Selasa, 23 November 2010

Chicken Drumstik Amberena eh....

Cuti Bezday Sultan. kemana saya sekeluarga?
oleh sebab malas nak masak tegahari, jadi keluar cari makan tengahari jam 4pm... hambik! 
mesti hubby kata " malas punya bini..." 
tapi bini langsung x dulik.



 Amber disaat2 sedang lena diulit mimpi jam 2 pm..


Saya rasa. saat si kecil tidur adalah moment yg paling indah sekali. Percayalah...
kerana saya betul-betul dah jatuh cinta dengan saat ni.



Syurga betul ada baby ni, geram rasa nak geget2 je jarinya yang cute itu.(ceh mcm dia sorang je ada anak)
Ohw hubby dah jadi jaga, saya dekat je dengan Amber dia dah warning'' hah.hah.. buat ape tu? jangan kacau Amber ea.." Dan sy jawab" eleh sukatilah saya yang beranakkn dia.. mengandungkan dia 9 bulan lagi..blablabla....."

Sempat lagi cari botol susu Amber brand purren harga RM9- BPA free...bagus!
Oh.. nak eksplain ke apa itu BPA free??
xyah kn.



Mana tak geram kalau tido dalam posisi menghairahkan begini. 
aik babap kang mak dia neh...


Ditambah dengan kerakusan sewaktu menikmati susu cap boo..... oh~~


Ohw nak bagtau, set grilled chesse chicken kt TCRS pon sedap gak...
not bad.lepas tu boleh redem tai pee 4 pcs..
pun habis gak kat situ... ish3 daddy Amber ni... 

hah tengok, kan dah kata Amber memang senang 
dijaga. kejap kt chicken rice shop pun blh beradu.. x payah stoller, x payah tilam... syok je dia tidur...
Dengan barut -tiada
dengan stokin-tiada
mujur pampers tau plak pakaikan.. alasan.

Boleh tak bawak duit ngam-ngam je,pastu time tu plak levis tengah sale 40%. Dan ATM serata Mall bagai menjerit-jerit" cucuklah aku. cucuklah aku..." boleh?

Sabar jelah aku!



Isnin, 22 November 2010

Rindunya pada dia.. kenapa berubah??

Aku rindukan hubby dalam versi dulu... .
Aku tak kisahlah sebenarnya. benda dah jadi kn. mana boleh di tahan-tahan. Yelah. kadang-kadang sedap jugaklah dengar bila makcik-makcik sekampung dengan mak-mak sedara aku puji. pandai jaga laki. berseri. aauw....

Bukanlah aku tak suka dia sekarang. tapi berubahnya melampau-lampau. Kang aku skip kang macam tak patut pulak. Yelah dah dia suka kan. 
tapi aku tetap sayang taw.




Boleh nampak lagi leher yang jinjang. ehem2

Dari dulu, aku rasa dia langsung xde potensi untuk jadi sihat sangat-sangat. sebab selalu jugaklah dia yang habiskan food aku kalau tak abis. biasanya kalau tak abis tu tak sedaplah bagi tekak aku. Tapi dia ok. semua bagi dia sedap.erm...


selalu jugaklah aku rasa dia ni hensem jugak. dari pandangan aku.
dulu...

Dan aku pulak memang azalinya tamak. keturunan aku taklah pulak. bab-bab makan je taw. tu pun dulu-dulu.
Kalau order tu, main sebut je. Tak perasan pun yang duduk table cuma berdua. tapi napsu Ya Allah.... 
tamak
Tapikan, walau macamana besar pun selera kami. Bnyak mana pun hubby makan. dia tetap macam tu. keding je.. perut tu alahai flat je...
pelik jugaklah. mana dia simpan nasik tu pegi????


 hah tengok tu gmbar candid ni. adalah rupa ye tak...

Tapi, aku pasti dia memang maintain je walau banyak mana pun dia makan. badan tak naik pun!

 Beromantika konon.



Kira kalau diri sebelah-sebelah. padanlah rasanya kn.
hah tengok tu pinggan pun dah bertingkat. belum lauk pauk lagi...


Aloloh... sweet. dulu selalu ambik gmbar candid cmne. suka


Tapi sekarang, apakah dah jadi? isk isk isk


^


^


^


^


^



^



^





^






^



NAH. ambik sekarang... anak ngn bapak same je... berketak-ketak.

Aku rindukan hubby dalam versi dulu..... Ramping.

Ahad, 21 November 2010

Jadikan aku kuat untuk semua ini.

Aku jarang dah sekarang nak hentam blog aku ni dengan marah . kenapa? sebab aku dah berubah?

Padahal, akhir-akhir ni, memang banyak perkara yang buat aku bengang dan marah. Tapi betul-betul otak aku tepu dan gagal untuk tulis kat sini. lagipun aku taknak ingat semua perkara yang boleh jadikan aku manusia yang hilang akal sebab dah terlampau marah dan bengang. so, daripada dikenang-kenang, dan di ingat-ingat. baik di buang je terus.

Aku bila marah lain sikit. dah takde sabar-sabar lagi dah, kadang-kadang kalau dah sampai tahap paling atas kat situ jugaklah aku sembur. hubby aku selalu kena. Ya Allah sekarang baru rasa berdosa ne.
sebab tu aku suka diam macam tak campur orang kalau kat tempat keje. Macam kera sumbangkan. Tapi tak jugalah...
Aku dah terbiasa bising2 sendiri. Tahankan je dalam hati.

Selalu aku pikir, kenapalah banyak sangat dugaan &ujian yang aku dapat. Tak sudah-sudah. Apa salah yang pernah aku buat lagi? aku rasa akhir-akhir ni aku cuba sedaya upaya untuk jadi seorang wanita yang kuat. Rasanya susah sangat. bagai mendaki gunung yang tinggi. Dah tentulah susah sebab aku memang tak suka nak daki2 panjat2 gunung neh.

Bulan lepas hubby aku excident. parahlah jugak smpai berjait muka dan  mulut dengan gigi patah-patah. Hancus x hensem dah....
Badan usahkan kata, habis semua luka-luka dari kepala lutut sampai bahu-bahu sekali dia  taram. Cuma Alhamdulillah sangat-sangat tiada yang patah.
Berkejar aku ulang alik hospital. nak jaga dia.
Ingat lagi mula-mula masuk wad cari dia, aku nampak depan kepala dia dijait idup-idup kat dahi & kepala. menangis aku kat situ jugak sebab terlalu sedih. Bertalu-talu aku pertikaikan takdir. kenapa aku? kenapa kami? apa kesalahan aku sampai kena balasan yang macam ni?

Lepas dah siap dijahit, aku jumpa je hubby terus peluk dia dan nangis sama-sama. malu ah
lepas tu boleh kata lagi dia dah tak ensem sebab muka dan bengkak pastu kulit dah habis kena gilis kt tar... mulut dan bengkak jugak. macam belon je muka dia aku rasa. tapi, tak boleh nak gelak sebab terlampau sedih. Aku macam hilang akal masa tu. dah lah tengah bulan masa tu, duit pun cukup2 untuk petrol ulang alik kerja dan makan. pening sangat-sangat.
Tapi aku kena kuatkan diri. Apa pilihan yang aku ada melainkan kuat. dan kuat. Aku tak boleh jatuh. Nak harapkan siapa lagi waktu tu melainkan aku juga. Waktu malam  akulah kena uruskan Amber sorang-sorang, boleh pulak Amber taknak tido masa hubby masih kt wad. Dia mcm gelisah mybe sebab tak nampak muka ayahnya kot. Alah, kalau ayahnya ada pun bukannya dia kenal. Dah lain sangat dah...:p

Aku rasa takde kekuatan masa tu untuk bangun. Dengan masalah roadtak kete aku yang tiba-tiba timbul lagi. menguji betul.
Betul-betul.!
Tapi aku malas nak cerita. Buat sakit hati berbakul-bakul je.

Aku tak mampu nak cari jalan keluar melainkan aku minta pada Tuhan. berikan aku kekuatan, rasa tenang dan sabar. Sebab bila aku serabut aku memang rasa betul-betul nak mati!
Dengan cara tu jelah aku rasa yang Tuhan sebenarnya mahu aku 'memandangnya' setelah aku leka dan lupa. masih lagi di beri kesempatan untuk aku balik dan kembali mengingatinya. Sungguh, rasa gelisah. marah dan bengang aku reda. Walaupun segala masalah2 yang menggodak jiwa tu masih belum selesai.

Pernah sampai satu tahap, aku jadi paranoid. ye. sampaikan susah aku nak percayakan sesiapa pun meski ahli keluarga sendiri.

Dan. aku mengakulah tiap-tiap kali susah & di timpa musibah. Pada Tuhan jugaklah aku berserah. mengadu setiap hari. setiap saat. Hanya Dia yang aku ingat.  Kalau tak. asik lupa diri je.... lupa yang hidup ni bukan setakat perlu makan, pakai, berseronok, besarkan anak & cari duit banyak-banyak. Tapi aku perlu bernafas untuk melalui hari-hari yang seterusnya. Untuk bernafas, aku perlu rasa bersyukur sebab Tuhan masih sudi beri aku nyawa sehingga ke hari ini. Nak hidup hari-hari, tapi rasa bersyukur dan sedar diri bila time susah je. mana aci kan.

Jadi aku rasa. Segala musibah & masalah yang datang tu sebenarnya kekuatan untuk aku teruskan hari-hari aku dengan lebih bermakna lagi.

Ohw. hubby dah sembuh sekarang. parut pun dah hilang. cuma gigi jelah x dapat nak diselamatkan. gopis sikit. Tapi, makan tetap berselera. pelik.

bye.

Jumaat, 19 November 2010

Terangsang!

Aku ni mudah terangsang ke?
Ohw~

Semalam ngada-ngada google asam pedas melaka. Mula-mula ok lagi, tapi makin lama makin stim plak tgok ikan kembung tu berenang-renang dalam kuah asam pedas yang nampak marbeles tuh.

Boleh siap meleleh sikit air liur sebab sambil tengok, sambil boleh bayangkan rasanya sekali. Hadoi...
lepas tu takut-takut tepon hubby bgtau yang aku dah teringin sangat nak asam pedas jugak. Sebenarnya nak buat dia rasa bersalah sebab balik kampung Parit Jawa hari tu tak tak dapat makan asam pedas pown!

Tak lama pikir-pikir balik, cakap ngn dia takyahlah cari ikan kembong. Aku bukan sempat masak pun Balik ne, kepala dah berat sbb kepala berat akibat datang bulan. yeay... dah period. hehehe.....
Sejak dah ade anak satu ni, kitaran haid aku agak tunggang langgang. kejap-kejap cepat, lepas tu lambat pulak. Pastu nasib baik dah tak senggugut, tapi dah bertukar kena sakit kepala pulak? siot toL.

So, akibat tak makan, naik keje lepas cuti raya haji kantin boleh tutup! Dengan xdak memo bagai. Nasib baik hari tu ada bawak rendang mak yang marbeles jugak. tapi nak makan dengan ape? takkan ratah camtu jek? so, kirim budak ni roti canai, aku mintak telo 1, kosong 1.. tapi apasal dapat 2x kosong ar??

Tapi, rezeki sebab opismate aku ada bawak nasi impit , sambal kacang n lauk pauk bagai. Dah di pelawa, apalagi... join jelahkan. Aku pun hidangkanlah roti canai kosong 2 keping, rendang daging mak aku masak. ada jugak dari takdekan.

lepas makan, boleh sambung main ngn google lagi. asam pedas oh asam pedas... kenapa memikat sangat ni?
konon-konon nk google asam pedas best kt Melaka untuk bawak kawan-kawan aku dari jauh makan kt sana. Tak pasal-pasal dah terangsang sekarang. dah macam mengidam ni...
^


^


^


^


^


^



^



^


Bulan January baru bertemu, yang pegi google asam pedas sekarang tu sape suruh?
hah rasakan..

Arrr.. tak boleh jadi ni, balik ne... kena buat asam pedas gak, tak de kembong. Daging pun  boleh... daging korban banyak kan....:)

Rabu, 17 November 2010

Qaseh Nur Amberena: kain OPEL BUTTERFLY

Qaseh Nur Amberena: kain OPEL BUTTERFLY: " Kain Opel ekslusive RM55OB7-soldOB12-AvailableOB11-AvailableOB10-AvailableOB9-Sold Harga tidak termasuk pos. sila hubungi saya untuk makl..."

Isnin, 15 November 2010

~sesi bertenang~

Saya perlukan sedikit ruang untuk menarik nafas. perlahan saya mahu terus memandang ke depan, tapi apalah daya, tak semua yang dirancang menjadi. Dan saya harus akur pada takdir Tuhan.

Bagi saya sekarang segala beban dan sebesar mana pun masalah yang datang akan hilang bila bersama dan dapat mendakap si kecil Amberena. Bukan saya semata, malahan hubby, dan keluarga saya sendiri. Saya percaya anak-anak pasti ada keistimewaan & rezekinya masing-masing. Walau bukan sekarang, mungkin suatu masa nanti.
Sebelum ni, bila tiba hujung-hujung bulan, mulalah mengais-ngais sana sini untuk backup sampai tanggal rasmi gaji masuk. Tapi sekarang, walaupun tak berlebihan tapi budget untuk kami 3 beranak tak pernah short. Dapatlah juga menyimpan untuk Amber walaupun tak banyak, asalkan ada.  Selagi saya mampu bekerja saya rasa itu juga satu rezeki buat kami, walaupun dulu pernah berangan mahu jadi suri rumah terhormat sepenuh masa, yang boleh curik-curik masa lebih tidur pagi & petang. :) Tapi mungkin sebab niat dah tak elok, maka impian saya tak menjadi langsung. :(

Sekarang  dah makin terasa berat bila dukung Amber, walaupun dia hanya menyusu tapi dah nampak pipinya yang labuh, badannya yang chubby-chubby. geram. Bila dah makin berat, makin tak laratlah nak berjalan jauh dengan hanya gunakan kudrat tangan dukung Amber. tak larat you....

Dulu saya selalu bercadang perkara yang maha indah kononnya mampu dilakukan dengan mudah.
mulanya mahu anak ber CD secara fully lagi..
tapi, bila dah rasai sendiri kelam kabut uruskan anak pertama. terus Cloth Diapers ku hanya sehari dalam seminggu je Amber pakai. Masa terlalu mencemburui.!! walhal malas nk menyental.
jadi, saya rasa ibu-ibu di luar sana yang fully berCD adalah sangat hebat!

Lalu, saya berangan lagi mahu fully breastfeed anaknda terchinta ini.bermulalah agenda berangan hari-hari nak memiliki sebuah breastpum yang canggih. ceh. Akhirnya saya dapat juga memiliki medela harmony yg mahal tu. dan juga bottle storage yang banyak.24pcs koo...
kerana terlalu excited, makanya saya kecundang di tengah jalan. Bukan mahu beralasan.
setiap kali saya pandang bottle storage yg melambak tu sedih tau. Dan hubby apalagi, merasalah saya kena perli. Ternyata, bukan mudah. sungguh. Bertuah sungguh ibu-ibu diluar sana yang mampu breasfeed anak sehingga 2 tahun. Hebat.

Kadang-kadang kita selalu tersilap membuat pertimbangan. Yelah. mungkin bagi pandangan kita ada benda yang nampak tak penting, tapi sebenarnya ianya amat penting. sebelum Amber lahir, saya tak rasa yg saya perlu menyediakan segala barang-barang baby dengan begitu lengkap, kecuali yang basic.
Buaian, oh apa tuh?
Langsung tiada dalam wishlist saya. Tetapi, bila Amber di hantar ke baby sitter iaitu cousin saya sendiri. dan dia telah siap sedia dengan buaian sekali. satu pakej tu. saya kecewa. tapi, takkan nk kata tidakkan. so, bermula usia Amber 2 bulan dia diperkenalkan dengan buaian yang maha asyik. Hahaha.... dan awalnya bila tiba hujung minggu, saya dan hubby memang buzy nak melayan Amber asik karaoke sebab tak dapat buai. :D
kena jugak keraskan hati dan sehingga sekarang, mungkin dia dah terbiasa setiap kali bersama saya dan hubby No spring cot! jadi berguling-gulinglah dia di atas tilam queen size.:)
Kalau jalan kemana-mana pun, tak susah nak tidurkan dia. agak-agak dia dah penat. bagi susu terus tidur, tak yah meraban bawak spring cot sana sini.:D

Dan sekarang saya perlukan sangat benda ini.



Bila tengok Amber boleh diletak, dan dia boleh duduk bermain dah tidur di baby carrie hand. Maka, saya nekad nak stroller satu!

Ya. rambang mata bila tengok kt web my dear.Semuanya cun-cun belaka. Dari dulu saya memang dah aim nak jogger tu sebab cantik. Tapi bila compare dgn rocking stroller, rasanya rocking stroller lagi banyak function. Tapi kenapa jogger yang standard tu lebih mahal???


 Boleh swing sekali.

Jadi tepuklah dada tanya berapa banyak duit yang ada. Mahu yang serba guna atau cantik semata-mata?
Kalau tanya hubby, dah tentu-tentu dia pilih Rocking stroller...  
Padahal dulu, dia yang sibuk taknak beli stroller. yelah sanggup dukung Amber sepanjang masa. Bila sekarang si kecil dah mula chubby. dia pula yang sibuk asik ngigauka stroller, stroller....

Hah, tu dia. benda yang saya rasa tak perlu pada mulanya jadi amat perlu dalam masa-masa tertentu. Tanyalah seluruh dunia, selagi mampu mana ada ayah ibu yang sanggup tidakkan keselesaan anak?



ps: i love my babies