Isnin, 25 April 2011

Kalau ini rezeki aku, InsyaAllah tiada siapa pun yang boleh usik.

*

*

*
Andai tidak, dalam mulut pun boleh keluar balik.!







Semoga Tuhan permudahkan segalanya... berikan jalan dan juga akal.
Segala perancangan Tuhan tetap yang terbaik.

Khamis, 21 April 2011

Dugaan ini menjadikan kita lebih kuat, bertambah kuat.


Salah satu perkara yang PASTI, yang tak dapat di elakkan adalah MATI.
Berlaku tanpa kita tahu bila. tiada sebarang tanda.
Samada kita bersedia ataupun tidak.


Kehilangan yang bertimpa, itu dugaan Tuhan..
Apabila DIA mahu melihat sejauh mana hambanya berserah diri.
ditambah kesusahan, jiwa mana yang bersedia untuk semua ini?


 Kepada teman yang kini jauh... di seberang lautan.
bukan rezeki kamu untuk melihat jasad seorang lelaki umpama ayah..
untuk kali terakhir.
Bersabarlah. Tuhan sentiasa sayangkan hamba-hambanya.
Baru beberapa hari tinggalkan tanah semenanjung kerana tanggjawab sbg isteri yang wajib mengikuti suami.


Kini, kamu di duga dengan berita kehilangan...
Dengan Kehidupan baru yang masih belum stabil.
Pasrah dan redha sahaja untuk kekuatan.
Bahagian kamu telah dirasa sekarang..
Bersabarlah teman,


Semoga hikmah yang tersembunyi bakal terselak suatu ketika nanti..
Percayalah Tuhan maha Adil.


Selasa, 19 April 2011

penginapan di Tune Hotel, Penang & JB

Budget kecik, jadilah tido kat Tune Hotel je.
Tu pun grab awal, jd ratenya murah lh jugak. Ada baik & buruk stay kat Tune Hotel ni..
Bagi aku, ok je dok kat sini. sbb kt penang pun bukan lepak sgt dalam hotel.. cuma nak tido n mandi. so oklah. 
Bilik kecik? Dengan harga bilik promo yg aku dapat. Aku masih lagi puas hati dengan ruang dalam bilik, memang xleh nak main kejar2. Tapi bilik kemas n bersih sangat2. Aku suka! langgar2 bontot pun xpe.. asalkan bilik bersih n cantik. 
Nasiblah Amber belum pandai jalan lagi, so.letak atas katil jelah. aku mandi hubby jaga, hubby mandi aku plk jaga. ganti2.


 Tune Hotel Penang 1

Faciality, ape ek... Ohw ye, 7e n ATM machine. tu je.. gamaknye parking pun kena bayo kat Penang. pening! Kat penang ni masalah parking jelah... g mne2 sume kena bayo. mahal lak tu. Mcm kat Tune hotel ni plk, sekali masuk kena RM5. tp lps tu dh xleh kuar2 g dah... if ngengada nk kuar jugak... kne bayo lg RM5. pening lagi!!

 Tune hotel Penang 2

Tv2 tu sume xde eh. Tapi kalo dah kuar pg balik malam. x sempat nk tgok tv pun. 

 Tune hotel penang 3

 Lobi Tune hotel penang

Ok. Kt JB plak. aku booked kat Tune Hotel jugak. entahlah dh alang2 tu stay jelah JB semalam. Mmber aku bising2 soh lepak umah die.. Tp aku dah ter booked. nk wat cmnerkn. Ala... bukan selalu pon.
Ok. bagi aku kat JB lagi best hotel die. Bilik lagi besar n banyak faciality. dalam bilik ada tv LCD. kt hotel ada cafe, 7e.. lelain tu x sempat survey. sbb aku smpai pun dh malam kn. 

 JB

Ingat nak lepak Danga Bay. Tapi hampa sebab Danga Bay tutup sbb tgh renovate. jadi, malam tu pergi berjimba makan stimboat n BBQ kat Orkit Ria stimboat. kat mana, aku pun tak tau. Meriah sgt dengan adik beradik member aku yg sgt2 happening. cayalah...
Macam biasa, aku jd orang paling last habis makan. Lapar giler dr Penang x lunch kn. maklomlah penat jadi pemandu pelancong ni. Sume aku, ape2 aku, aku. aku.aku..
haih..

tataplah pic adik aku. ni pun main grab je pic dia..
aku nak bergambar bagai? sejak ada Amber ni. lupakan sajalah...

