Jumaat, 31 Disember 2010

Ohwh~~ dah boleh terbang~

Aku selalu tanya Ayie.
macammana kalau suatu hari nanti hidupnya tiada aku, tiada Amber. Suami selalu terdiam bila aku aju soalan itu. paling tak pun dia akan kata " nak bayangkan pun dia tak sanggup, tak terdaya" entah2 dia boleh jadi gila. 
tengok. dasyatkan. itu baru kasih seorang bapa.

Kalaulah aku. Mungkin satu hari nanti KALAU aku mampu buang segala pahit manis masa mengandungkan dia. KALAU ingatan aku terus lupus saat katika di dewan bersalin. KALAU ada yang mampu hilangkan semua perkara tentang QaseH Nur Amberena. Dan aku takkan pernah ingat langsung pada dia, maka aku sedia dia pergi dari aku.

Tapi, andai tidak.

JANGAN SESEKALI TANYA AKU SOALAN INI.   












Penat rasanya nak buang rasa sakit bersalin. rasa sakit mungkin hilang dah. tapi, saat2 genting sepanjang proses bersalin tu betul2 buat aku insaf. 

Ia. Bukan senang. 

Mungkin ada orang yang rasa dia mudah bersalin. tak sakit. mungkin. Tapi bagi aku, walaupun aku bersalin normal, tiada komplikasi. cepatlah jugak. tepat due date.  Apa yang aku hadapi ketika itu betul2 buat aku rasa insaf sangat2.Itu adalah saat paling genting sekali, dimana sanggupkah aku untuk bekorban? 
Aku tak pernah tulis kronologi Amber dilahirkan disini. bagi aku, apa yang aku rasakan tu tak tergambar & tak dapat di nilai dengan kata-kata. Aku yakin, doa2 ibu bapa, restu suami, kemaafan suami yang membantu aku, yang menguatkan semangat aku untuk terus kuat dan kuat ketika itu. 

Disitulah aku kenal rasa sayang yang maha tinggi, begitu menakjubkan. 

Kalau orang lain yang dah buat kita rasa sakit separuh mati. gerenti kita akan benci dia sampai matikan.
Tapi, rasa cinta yang tumbuh dalam hati seorang ibu takkan dapat di lawan dengan sekelumit pun rasa benci... bila kali pertama si kecil itu di dakap. 

Nak bagitau. rasa sakit masa dia nak keluar bukan calang2 tau.
Yang mana ada ketika sampai kau boleh kata. rasa nak mati.


Dan aku rasa setiap ibu dalam dunia ni andai terdesak dan jika di beri pilihan samada nyawa sendiri atau zuriat. Aku yakin bukan saja aku malah semua pasti akan pilih zuriat. Rasanya lebih bermakna bila si kecil itu berpeluang untuk melihat dunia. berpeluang untuk bernafas. berpeluang untuk melihat wajah si ayah. Terlalu besar ertinya bagi mereka yang bergelar ibu. Biarlah si ayah yang bercerita tentang siapa ibunya. siapa yang melahirkannya. Dan waktu tu saat yang paling indah adalah semua ibu2 di dunia ni terlalu berharap agar di beri belas kasihan untuk sama2 hidup dengan zuriatnya.



Pengorbanan itu yang seharusnya suami pandang. 
Biarkan suami merasa dan melihat sendiri pengorbanan seorang isteri ketika melahirkan.
Bukan senang nak dapat

' Syurga itu di bawah telapak kaki ibu'




Isnin, 27 Disember 2010

agenda hujung minggu saya







Hai.
Saya suka dengan Daddy, daddy suka bawak saya mandi pool. alah saya tau kecik. sekarang pool tu makin sempit. tak muat dah.Tapi saya ok je. yelah lagipun saya memang suka main air, kecik ke besar ke besen pool tu saya tak kisah.
Nanti bila daddy letak saya kat besen pool, saya suka belek2 paip air tu... saya memang tak tau diam tulah sebabnya saya mandi lama. lagipun saya kn gegirl mestilah mandi lama2 sikit. biar lebih bersih.



 Tengok nih, hepi sangat kan. smpai kembang2 idung saya lepas mandi. sehari saya mandi 3 kali taw.. kalau tak, saya mengamuk. rimaslah kalau tengahari tak mandi. Malaysia kan panas.


 Ohw. ni shawi.. eleh dia menunjuklah tu ada  walker. saya nk pinjam kejap pun dia x kasi. takpe. nanti nak minta mami beli satu kaler pink lagi ... lagi pun sekarang ni saya tak boleh naik walker lagi. tulang saya kan masih lembut. saya baru 5 bulanlah..
Nanti bila saya dah naik walker, saya nak race dengan shawi. alah mesti dia kalah. Shawi ada bantal bucuk. tak malu. hehehe

 Oke. saya mainten lagi ni. mood saya tengah ceria . jadi sesiapa pun boleh usik2 saya, boleh gomol2 saya, saya suka tau... Ramai yang suka bermain dengan saya. Atoklah, daddylah, mak usu, neneklah, pakngah... sume nak main dengan saya. Kadang2 saya penat jugak. kalau saya penat habislah daddy dgn mama. penatlah dengar saya mengaji..aaaa.....
saya pndai mengaji dah sekarng.
kalau saya terlalu penat, saya tidur je kat mana2. saya tak kisah. alah kat meja TCRS pun penah. apalah sangat. kadang2 tengah tengok tv pun saya terlelap. senang sangat.

 selalu jugak saya berbual2 dengan mama. adake saya selalu mintak mama lamb chop tapi mama buat taktau je. Lupa agaknya sebelum saya keluar dulu selalu bagi saya makan kambing tau. sekarang kedekutlah mama.

Ok. masa untuk tidur, saya suka tidur kat sini jugak, selain katil queen mama & daddy. sini pun ok. selalu daddy & mama bwa saya jalan2 sebelum saya tertidur. best tau... terbuai2 je rasanya...

Selalu, hujung minggu je saya dapat tidur kat katil mama puas2. hari2 biasa saya dah kena bangun awal. nak ikut mama pergi kerja eh taklah. mama antar saya kat baby sitter.. Malam baru mama ambik saya, saya kenal suara mama tau, walaupun saya tengah tidur. bila dengar je suara mama saya terus bangun. Malam tu saya suka sangat ajak mama ngn daddy borak-borak. kadang2 sampai pukul 3 pg pun saya boleh bangun lgi ajak borak lepas minum susu.
Eh, nak tau sekarang saya dah pandai pegang botol susu sendiri tau. ala... takde gambar pulak. nanti saya suruh mama amik gamabr ye...

okelah.. babai

Isnin, 20 Disember 2010

Jom ikut suami g Dinner...

 Salam,

Hai.... aktiviti Dinner tak rasmi. Yelah... semuanya kelam kabut. time tulah cari benda semua tak jumpa. Akibatnya jadi orang paling last sampai.

Nasib baiklah Amber tak meragam sepanjang majlis. Dia betul2 cocentrate tengok orang sekeliling. bulat biji mata. Susu pun langsung tak pandang. Mana taknya... hall penuh lampu kelab malam. so terpesonalah jadinya...



 Kat Park medan Bentayan, seram jugak bawak baby tengah2 malam kat tempat2 cmni. 
Ayat kursi sentiasa.


 Nyenyak tidur lepas usai majlis...
Syukurlah sangat Amber pandai bawa diri.


 ohw, gegirl ni suka sangat dengan Amber, berkali kena angkat dengan her mum, berkali jugaklah dia tetap datang bertandang. Ayo.. dahlah cute. Slow je dia usap2 Amber, suka baby gegirl ni, biasalah budak. suka benda yang comel..~ hahaha... comel ke Amber tu... hihihi

 Sempat jugak amik pic untuk diri sendiri. padahal paksa hubby banyak kali.

 Tak kisah apa dah, yang penting dapt tidur.. best.

 Ni acara apatah. karaoke kot, not bad. tapi xlah sampai buat saya terpaku keasyikan.

 Sedang berentap habis-habisan

Oke, ni acara vote pakaian yg jadi winner malam tu. pakaian yg paling colourfull.. 2 kategori lelaki & wanita winner bawa pulang Cash RM150. phew. Menariknya semua game yang ada pada malam tu hadiahnya adalah cash. $$$$$...
Ohw... dan lucky draw juga begitu menggetarkan. syok ooo.... no plg koman pun perkakas elektrik. No yang up2 tu dapatla laptob, digital camera, handphon, washine machine, peti ais, LCD 31 inci kot.. pun ada, home teater... hati dah bisik2 kalaulah dapat paling koman LCD tu...tapi xde rezeki kitalah.. so pulang bawa hati yang hampa...


Untuk kami, majlis tak berakhir setakat tu. sempat lagi ke bentayan untuk super. ambik bawak baby keluar midnight. Dahlah tempat tu ramai orang sentiasa... agak kurang tenang. tapi tekak teringin nak makan tauhu goreng bentayan yang sedap tu, jagi singgah. Tu pun selepas susukan Amber dalam kereta, dan selepas Amber lena keletihan lah tu. Over taw~ dia pun nak dinner jugak.



Overall. Saya puashati dengan majlis Dinner hubby. Nk harapkan company sendiri entah bile.

Nasib baik esok ahad. hahaha...

Khamis, 16 Disember 2010

Qasehku demam~~~~


Ramai sangatlah kawan-kawanku yang tanya dalam FB tu. mana pic Amber? uploadlah.. nk tengok. Puas jugaklah aku bagi link suruh tengok kt sini.

Tapi, diam kejap. text lagi nak pic Amber. Amber.

Alahai korang ni, bukan taknak uploadlah. masalahnya...
pic bersusun lam pc. 
Hari2 aku transfer dr nikon.

masalahnya...


F A C E B O O K aku da kene block!
xleh nk buka dah.

kena merempat kt org lain beru leh buka. kesiankan.

Nah tambah lagi satu pic Amber kat atas tu.

eh, tajuk Amber demam. lari plk.
oklah masuk hr ni dah masuk 5 hari batuk Amber tak sembuh. Demam dah okey dah. Maklumlah tepek ngn cool fever.. demam pun x berani nak datang. kene sedut. hahaha

Time bagi ubat tu kena tipu sikit. Pandai betul dia, nampak je picagari (betul ke eja) terus tutup mulut bunyi emememem... je. kalau hubby yang bagi lagi best. Baru masuk mulut sikit, dahlah gusi tutup rapat. Terus lelap. Hebatkan Amberenaku.. Dasyat ooo...





p/s : Marah? taklah x marah pun Fb kene block...:D

bye..

Jatuh cinta lagi...Hana Tajima

Saya tak malu mengaku, dah jatuh cinta dengan dia.

kalau dah suka asik terbayang-bayang je. kagum sangat2. betul

Ah x kira, dah berkenan sangat...


Tengoklah....
lawakan...


Mula-mula tu, penuh tanda soal. siapa ni? model ke? artis?
cantiklah. comel. lawa.

Tapi sebenarnya. dia designer pertama yang beraksi di runaway London utk fesyen muslimah yang simple, pelik mybe, tapi lawa ohh... kacukan japan + inggeris. patutlah lawa sangat.
oh boleh tengok hasil designnya di maysaa.com.


Baru kenal kenal semalam. balik umah terus try pakai tudung yang macam dia. selesa... walau nampak mcm x siap.. but cantik. Terus dah set majlis Dinner company hubby sabtu ni nak pakai hijab style Hana Tajima.
Dialah juga yang design tudung untuk Yuna.




Tapi sedih,
she married. : -(

Orang lelaki malaysia, takde peluang dah.