Mencari penjaga untuk anak kecil yang paling kita cinta. amatlah mencabarkan. Banyak sangat yang kena tapis, tambahan lagi bagaimana mahu meletakkan kepercayaan 100% kepada mereka. Ya. Masa peknen dulu, aku tak runsing pun pikir mana nak letak Amber lepas tamat tempoh bersenang lenang. Yelah. dalam hati aku dah ' booked akk ipar aku sbg babysitter. :)
So, bersuka rialah hati ni. macam takde masalah. semuanya settle... nampak kat situlah.. Ohw tapi keputusan itu dibangkang keras oleh daddy. Tapi, nak takut ape kan... perlahan2 aku pujuklah, gerenti dia setuju punya.
Tapi, lepas dah bersalin. berpantang dan merasa sendiri menjaga puteri kesayangan ceh...hihihi
Setiap masalah aku dgn dia, ketawa bersama, menangis bersama, digigit semut bersama...(boleh pulak time aku bpantang tu, rumah bukan main lagi meriah dgn semut gatal tu!!). Tiba2 aku mula nampak yang situasi dalam rumah aku sebenarnya tak selamat untuk Amber. Bila pertama kali aku tgok depan mata, tangan anak akk ipar aku, anak buah aku lah tu. lajuuuuu je dia *PAP* kat kepala Amber. Apa lagi melalaklah orang tu kena babab kn... Ayoo sapa kata budak kecik pukul x sakit? diorg pukul sekuat hati tao!
Jadi, hilang suku kepercayaan aku untuk itu.
Dalam masa pantang tu jugaklah aku tak boleh leka, tinggalkan Amber sendiri. jangan harap! sbb pantang aku tinggal kejap. time tu jugaklah dia geram tgok kemongellan Amber. tekun dia tunggu sebelah Amber tao. Aku rasa kalau aku kena meroyan pun. sebab penat berlawan dgn anak buah aku saje..
yelah, time tu mne boleh jerit2.... nak kentut pun takut...huhuhu...
Dan aku nampak yg akk ipar aku pun bz setiap hari, mana nak urus anak yg sekolah, dgn anak kecik dia yg mcm belangkas tu lg. masih brestfeed lagi. Confirmlah pilihan aku ni salah kan.
jadi apa lagi. tepuklah tangan ramai-ramai.
Mujur saudara Nazri, suami aku lah tu tak sekolahkan aku pasal Faiz sekeh Amber.
Hampir tak perasan, Amber dah layak naik benda ni... bukan main sooka.
Jadi, mula dari saat tu. aku dah mula runsing. Manalah nak cari org yg boleh jaga Amber. setiap kali anak buah aku *PAP atau cubit2 Amber, makin hilanglah kepercayaan aku. Jadi bila dah runsing ni, dan hilang semua kepercayaan ni, boleh agaklah kn bpe banyak kali anak aku kena.
Dalam kepala dah nekad nak antar Amber kat depan opis aku ni. Tapi gila jauh aku nak bawa dia mengembara tiap2 hari. Jauh tao tempat kje aku. Tak tahan tu bila aku mmg blk malam. Woho... mcm2 benda x patut aku pikir. So, nekad2 pun gigil jugakkan.
Syarat pertama yg aku pikir masa tu, aku taknak org yg jg Amber ada anak kecik. NO! sbb aku dah rasa sakitnya hati dan mata.
Ok.1 , 2, 3... good. Amber good.
Jadi, masa cousin aku tunng, pecahlah kekusutan hati ni. jadi cousin aku pun suggest akk dia, merangkap cousin aku jugaklah kn. Bila tanya2, dia kata Ok. lgipun anak dia yg plg kecik skrg ni dah Sek. Men. Jadi confirmlah dgn dia. Cousin aku jugak.
berbalik pada rasa percaya. Bukan aku terus percaya tao. makan bulan jugaklah aku sentiasa aware. lps ambik Amber je, balik cek sana. cek sini. hahaha kelakar..
Aku pun pernah citer betapa cousin aku tu lg cekap dr aku. dia yg kenalkan makanan tambahan dulu, bagi naik walker dulu.. sume2lah... dan. sekrng mcm krisis indentiti plk aku ni. aku yg baby sitter ke, atau aku ni emak Amber? *mmg cmni eh, lepas anak org lain jaga. dia lagi gembira ngn org tu?? haih.
Jadi bila semuanya OK. Aku pun dah letak kepercayaan 100% pada cousin aku, means xdelah aku serah kt dia 100%. Tapi, kalau dia nak bawa Amber kemana2 tu. aku kasilah...
Bukan senang ye nak cari baby sitter yang terbaik untuk anak sendiri. Kalau yag betul2 ok tu Alhamdulillah. Kdg2 mula2 je ok, lps2 tu KO. mcm2lah. Mcm yg aku dh nmpk. Kalau boleh takyahlah bg keluarga sendiri yg ADA anak2 kecil utk jaga anak kita. Apa2 pun mestilah anak sendiri jugak kn yg dia utamakan.
Belum kalau terjadi masalah2 lain pulak. terdaya atau tergamak ke kita nak cakap kualiti jagaan dia yg tidak memuaskan hati kita?
Nak cakap tak sampai hati sbb keluarga sendiri kan. Tak cakap? sakit hatilah pulak.
Jadi. pandai-pandailah nilaikan.
pst - Aku harap, asuhan baby sitter dia adalah yg terbaik untuk dia. Selain asuhan mak ayah yg gilakan kerja ni.kerja nak cari rezeki utk kelangsungan hidup jugak kn.
2 ulasan:
huhu...x lama lagi nak start cari babysitter Ammar.. mau bawa ammar ke shah Alam.. :p
Hihi... gud luck. moga bertemu babysitter yg terbaik.
Apa2 pun anak yg utamakan.
Catat Ulasan