Kat JB ni jangan risau pasal parking. tersedia n free je. Hotelnye pun lagi besar dr penang. n aku suka Tune Hotel JB!

bagi aku tak salahlah kalau nak cuba Tune hotel ni. cuma kalau yang ada anak2 kecil tu mybe kurang selesalah kn. lagipun bilik kat Tune hotel ni sume jenis yg sama double n single. Mybe tak sesuai untuk mereka yg bekeluarga. Tapi kalau nak buat tmpat tido je, buatpe nak stay hotel mahal2 kn. Lainlah kalau banyak duit. hehehe..

Aku kurang banyak duit.
 jadi dok diam2, stay kt hotel murah2 je. asalkan dapat tido nyenyak. Memang nyenyak!

 Kaunter kt penang.

 Lobi 


Bagi aku percutian kali ni mmg best. Walaupun penat sgt. dengan Amber lg, dengan barang2 yg banyak... n ada satu pengalaman paling best. Aku doa2 janganlah Amber po po dalam flight. Masa depart tu Alhamdulillah selamat. n dia pun behave je dok ngn hubby.
Masa return ke JB plk, kt airport dh risau janganlah poo po kat sini. Ok tak. Dalam flight, separuh masa pertama ok lagi. aku pun x risau apelahkn. dalam 15 minit nk landing tu Amber leh poo poo plk! imigin camne?
time tu mne leh nk ke toilet bagaikan. Dahlah sebaris seat kami tu ade sorang amoi. Terpaksalah buat muka x faham. 10 minit macam 10 tahun tau tunggu bilelah nak sampai nih. Adeh..
penat aku nak dirikan Amber je. Dia takmo dok diam lak tu. haih... sebat kang,

Tulah pengalaman paling ngeri.

Memang betul2 macm mak2 dah aku nih!

Isnin, 18 April 2011

Andai ini milik aku.. Alhamdulillah

Aku mohon, andai di beri kesempatan..
untuk aku labuhkan sedikit rasa... yang selama ini terkurung,
dalam lingkungan jiwa...
Aku mohon, andai di beri peluang..
Untuk aku juga turut merasa..
seperti mereka...
Hanya kali ini rasanya amat lain sekali..
Jiwa yang tenang bergoncang perlahan..
Hanya kali ini, suasananya asing sekali...
hati yang terbiar kian berbunga..
jiwa yang kelam kian bercahaya...
Andai TakdirMu benar untukku..
KAU permudahkanlah segala....
Cukup.
Ia, terlalu cukup bagiku..
Permudahkanlah segalanya..

Jumaat, 15 April 2011

cik P suka lambat sekarang..... kalau lah boleh dipotong perkhidmatan, aku potong je.. cari cik P lain!

Mula-mula aritu lepas habis pantang, aku kira mmg cepat kitaran period aku, mklumlah aku genap 2 bulan je bersalin terus cik P datang lawat. Sume tu sbb masalah breastfeed Amberlah. dahlah takmo bg alasan. mmg aku salah. Jadi, bila cik P datang tu aku sukalah sgt. Masa tu kitaran mcm bongok sikit, cepat sangat kadang2 aku kira dalam belas2 hari je, dah period balik. Adoi pening.

3, 4 bulanlah cmtu. Lepas tu kitaran lam 21 hrlah, then 24harilah.. tak tetap. Paling lambat 26 hr.. time tu aku dah seram sejuk jugak. yelah manalah tau kan.. Amber nak dapat adik lagi.. woha..
Oh.. aku merancang dengan pil. risau jugak ke bedah??
Mesti. Sebabnya pil aku tu untuk sebulan boleh buat 2 bulan kadang2, kekdahnya aku ni mmg pelupa nak makan. Maklomlah hari2kan, pastu masa kena tetap plak tu. Jadi lama2 aku rasa cam xde faedahnya aku makan cara camtu. Membazir jek!

Lepas tu rancang sendiri.
Yang tu memang kena serah kat hubbylah, n kena percaya kat dialah..
Hubby aku ni plak, dia mmg jenis x kisah. Kalau ckp psl anak jek , pusing2 nanti dia mesti pesan jugak lepas ni anak lelaki plk.
Haih.... seram yang dulu lom hilang lagi... nanti-nantilah.

Bulan ni lepas balik Penang, dan dengan minggu yang padat macam2 xtvt yang berlangsung. Minggu ni je 2 kali kenduri kat umah. dan mmg over sibuklah aku hinggakan aku x sempat nak kira kitaran period aku bila, Tak perasan betul. lepas tu bila kira lik dah masuk 30 hari! amik kau.. apa nak dikata...
Menggelupur cam ayam berak kapurlah aku!
Tunggu2 jugak,  sindrom tanda2 nk period langsung takde. Dalam hari Ya Allah.... betul ke ni???
Banyak kali aku kira, mana tau ada silap kot tarikh yg aku tanda tu. Ayat nak sedapkan hati jek.
Dah siap2 beli tester, tapi tak check pun. Sbbnya nebes!
Akhirnya aku cam dah redha jelah... mungkin dah rezekikan Tuhan nak bagi. Jadi aku taklah amuk2 kat hubby pun.  relaks je, n siap kira umur Amber bape nak dapat adik.. Kire sume2lah...
Hahaha....

Tapi pagi semalam aku bangun, terus dapat tau aku peknen  period! yeay....
haha... kenapalah dia suka main acah2 ni.. Seram betollah!

Dan atas kejadian2 tu, terus aku cepat2 amik lik pil.
Tau takot.

Khamis, 14 April 2011

yeay..... dapat duit banjir.

Minggu lepas balik dr Penang, banyak hal terjadi. Yang paling sedih abah excident sampai kena warded. Ye, masa tu aku kat opis tgh tunggu masa nk angkat punggung g surau tido. Tetiba.... jeng2 , mak col nangis2.. dgn butir bicara yg aku lgsung tak faham... pastu tanya pelan2 baru mak tenang sket n cakap abah excident kena langgar lori. Ya Allah, rasa nak gugur jantung bila dengar berita tu.

kemas2 bgtau adik, dan blah time tu jgk. kena lik umah dulu amik mak n terus ke hospital.
Jumpa abah, Alhamdulillah takde apa2 yg patah... cuma, muka habis......
gigi banyak kena cabut, muka lebam2 dan bengkak, rahang/gusi patah, dagu terbelah  luka2 kat badan, dan tak ingat apa yg dah terjadi. kene oprate untuk betulkan rahang n  abah pakai braces.... cayalah...
kes tu abah tak nak buat report sbb orang yg langgar tu mmg keluarga kami kenal, n mcm sedara jugaklah... tapi dia settlekan jugak motor LC abah yag hancur tu and bagi duit. Nilainya tidaklah aku tau... rahsia.
Sbnrnya apa yg aku nak cerita adalah tntg perasaan aku waktu tu. Sungguh, aku dah dpt bayangkan perkara yg buruk2.. Katalah abah kena teruk, patah2 ke... ish tak sanggup aku nak tengok. Apatah lagi kalau time tu aku terima berita kehilangannya..... Ya Allah. aku belum kuat dan belum cukup kuat untuk merasa kehilangan seorang lelaki yang paling beharga dalam hidup. Bila aku cuba bayangkan. Aku jadi lemah.. kosong .. dan hilang sebahagian kekuatan dalam diri. Sebab selama ni abahlah salah satu penguat hati ni untuk terus hidup dan mencari jalan hidup yang benar dan terbaik.

Jadi, aku sayang sangat2 kat abah... sedih bila tengok dia susah nak makan.
lepas ni boleh buat gigi ye..

Alamak, tajuk lain isi lain pulak, masuk balik cerita banjir..(entry lama pun tak buat lagi pasal kena banjir tu kan..) takpe, lompat terus bab imbuhan sebab bencana banjir.
Kerajaan kan nak bagi satu keluarga RM500. So, pagi tadi dapatlah hubby RM500. Nampak mcm banyakkan, tapi nak dibandingkan penat lelah mengemas lepas banjir, ngn mesin basuh yg rosak, macam tak berbaloilah pulak. Sungguh, kalau diberi pilihan sy mmg takmo lg tergolong dalam golongan mangsa banjir. sedih weih..
mcm pelarian pun ye jugak. memanglah semuanya cukup malah berlebih lagi kemudahan masa kat pusat pemindahan, siap macam2 dapat tao. Tapi nak dibandingkan 'Privacy & keselesaan' dalam rumah sendiri. Mana lagi syok?
Jadi, sekarang bila penat lelah dah hilang... ganjaran $500 tu lehlah simpan dalam tabung.. auww... gediknye.

 Over tak, dapat duit??..

makluman, ini bukan aku ye.... kang letak pic aku, ada plk yg ketawa terbahak kang.. jd taknak letak.



cmtulah tiap sorg dapat, duit lam envelop. envelop yg aku dpt x smpt snap dah hancur Amber kejekan...
main rembat je dr google. tp mmg sebiji pun dapat cmtu.

Jadi, mari berjimba dengan duit banjir!

Hadoi, ingat rm500 tu banyak ke?, asik nak berjimba je... jadi sbg anak yang mengenang budi dan baik hati takleh blah ayat itu .  sebahagian aku hulur kat mak, buat tambah2 beli mesin basuh automatik! senang.




Rabu, 13 April 2011

penang pasar malam batu feringgi yang jauh dan pening.

Pening. ye, pening sebab jalan nak ke bt feringgi ni macam ular di palu, bengkok sana, bengkok sini.
Tapi sampai juga. Oh nak describe pasar malam ni serupa cam Petaling street kl. CUMA,
penjual lebih sopan diffrent kl. yes... taxde ape pun yang best. biasa2 je.. t-shirt tourism mahal, tapi adalah juga yg murah berbanding kat town. kena pandai survey. tang survey tu, ble handbang dh kiri kanan. tu yg malas tu. 


Gah The Ship ni tao..harga makanannya pun gah juga mesti.

 Tak tau fesyen ape, skirt tu baru beli kat chowrasta siang td. baju main sarung. 
nk jimat space punya pasal.


 Amberena tidur. jadi mak pak kne behave bw stoller kne slow2 risau tol Amber bangun. malas nk dukung.
pastu meriah ngn dvd. alah kt muar pun boleh dpt dvd murah, jd xdenye nk li dvd bagai kat sini.

 Gajah jadian, sikit lagi turn adik bergmba org dlm restoran nak kuar bgtau takleh tangkap gmba. hah takot. cepat2 jalan. depan  restoran seafood. besar giler restoran ni.




Owh. rupa-rupanya kat bt feringghi ni banyak hotel2 besar. suasananya pun lagi happening. Hidup je. restoran pun banyak, kedai makan tepi jalan pun berlambak. Cuma takdelah sempat aku tengok pesisir pantai kat sini. Malam kan, gelap. sama je...
menuju ke bt. feringghi ni pun xlah susah. senang je, dr town ikut signboard bt feringhi pastu terus. akan jumpa banyak hotel2 besar, selekoh tajam dan  kepala akan pening...

rasanya xtvt malam ni saja kot. maklomlah org ade anak ni  serba-serbi lambat sikit. kuar hotel pun kelambatan. lepas balik dr bt feringgi tu, cari kedai makan thai kt town. pusing-pusing xde... pusing-pusing xde. yg de kedai cina ngn nasi kandar je banyak. nasi kandar lagi? oh tidak, pening siang td makan kari pun x ilang lagi. jadi gagah juga mencari. menyesal sbb tak makan kt bt feringgi. jumpalah juga satu kedai makan ni. jadi dinner ngn tomyam, ikan stim.. ahh..puas hati.

Sabtu, 9 April 2011

Penang mari makan Nasi Kandar


Orang kata Penang sedap dengan Nasi Kandar kan, Pergi penang tak makan nasi Kandar, macam tak jejak je kat Penang tu, Sampaikan menggelupur nak cari kedai makan Tomyam tak jumpa. Pusing-pusing nasi kandar, pusing nasi kandar. aduh.

Ini pertama kali aku makan nasi kandar. Yang tersedap bagi aku adalah makan nasi kandar time perut betul2 tgh lapar gila. Ye, masa tu makan kt restoran Mutiara kat Komtar, breakfast kul 11 am. perut dh main music rock dah. payahnya nak jumpe Line clear, Mutiara pun bolehlah redah. jadi, first time makan memang syok. campur kuah banyak2. amik daging kicap. puyuh goreng n ikan merah. Fuyoo makan tak pandang orang. asik pandang pinggan jela. pastu lauk hubby siap hasut suh amik sotong. Ayayai ku akui mmg sedap rupanya nasi kandar ni.

Lepas tu jalan2 cari pasar chowrasta nak li jeruk. tmpatnya dekat je ngn komtar tu. Tp maklumlah tmpat org, pusing -pusing banyak kali pun tak nmpak, smpai siap tumpangkan sorang makcik tu tunjukkan mana pasar chowrasta nih. Oh depan mata jea weih. sib baiklah makcik tu pun nk ke Chowrasta, 

Pasar chowrasta? kecik je, bagi aku taklah best pun. tempat li jeruk jea. tu pun aku tak membeli sgt kat situ, sbb penjualnya cina semua. melayu pun hanya pekerjanya saje. tpi tepi lorong tu ade kedai jeruk org melayu. kedai jeruk nasir tak silap. ya diakui, jeruknya sedap. lagi2 yg bercili tu. meleleh.....

 aik cik kenit ni dh smpai dulu ye. time ni mak pak sume tgh melantak. peduli ini budak.
dia sengeh2 kalakarnyer....


Next. jalan2 kt sepanjang kedai tu beli baju n souvenir dan tanya tokey kedai mne Line Clear. Ahahaha... oh dekat jr rupanya dekat ngn Chowrasta juga. Ish apalah penang ni tak mencabar langsung, takde ke yg guna2 maps nih. nmpak sket cm foreign dgn izin. ah..

Oh. jangan salah sangka sbb waktu ni dh kul 5pm++. yelah mydin pun nak masuk. apelah.

Sampai Line Clear. eh.. eh.. masuk lalu dapur. iye. tak sempat cop tempat, terus pilih lauk. 
Bawah tu lauk saya, aik nasi jek lauk xde...gedabak ayam tu adik punya. rugi jadi dia ni. Udang beso2 tak makan. alergik. tapi minta udang aku sikit. dah kurang taw.
kat sini pilih lauk best sikit. tamak sebenarnya
Udang sekor RM7 punya mahal, ikan merah, daging kambing, eh tu jelah rasanya.... TAPI, saya hasut hubby sekali lagi amik sotong n telur ikan. dia amik lauk ape tah. tak amik tau. Dan makanlah smpai insaf. betul2 insaf sbb tak mampu nak abiskan. 
bendi tu je yg saya suka kat sini. lelain tu biasa2 je. takdelah sedap sgt pun. .....mungkin sbb perut masih kenyang. jgn salah fhm tao.


 ini nasi aku. orang tamak selalu rugi...
beginilah contohnya.

Tu bil adik, paling murah antara kami. lauk ayam gedabak+sotong. pastu sotong tu pun humban kat aku. Nampak juga ekor sotong tu, 



eh.eh. tdi dah buat tao gambar bil tu kt tgh..main lari2 plk. ish.. yg paling mahal lauk udang 2 ekor+ sotong sekor. rm20.20. ermerk.. alhamdulillah..jgn cakap lagi
kenyang dah.bukan sy punya ye.
bil saya kena lam rm16++ . hubby plk lam rm17++.


 Gf sy je ni yg paling cool. makan roti vanilla gardenia.

 Oh..oh.. sejak dah leh letak kat baby chair ni. senang hati ayah bonda.. boleh makan berjemaah smbil2 tengok kejap2. 

 Alahai kamu sgtlah buat bonda tergoda taw. 
Ok. lagi satu kan kat Line Clear, tikus beso giler...gemuk2 bapak kucing tu. Sambil makan sambil tgok sarkis plak. suka hati dia je nak lalu lalang kat situ. 

 Bil sorang2 punya Nasi Kandar. oh lauk kt pinggan tu suci lagi tao. 
orang tamak punya. nak bungkus makan kt hotel.:p

 Ape ada kat depan mata suma nk kaut.. 


 Eh, kamu ni behave pula time ni. kenyang roti suka hatilah ye.

oklah. overall kat Penang ni makanan memang banyak. Tapi bagi tekak johor cm aku ni.. tetap takleh nak telan kari tiap2 hari. tomyam blh plk telan tiap hari kn. ngengada.. ye.ngaku. Tapi dah alang2 25 tahun sekali smpai kt penang ni taksalahlah try kn. tu yang taram udang beso tutup mata je kaut. hahah.. hari2 biasa, jangan mimpi. kena jeling ngn hubby kang. tak pun dia bawak g pasar. belikan udang yg sekilo rm16 tu..buat masak lemak cili api. kena masak jugak tu..hish..

bye