhan jugaklah aku berserah. mengadu setiap hari. setiap saat. Hanya Dia yang aku ingat.  Kalau tak. asik lupa diri je.... lupa yang hidup ni bukan setakat perlu makan, pakai, berseronok, besarkan anak & cari duit banyak-banyak. Tapi aku perlu bernafas untuk melalui hari-hari yang seterusnya. Untuk bernafas, aku perlu rasa bersyukur sebab Tuhan masih sudi beri aku nyawa sehingga ke hari ini. Nak hidup hari-hari, tapi rasa bersyukur dan sedar diri bila time susah je. mana aci kan.

Jadi aku rasa. Segala musibah & masalah yang datang tu sebenarnya kekuatan untuk aku teruskan hari-hari aku dengan lebih bermakna lagi.

Ohw. hubby dah sembuh sekarang. parut pun dah hilang. cuma gigi jelah x dapat nak diselamatkan. gopis sikit. Tapi, makan tetap berselera. pelik.

bye.

Tiada ulasan: