Sekali lagi ke PD . ..
Kali ni bawa sekali orang tua aku.
Tak bestlahkan kalau pergi kita-kita je. tak happening je rasa. konvoi 3 biji kereta. semua tu opismate aku.
Sampai PD pun pagi lagi dalam kol 10, maklumlah diorang gerak je sharp jam 7.30 pg dari tol Tangkak. aku je yang lambat sikit. kul 8 lebih masih kat umah lagi... hihihi...
Paln kali ni nak ber BBQ, so sewa 1 khemah RM30 untuk sehari. bolehlah buat berlindung dari panas pantaikan. Padahal dulu aku rasa RM20 je. mybe dah naik harga atau weekend lah tu kot.
excited si kecik ni, tak padan belum mandi lagi.
Amboi orang tua aku, macam orang putih lepak beach.
*Belakang tu owner khemah.
Comel mak aku buat peace kan
Port BBQ kat tepi khemah tu je. Sempoi kan. Kira bestlah berBBQ sambil bersantai dan relax.
Akulah amik job bakar-bakar. Ada sate ayam, kambing rosemary ikan, sotong.
Bukan tu je, ada banyak food yang kitorang bawa dari rumah. bawa sorang sikit. sampai sini banyak makanan yang ada atas meja.
Owner khemah tu punyalah baik hati siap bagi meja untuk BBQ & bagi tambahan kerusi lagi.
Aku rasa PD ni dah best sekarang. Bukan je banyak aktiviti tapi banyak juga fasialiti yang ada. Khemah ada di sepanjang pantai Teluk Kemang tu. Kena bayar je yang tak bestnye.
Kalau sebelum ni Qaseh sangat takut dengan air laut. kali ni takdenya. Memanjang dia jugaklah yang main ombak kat tepi laut. Bukan main excitednye dia baling pasir kat atas kepala. Asal ko bahagia dahlah nak.
Aku bukan addict sangat kalau nk main air laut ni, maklumlah pernah jadi mangsa mabuk laut. serik!
sapa penah rasa taulah. tapi xdelah tak masuk langsungkan. sekejap-sekejap je, lagipun aku ada agenda yang mesti redem kat sini kali ni.
BANANA BOAT!
macam nak ambik gambar kelas. Sila berbaris ramai-ramai. yang rendah depan.
energy dah habis.
Posing bukan main cantik, promote pantai PD ni.. silalah datang ke sini ya.. anda takkan rugi..
baru aku tau rupanya kalau dah pakai life jacket ni memang takkan tenggelam.
maxsimum 200kg. Betul ke?
Tak pasti siapa yang paling last naik, yang pasti aku tak termasuk ketegori berat now bontot tu nak angkat.hahaha..
Bersedia jatuh sekali lagi dalam air,
First jatuh, aku tak tau kaki sape yang aku pegang, sebab kitaorang jatuh bertimpa-timpa setempat. Kesian orang yang kena timpa tu. Aku pun kena jugak, sebab tu aku pegang kaki dia, bagi dia rasa jadi penyelam lama sikit. hahaha...
Suami isteri kat mana -mana pun mesti nak dating berdua. tengok, jatuh pun boleh tercampak berdua.
*geli !
Oleh kerana first jatuh kena hempap. second time aku dicided nak terjun dulu, masa dia buat kona tu. tau ape jadi?
Aku sorang yang jatuh jauh gila dari yang lain. terkapai-kapai aku tak bergerak, sebab tak tahu berenang. dengan kaki tak jejak. time tu pulak boleh terbayang benda bukan-bukan. eeeiiiii...
Ceh, padahal sebelum tu memasing sibuk terjerit-jerit takut.
sungguh bermuka-muka.
Ini kali pertama aku try, dan memang bestlah. banana yang aku rasa macam nak tertanggal masa lalu atas ombak. buat kita melantun-lantun nk tercampak dalam air. Orang badan besar, anda bernasib baik. Aku tak tahu duduk bahagian mana yang selamat, tempat aku duduk tu kjenye asik kene percik air laut je dari boat tu. hampeh nak buka mata pun x boleh.
Anak aku, nangis meraung bila tengok mak ayahnya tinggalkan dia naik banana boat. :)
Dalam kul 4.00pm, opismate aku sume gerak pulang. Act, aku plan dgn adik aku nak stay PD semalam. saja ajak orang tua aku tido hotel. ceh.. Hotel biasa-biasa je lh. Tak mampu aku nak jejak grand Lexis ke, Avillion ke kan. jadilah kan dik.
tu pun penat kitorang ugut abah aku suh ikut. dia punyalah taknak tdo hotel, mcm kne jatuh hukum je bile kitorang paksa tau. abah-abah...
Mujurlah aku ingat maps yg aku buka sebelum ni, Glory ni hujung sekali antara hotel2 yang sedia ada. Jauh lah jugak dari Teluk Kemang. Tapi, yg bestnya boleh jumpa hotel2 lain dulu. Next time visit boleh fikir yang mana satu sesuai. hehehe...
Glory ni bagi aku biasa-biasa je. Apartment 3 bilik yg aku stay tak sebesar Apartment 3 bilik kat Ancasa. washroom pun cuma 2 je.
Kenapa setiap kitchen room kat apartment tak bape best ek? kat Ancasa aku jumpe cicak hidup dalam ketle. kat Glory kabinet dapur roboh. malas aku nak addjust balik.
Tapi fasialiti kat sini boleh tahan bestlah. ada court tenis, bola jaring, kat pool dia ada playground. ada kolam penyu & kura-kura. Dia biakkan penyu okay. pastu ada kandang rabbit, ada kolam ikan gergasi. aku tak tau ikan apa, tapi besar gile. dengan Qaseh pun besar lagi ikan tu.
Oleh kerana aku stay hari biasa, jadi tak ramai org sgtlah. adalah beberapa guest yang A/L mcm aku ni. Breakfast kat sini pun biasa -biasa je. Bubur dia sedap, mee hoon sedap, Compare dengan Ancasa best sikit Ancasa kot. Tapi the best breakfast food yg paling best aku penah makan adalah di Mahkota Hotel Melaka. Dikelilingi makanan okay. sangat variety!
Oh sebelah resort ni adalah Hotel Lexis tau, boleh nampak dia punya chalet yang atas air tu.. cantik.
punyalah tergoda, sampai suami ajak honeymoon kat situ nanti kalau ada rezeki. hahaha....
pool kanak-kanak. kami conquer
kitorang excited jumpa ikan dragon ni. macam-macam cite mengarut keluar.
serious ikan ni memang besar.
Aku syak owner resort ni orang india kot? sebab kebanyakkan staff kat sini kaum tu. Tapi aku suka tengok sorang receptionist india kat kaunter tu. sweet. tak cantik, tapi ada somthing yg buat aku suka pandang dia. ha..ha.. ha..
ayo tak tau...
Ikutkan jelah anak dara kecik ni nak posing duduk. Posing berdiri bukan main lagi dia jerit-jerit takmo.
Aku sangat menikmati suasana bercuti sekarang. Betul-betul happy.
Terima Kasih Tuhan.
Terima Kasih Tuhan.