Selasa, 20 Julai 2010

Air Selusuh/ Selusuh???

Semasa sy mengikuti CRS > ceramah rakan suami. ohw ini routine kat hospital gomen, kalau suami nak teman isteri time isteri bertarung nyawa sewaktu melahirkan di labour room. maka, suami mesti dengar ceramah crs dan dapat sijil/ slip yang ditandatangani oleh nurse bertugas. Ok. alah, bukan  lama pun, dengar ceramah sket. then buat lawatan smbil belajar ke labour room mcm latihan praktikal tu. Apa yang sy nampak dalam dewan bersalin takdelah menakutkan pon. Sumpah. tenang je.. doctor n staff nurse pun rileks je, diorang bekerja secara efficent . takde dengar orang jerit2 pun. Bila dah nampak suasana yang baik cmtu sekurang2nya tenanglah hati sy yang maha penakut ne. hehehe...

Ok. lepas habis lawatan latihan praktikal tu, boleh lagi lepak2 kat ruang rehat dalam labour room ok. act, sy n hubby lambat smpai dan tak sempat dengar ceramah pun. cuma sempat ikut diorg g labour room. Mujur nasib kitorng baik sket, nurse boleh lebih kurang, so. nurse tulah bg ceramah sikit2 lepas tu. Ok. dah menyimpang jauh dah ni, padahal tajuk pasal air selusuh.

Air selusuh sewaktu melahirkan? 

Mesti ramai yang rasa selusuh antara salah satu perkara penting yang patut ada sewaktu proses melahirkan. iya. selusuh memang membantu kita mempercepatkan gesaan rasa sakit bersalin, means kita akan rasa sakit contraction yang hebatlah dan cepat rasa nak meneran. Tapi, adakah air selusuh benar2 membantu secara semulajadi atau secara paksaan??
Kalau boleh, bila dah masuk labour room tu jangan minum air selusuh. lagipun waktu tu kita memang tak boleh nak minum apa2 lagi dah. Ok, bukan lah maksudnya air selusuh tu tak elok, tapi seboleh2nya kita jangan terlalu push diri kita untuk terima gesaan rasa sakit yang tak mampu kita tanggung secara mendadak. biarkan rasa contraction berlaku secara sendiri. Air selusuhkan dah di baca ayat2 yang akan buat kita rasa tak tahan dah nak meneran walaupun kadang2 bukaan masih belum terbuka sepenuhnya. Yang paling sakit sewaktu proses bersalin adalah contraction yang makin lama makin kerap. kalau ditambah dengan air selusuh, takut ibu2 kehilangan tenaga untuk digunakan sewaktu meneran nanti akibat nak menahan rasa sakit contraction tu. yelah nak menahan gesaan yang berganda2? kesian kan.

Dan peranan suami sangat penting tau. tenangkanlah kami yang sakit ni, urutlah belakang kami, ucapkanlah kata2  semangat serta kata2 yang menyenangkan. usaplah kepala kami dengan penuh rasa sayang. Kerana ketika ini, hanya suami yang amat2 diperlukan oleh seorang isteri yang berjuang antara hidup dan mati untuk melahirkan zuriat bersama. Dan yang paling penting, ampunkanlah dosa2 kami doakanlah kami dengan penuh keiklasan.. mudah2han...



Doa Yang digalakkan baca dalam labour room adalah doa Nabi Yunus.

Bismillahhirohmannirrohim..
Laillahailla anta Subhanakainnikuntum minalzolimin..

insyaAllah..
Dan ketika rasa contraction yang sangat kuat bacalah doa ini.
Usapkan dari atas perut ke bawah sebanyak 3X

Bismillahhirohmannirrohim..
Hunaa waladat maryama wamaryamu waladat U'ssa...
Uhruj aiyuhal mauludu bikudratil malikil mahbud....

(doa ni sy dapat dari makcik yang akan mengurut saya masa pantang nanti. baca masa dah kat labour room, jangan baca time tengah bershopping plk, tak pasal2 karang)


p/s: Selusuh yang paling baik dan berkesan sewaktu menanti detik2 kelahiran adalah.....
kerapkan untuk selalu bersama suami, suami perlu tahu ianya akan membantu sekurang2nya untuk memudahkan isteri bersalin bila sampai waktu.

Tiada ulasan: