Khamis, 21 April 2011

Dugaan ini menjadikan kita lebih kuat, bertambah kuat.


Salah satu perkara yang PASTI, yang tak dapat di elakkan adalah MATI.
Berlaku tanpa kita tahu bila. tiada sebarang tanda.
Samada kita bersedia ataupun tidak.


Kehilangan yang bertimpa, itu dugaan Tuhan..
Apabila DIA mahu melihat sejauh mana hambanya berserah diri.
ditambah kesusahan, jiwa mana yang bersedia untuk semua ini?


 Kepada teman yang kini jauh... di seberang lautan.
bukan rezeki kamu untuk melihat jasad seorang lelaki umpama ayah..
untuk kali terakhir.
Bersabarlah. Tuhan sentiasa sayangkan hamba-hambanya.
Baru beberapa hari tinggalkan tanah semenanjung kerana tanggjawab sbg isteri yang wajib mengikuti suami.


Kini, kamu di duga dengan berita kehilangan...
Dengan Kehidupan baru yang masih belum stabil.
Pasrah dan redha sahaja untuk kekuatan.
Bahagian kamu telah dirasa sekarang..
Bersabarlah teman,


Semoga hikmah yang tersembunyi bakal terselak suatu ketika nanti..
Percayalah Tuhan maha Adil.


Tiada ulasan: