Selasa, 17 Mei 2011

Sila Pulangkan...

Kenapa ye, aku mula rasa dalam rumah aku tu macam ada sesuatu. Entah, mungkin perasaan ataupun memang benar ada mahkluk lain selain kami di situ. Dulu, barang kemas aku hilang. Padahal aku pasti n ingat lagi kat mana aku letak. Sampai gaduh2 ngn hubby ingatkan dia sorok, Hubby mati2lah tak ngaku. then kitorang smpai pergi jumpa ustaz n minta dia tengokkan. Ustaz tu bg air n dia kata barang tu ada.
Dan aku ingat lagi Ustaz tu kata yang 'dia' saja nak main sorok-sorok. ish ntah apa2 kan???
Balik umah belum sempat aku jirus air tu dalam bilik, tiba-tiba....

Semua barang kemas aku terletak cantik atas meja solek.


Nak cakap ape lagi. syukur Alhamdulillah lah kan. But, tak berakhir di situ okey. sejak tu macam2lah barang2 yang kena sorok. Kameralah, pendrive, dokumen2.. jam. padahal aku ingat sangat mane aku letak tapi boleh hilang jugak, n jumpanya nanti kat tempat lain. dalam almari bajulah... macam-macam.

Baru-baru ni botol susu Amber pulak, banyak kali aku cari kat dalam bilik lain, luar bilik, dalam toilet tak jugak nampak. last2 malam tu hubby yang jumpe.. kat atas katil letaknya.. argh tension!
lagi tension sebab jumpa botol susu SELEPAS Amber merasmikan botol susu barunya yang di beli petang tu.
Takkan nak mengeluh pulakkan, anggap jelah tu rezeki anak. :)

Bukan setakat tu je, kdg-kdg boleh dengar bunyi2 pelik dan menyeramkan. hehehe... entahlah aku tak tau apa dan aku taknak tau pun. Mungkin hijab aku masih 'tebal' kot. But, aku mengaku aku memang tak berani duduk rumah sorang2 waktu siang apatah lagi waktu malam. 
Benda ni bukan aku sorang je rasa, seluruh keluarga aku pun rasa. Mcm adik aku, dia pernah nampak jelmaan gadis bunian di depan rumah bawah pokok pinang. statik. tak bergerak. eh pandai2lah pulak aku cakap dia gadis buniankan. tak taulah apa, tapi dia nampak perempuan baju putih berselendang, berdiri diam sambil pandang dia. Masa tu aku pun ada sekali ngn dia, tapi masalahnya aku langsung tak nampak apa-apa hokey. mencicit adik aku lari masuk dalam tinggalkan aku kat luar umah, Bila dia lari jerit hantuuuu.......!! aku apa lagi larilah jugak masuk dalam rumah. kat dalam rumah dia dah jerit nangis -nangis pastu marahkan kitorang adik beradik sebab tak nampak makhluk tu. SUMPAH aku memang tak nampak apa2. Tapi aku takut jugak dan bertambah takutlah sebab tengok adik aku jerit nangis2. Tapi, takdelah selalu nampak benda bukan-bukan ni, tu jelah n aku rasa mybe makhluk tu lost or saja tersinggah kot. erm..

Aku tak haraplah lepas ni ada lagi barang2 dalam rumah kene sorok ke hilang ke kan. Tapi, biasanya kalau tak jumpa jugak walau dah berkali2 cari, tetap jugak tak nampak. tercakap jugaklah minta dipulangkan. Harap2 tak jatuh syirik, sebab aku ni doa nak cari barang hilang pun tak berapa nak hafal... jadi smbil2 selawat tu mintalah agar Allah bukan hijab nampak mana letaknya barang2 yang hilang tu. sendiri maklumkan barang2 tukan tidak berkaki. kita yang kena cari...
dan aku tak harapkan gangguan-gangguan yg ada lebih dari ini.

Biarlah aku tak nampak, dari nampak. sebab aku memang taknak nampak sebab aku lebih suka kalau tak nampak apa-apa dari yang sepatutnya aku perlu nampak. 
Semoga Allah melindungi keluarga ku dari segala kejahatan dunia, permainan syaitan durjana. Mohon Allah jauhkan itu semua. Amin.




2 ulasan:

Siti Salina berkata...

hi assalamualaikum....
takut juga bila membacanya. Abang saya pernah mengalami macam apa awak alami. Rupanya jin yang mengacau dan dia dah lama menetap kat situ sebelum rumah abang saya dibina . Kitaorang buat doa selamat dan sembahyang ramai kat rumah tu. Lama-kelamaan benda tu tak kacau lagi. Kiranya dah faham yang abang saya dah menetap kat situ sekarang dan tiada niat nak kacau kawasan dia.
Awak rajin2lah sembahyang kat rumah dan selalu baca quran terutama surah kursi dan ar-rahman.

mommyAmberena berkata...

thanks siti, yup... mmg selalu bca ayatul kursi b4 tdo @ klu tdgr apa2 yg pelik, utk keselamatan diri n keluarga. Cuma bnda ni kdg2 buat kita naik darah.. hilang sabar. blh gaduh sesama sndiri. kje syaitan, dia mmg suka.