Rabu, 16 Mac 2011

Mahu jadi ibu terbaik. Tapi jalannya terlalu mencabar.

Semalam, balik dari kerja terus cepat2 mahu ambik Amber. Jam tepat 8.00 pm. Apa?  malam masih belum balik?
Ya.
Sampai saja, tanpa matikan enjin terus beri salam. Dari luar dah dengar suara anak ku riang bergelak ketawa suka. Berbunga hati dengar Amber ketawa. Pintu terkuak, Amber pun berjalan sambil sengeh2 pandang aku * mimpi. eh tak, Angah ita dukung Amber seperti biasa. Dan aku pun hulur tangan macam selalu. Hari ni... untuk pertama kali Amber mula sorok2 muka kat tudung Angah ita. Ohw, mentang2 makan lauk ikan, eksen ye... Berkali aku acah nak tinggalkan je dia. Tapi, dia selamba je tengok aku. Perasaan?
Bengang yang amat, sakit yang sangat. pedih tao. rasa macam aku ni bukan sapa2 bagi dia.~~~
Jadi, aku ambik je dia dari Angah Ita tanpa dia sendiri menerpa aku .-:(
Dalam kereta, letih aku nk 'behave'kn dia.

Aku tahu, masa yang ada untuk aku dengan dia terlalu sikit. 6 kali dalam seminggu cuma jadi teman tidur je. Weekend adalah sangat singkat. Kadang2 aku tak perasan bila waktu dia selalu menyusu, makan, mandi. rutin yang biasa di rumah baby sitter dia. Jauh dari sudut hati, aku belum puas....
Aku belum puas punya baby yang tahu menangis je, tidur sepanjang masa, kuat menyusu. Aku tak puas mandikan dia, aku tak puas bau baby yang fresh. wangi. sebab sekarang ni aku perasan Amber dah besar. Dah tau pilih orang, dah tau makan, dah tau mengamuk, dah tau macam2... dah tau nak *pap* orang jugak.

Kalau boleh aku nak jaga dia setiap hari, setiap masa.

Rela ke, duduk rumah. Terima semua seadanya? Sanggup ke tahan nafsu dari mampu milik kepada jangan bermimpi langsung? Tahan ke pejamkan mata dan tutupkan telinga dari dunia yang  biasa ?
Hahahaha... macamlah boleh kn.
Betullah, zaman sekarang tak macam zaman dulu-dulu. Sekarang nak beranak ramai-ramai pun takut. Takut dengan semua perkara yang perlukan duit. Semuanya duit. Kirakan saja untuk membesarkan anak pertama dari lahir, berapa yang wajib ada dalam tangan setiap bulan. Dah sampai tahap 'wajib, kalau takde jadi berdosa pulak. haih....


Mereka2 di luar sana, yang ada anak. Yang kerja < 8 jam sehari, anda bertuah. yang bekerja 5 hari seminggu anda masih  bertuah. Yang masanya lebih banyak terluang untuk anak2... anda sangat bertuah.

Jadi, anak ku... Janganlah buat hati ibu jauh bila lihat kamu lebih suka di sana, dari disini. Sebab ibu sentiasa tak sampai hati nak tinggalkan kamu sehari-hari. Apalah pilihan yang ibu ada. kerana. Apa yang ibu usahakan, semuanya untuk kamu... untuk masa depan kamu.... InsyaAllah. Mungkin tak sebaik , tak sehebat orang lain. Tapi, ketahuilah ini yang terbaik yang mampu ibu beri.. Yang paling utama, dalam hati, cinta ibu terlalu dalam buat kamu. Amberena

1 ulasan:

MalizaMah berkata...

kasih ibu sendiri pada seorang anak itu tulus. cuma adakal sbg anak kita alpa dan kabur dek kabus yang mendatang.......