Khamis, 17 November 2011

Port Dirkson part 2.

Yeah, lama sungguh ambik masa nak update kisah PD hari tu, tiada masa nk update sebenarnya. betul.
Tak banyak sgt dapat meneroka sebab hoday cuma 2 hari 1 malam je pon. Banyak masa habis kat beachlah. day 1st, lepak kat beach sampai magrib koo. Memang saje jek kan tunggu hantu laut keluar. Tapi best sbb dapat tengot sunset... matahari terbenam di celah lautan. Subhanallah.. cantik sangat!

Kita bagi chance lah untuk pasangan bercinta, kyla dgn bf dia feeling dating tengok sunset kn.. 
Padahal masing-masing sibuk menyelit di meja yang sama. 
cit, x feeling langsung.:)

 Tak banyak pun  kira oklah terselit jugak satu pic ayam panggang cowboy tu.



Ancasa hotel adalah sangat selesa dan best. kalau pergi ramai-ramai pun xpe. Aku ambik apt 3 bilik, dengan 3 bilik air, ada dapur sekali, siap beranda yang nampak laut. sangat cantik! ruang tamu yang luas. boleh main kejar-kejar lagi. jadi, aku sangat puas hati. Walaubagaimanapun, yang tak bestnya kat sini parking adalah terhad. jadi pandai-pandailah block kereta orang kalau balik tgh malam parking dah full. pagi-pagi, bersedialah terima call dr receptionist suh alih keta.
Lagi satu, buffet b/fast dia tak berapa nak best sgt. pusing-pusing, dah abis... pusing-pusing benda yang sama juge. kurang mantap bagi orang yang sgt pemakan macam aku. Selected food yg biasa-biasa je. 

Kat Ancasa ni disediakan taman ala Bali, sangat terkesan okey... Kalau lalu kt situ memang akan dengar music from Bali tu. real macam kat Bali. 

Bagi aku, hotel-hotel kt area teluk Kemang, banyak pilihan. Hotel budget pun banyak. Kalau banyak duit nak pg hotel besar-besar yang siap punya pantai sendiri silalah ke area town, atas sikit dari Teluk Kemang. Hotel memang berderet besar-besar. Tapi air lautnya  aku tak jamin bersih atau tidak. biasalah dekat dengan bandar dan plantar minyak kan.

Secara Total, aku rasa best jugak g holiday kat area dekat-dekat ni. Yang penting kita menikmatilah masa tu. kalau kelam kabut, memang tak rasa apa pun. penat je dapat kan. At least, sesekali main dengan air laut, jumpa pantai sangat cool ok. Kalau dulu, aku lebih suka bercuti kat tengah bandar berbanding kat tempat2 cmni. Tapi, bila dh bekeluarga aku rasa, yang aku perlukan sangat masa dan detik-detik best macam ni berlalu bersama keluargalah. exspecialy of coz lah dengan Amberena kn. Bagi dia puas-puas lihat dunia dan alam ciptaan Tuhan yang maha indah ini. 
Dan aku betul-betul simpan hasrat nak bercuti di satu tempat yang pastinya laagi cantik!
damai. tenang. romantik? hahaha

Tasik Kenyir.

InsyaAllah. Tapi, kenalah tunggu Amber besar sikit. Macam seram jek kn nak bawa budak kecik bercuti kat situ. Ok ke???


Tiada ulasan: