Jumaat, 31 Disember 2010

Ohwh~~ dah boleh terbang~

Aku selalu tanya Ayie.
macammana kalau suatu hari nanti hidupnya tiada aku, tiada Amber. Suami selalu terdiam bila aku aju soalan itu. paling tak pun dia akan kata " nak bayangkan pun dia tak sanggup, tak terdaya" entah2 dia boleh jadi gila. 
tengok. dasyatkan. itu baru kasih seorang bapa.

Kalaulah aku. Mungkin satu hari nanti KALAU aku mampu buang segala pahit manis masa mengandungkan dia. KALAU ingatan aku terus lupus saat katika di dewan bersalin. KALAU ada yang mampu hilangkan semua perkara tentang QaseH Nur Amberena. Dan aku takkan pernah ingat langsung pada dia, maka aku sedia dia pergi dari aku.

Tapi, andai tidak.

JANGAN SESEKALI TANYA AKU SOALAN INI.   












Penat rasanya nak buang rasa sakit bersalin. rasa sakit mungkin hilang dah. tapi, saat2 genting sepanjang proses bersalin tu betul2 buat aku insaf. 

Ia. Bukan senang. 

Mungkin ada orang yang rasa dia mudah bersalin. tak sakit. mungkin. Tapi bagi aku, walaupun aku bersalin normal, tiada komplikasi. cepatlah jugak. tepat due date.  Apa yang aku hadapi ketika itu betul2 buat aku rasa insaf sangat2.Itu adalah saat paling genting sekali, dimana sanggupkah aku untuk bekorban? 
Aku tak pernah tulis kronologi Amber dilahirkan disini. bagi aku, apa yang aku rasakan tu tak tergambar & tak dapat di nilai dengan kata-kata. Aku yakin, doa2 ibu bapa, restu suami, kemaafan suami yang membantu aku, yang menguatkan semangat aku untuk terus kuat dan kuat ketika itu. 

Disitulah aku kenal rasa sayang yang maha tinggi, begitu menakjubkan. 

Kalau orang lain yang dah buat kita rasa sakit separuh mati. gerenti kita akan benci dia sampai matikan.
Tapi, rasa cinta yang tumbuh dalam hati seorang ibu takkan dapat di lawan dengan sekelumit pun rasa benci... bila kali pertama si kecil itu di dakap. 

Nak bagitau. rasa sakit masa dia nak keluar bukan calang2 tau.
Yang mana ada ketika sampai kau boleh kata. rasa nak mati.


Dan aku rasa setiap ibu dalam dunia ni andai terdesak dan jika di beri pilihan samada nyawa sendiri atau zuriat. Aku yakin bukan saja aku malah semua pasti akan pilih zuriat. Rasanya lebih bermakna bila si kecil itu berpeluang untuk melihat dunia. berpeluang untuk bernafas. berpeluang untuk melihat wajah si ayah. Terlalu besar ertinya bagi mereka yang bergelar ibu. Biarlah si ayah yang bercerita tentang siapa ibunya. siapa yang melahirkannya. Dan waktu tu saat yang paling indah adalah semua ibu2 di dunia ni terlalu berharap agar di beri belas kasihan untuk sama2 hidup dengan zuriatnya.



Pengorbanan itu yang seharusnya suami pandang. 
Biarkan suami merasa dan melihat sendiri pengorbanan seorang isteri ketika melahirkan.
Bukan senang nak dapat

' Syurga itu di bawah telapak kaki ibu'




Tiada ulasan: