Rabu, 21 Julai 2010

Ohh nama anakku....

Masih sempat tak kalau lepas bersalin baru fikir n cari nama baby??
Sumpah. sekarang betul2 pening lalat tak tau nak pilih nama apa.
kalau ada pun rasa macam tak cukup puas dan berani nak decide. ohh~~

Adam..
^
Hawa...
^
Putera..
^
Puteri...
^
Kasih...

Amboi. Banyaknya pilihan padahal anaknya sorang... Dah puas rujuk kat buku, dalam website pun sudah.. sekali berkenan banyaklah pulak. Tapi nak betul2 confirm tu yang payah. Isteri nak nama itu, hubby nak nama ini. Kalau buka cadangan bagi whole family bagi nama laagi haru... Alahai, cian anak ibu. 

p/s: Dah berkira2 nak letak nama yang classic kononnya. Tapi nanti ramai yang menyampah pulak..: )



Selasa, 20 Julai 2010

Air Selusuh/ Selusuh???

Semasa sy mengikuti CRS > ceramah rakan suami. ohw ini routine kat hospital gomen, kalau suami nak teman isteri time isteri bertarung nyawa sewaktu melahirkan di labour room. maka, suami mesti dengar ceramah crs dan dapat sijil/ slip yang ditandatangani oleh nurse bertugas. Ok. alah, bukan  lama pun, dengar ceramah sket. then buat lawatan smbil belajar ke labour room mcm latihan praktikal tu. Apa yang sy nampak dalam dewan bersalin takdelah menakutkan pon. Sumpah. tenang je.. doctor n staff nurse pun rileks je, diorang bekerja secara efficent . takde dengar orang jerit2 pun. Bila dah nampak suasana yang baik cmtu sekurang2nya tenanglah hati sy yang maha penakut ne. hehehe...

Ok. lepas habis lawatan latihan praktikal tu, boleh lagi lepak2 kat ruang rehat dalam labour room ok. act, sy n hubby lambat smpai dan tak sempat dengar ceramah pun. cuma sempat ikut diorg g labour room. Mujur nasib kitorng baik sket, nurse boleh lebih kurang, so. nurse tulah bg ceramah sikit2 lepas tu. Ok. dah menyimpang jauh dah ni, padahal tajuk pasal air selusuh.

Air selusuh sewaktu melahirkan? 

Mesti ramai yang rasa selusuh antara salah satu perkara penting yang patut ada sewaktu proses melahirkan. iya. selusuh memang membantu kita mempercepatkan gesaan rasa sakit bersalin, means kita akan rasa sakit contraction yang hebatlah dan cepat rasa nak meneran. Tapi, adakah air selusuh benar2 membantu secara semulajadi atau secara paksaan??
Kalau boleh, bila dah masuk labour room tu jangan minum air selusuh. lagipun waktu tu kita memang tak boleh nak minum apa2 lagi dah. Ok, bukan lah maksudnya air selusuh tu tak elok, tapi seboleh2nya kita jangan terlalu push diri kita untuk terima gesaan rasa sakit yang tak mampu kita tanggung secara mendadak. biarkan rasa contraction berlaku secara sendiri. Air selusuhkan dah di baca ayat2 yang akan buat kita rasa tak tahan dah nak meneran walaupun kadang2 bukaan masih belum terbuka sepenuhnya. Yang paling sakit sewaktu proses bersalin adalah contraction yang makin lama makin kerap. kalau ditambah dengan air selusuh, takut ibu2 kehilangan tenaga untuk digunakan sewaktu meneran nanti akibat nak menahan rasa sakit contraction tu. yelah nak menahan gesaan yang berganda2? kesian kan.

Dan peranan suami sangat penting tau. tenangkanlah kami yang sakit ni, urutlah belakang kami, ucapkanlah kata2  semangat serta kata2 yang menyenangkan. usaplah kepala kami dengan penuh rasa sayang. Kerana ketika ini, hanya suami yang amat2 diperlukan oleh seorang isteri yang berjuang antara hidup dan mati untuk melahirkan zuriat bersama. Dan yang paling penting, ampunkanlah dosa2 kami doakanlah kami dengan penuh keiklasan.. mudah2han...



Doa Yang digalakkan baca dalam labour room adalah doa Nabi Yunus.

Bismillahhirohmannirrohim..
Laillahailla anta Subhanakainnikuntum minalzolimin..

insyaAllah..
Dan ketika rasa contraction yang sangat kuat bacalah doa ini.
Usapkan dari atas perut ke bawah sebanyak 3X

Bismillahhirohmannirrohim..
Hunaa waladat maryama wamaryamu waladat U'ssa...
Uhruj aiyuhal mauludu bikudratil malikil mahbud....

(doa ni sy dapat dari makcik yang akan mengurut saya masa pantang nanti. baca masa dah kat labour room, jangan baca time tengah bershopping plk, tak pasal2 karang)


p/s: Selusuh yang paling baik dan berkesan sewaktu menanti detik2 kelahiran adalah.....
kerapkan untuk selalu bersama suami, suami perlu tahu ianya akan membantu sekurang2nya untuk memudahkan isteri bersalin bila sampai waktu.

Apa yang ada disana, pasti ada di sini..

Atas permintaan ramai, saya persembahkan gambar bayangan sebenar pemilik blog comel ini.

Hahahaha..
Tetap ego takmo  tunjuk gambar cumel kembang, gemok, selebetkan. Nak buat camner tuan rumah takda hati nak bergambar dengan keadaan diri cmni. Pujuklah, desaklah, rayulah..tetap jugak. Sampaikan nak buat kad pengenalan suami isteri pun  nak tunggu lepas bersalin, sebabnya nanti risau kalau lepas ni penguatkuasa check time kami berasmaradana dia tak percaya plak dengan empunya kad tu.. yelah tembam semacam je.. jadi, lebih baik saya bagi gambar  n buat kad lepas dah slim balikkan.
Ayoyo~~~


p/s: Kawan yang jauh tu, maaflah sebab kempunan nak pic tengok sy preggy. Tak rela u...nak bagi kalian2 tatap gamba yang bulat2 neh.

Isnin, 19 Julai 2010

Private Hospital Vs Hospital Goverment!!

Ok, tajuk macam teruja je kan. yelah manalah tau kot2 dapat durian runtuh bolehlah pasang niat nak delivery kt hospital swastakan. hehehe~~

Apa yang best dengan hospital Swasta??

Whuii, best taw. semua kehendak kita dilayan, apa yang kita nak sume tersedia depan mata. Almaklumlah kos perkhidmatan yang perlu di caj, kita cuma dok goyang kaki je tapi tangan menggigil nak bayar bil~~ lainlah kalau jenis yang memang berduit. kos ribu2 sebelah mata je. ok, apa lagi yang special? kita dimandikan, anak dijaga. takyah susah nk bagi baby susu badan. yelah lepas penat2 push takkan nak susah payah susukan baby tukan? biarlah nurse2 berbayar yang uruskan. Masa nak delivery tu pun senang2 je boleh request nak amik epidural ke, ubat tahan sakit yang lain ke, mahal murah sume akan dengar cakap kita. yelah kita yang bayarkan.


Tak bestnya Hospital Goverment!!


Mana taknya, kot2 time kita nak delivery tu ramailah plak patient yang nak delivery jugak. Doc mesti akan utamakan kes2 urgent dulu. takkanlah nk ngadap muka kita 24jam kot. Lepastu, jangan haraplah boleh dapat atau request epidural ke, sebab sy dah tanya dah. And nurse sendiri cakap. biasanya hanya doctor2 pakar je yg akan dapat epi ne, nurse2 pun susah nak dapat apatah lagi patient2 biasa kan??? Dahlah lepas penat2 push kena susukan baby lagi. hospital govermentkan hospital rakan bayi. tak boleh bawak masuk botol susu! so, jangan mimpi nak bagi baby minum susu lembu dalam tin yang mahal2 tu~~ ohh
Nurse plk tak mungkin akan layan kehendak kita melebihi keperluan yang sepatutnya. takleh ngada2 nak baring saja lepas delivery.... kejam2.. maklumlah kos hospital goverment kan murah berbanding swasta!

Oh~~ betulkah begitu??

Saya betul2 rasa terhina dan geram bila ada orang explain begitu. Ukur baju biarlah kat badan sendiri, jangan nak ukur kat badan orang lain plk. maklumlah dia mampu nak keluar modal beribu untuk bersalin secara selesa? mungkin dia langsung tak rasa kot sakit masa bersalin, tu yang dok heboh secara gempak kata private hosp lagi bagus dari gomen! ok. Mungkin dia fikir hosp gomen ne buat keje cincai saja kot? Bangga sangatlah dia bercerita tentang indahnya bercuti2 di private hosp. siap boleh lalala~~~ lagi agaknya.

biarkan dia dengan labu2nya..

Kalau moden sangatlah fikiran dia, kenapa plk boleh fikir yang beranak ne senang. lepas mengandung 9 bulan, beanak then orang smbut and jaga baby dia seluruhnya, alasannya lepas penat2 push2 takkan nak sibukkan diri uruskan baby, bagi susu badan?? oh no! Kalaulah dia tahu, betapa susu ibu yang pertama kali keluar adalah yang paling baik untuk antibody anak. Kolostrom umpama cecair emas yang dapat mengelakkan baby kena kuning dan sebagainyalah. tapi sayang, akibat ada golongan ibu semacam dia yang hanya fikirkan senang. senang. Akhirnya baby tak sempat menikmati satu khasiat yang paaaling penting seumur hidupnya! kesian. Itu belum lagi nak membangga tentang baby minum susu LEMBU cap mahal! pampers baby cap mahal yang kalau kencing sebesen pun tetap kering gitu.
Ayoo sume yang mahal2.

Selalu sy elakkan untuk borak2 dengan dia. sebab sy tahu, selalunya hanya perit dan sakit je telinga ni dapat. lebih baik elakkan. bagi saya, Private ke gomen ke sama je. takdelah nak kata yang private ne tak best ke, goment best ke atau sebaliknya. Macam tadi, ikut kemampuan. dah saya mampu hanya di private hospital. camner? takkanlah sanggup nak berhutang semata2 untuk dapatkan 'nikmat' yang lazat bersalin di private??
Lagipun standard dah kalau hospital tu dah terpampang nama Hospital Pakar Sultanah Fatimahkan. Apa nak risau lagi??? :p

Dan sakit nak bersalin tu tetap akan di rasa, walau kat mana pun tempat pilihan kita.Yang pasti semua ibu2 harapkan semoga setiap kesakitan ketika itu Tuhan nak bagi kita pahala dan hapuskan dosa2 kita. InsyaAllah.
Terlalu sakit, sakit sikit, tak sakit, senang atau susah itu dah tertulis bahagian masing2. yang pasti setiap ibu mampu melaluinya..: )



p/s: Hubby bagitau nak bagi present yang paling best lepas delivery nanti, walaupun tak delivery kat swasta :p

Penantian yang mendebarkan...ceh

Apakah perasaan bakal2 ibu yang sikit hari je lagi nak berjuang untuk melahirkan si comel dalam tummy selama 9 bulan tu? Ohh... sungguh! rasa tak percaya dan hilang segala lelah kendung si kecil dalam perut ni. Harap2 sejuklah perut ibu mengandungkan kamu yea~~~

Hehehe... ramai dah risau bila tengok sy tak delivery lagi, EDD semakin dekat. 27 Julai ne. kawan2 yang sama2 preggy ramai yang dah selamat delivery. Alhamdulillah.

Tapi, makin dekat. rasa macam makin senang pulak saya bawak dia. takde rasa sakit2 ke, bisa2 ke, cramp2 ke, hai~~ baby, janganlah buat ibu risau plk, takkanlah nak duduk dalam tummy ne lama2 lagi???? sebelum ne, sampai sy rasa macam dah dekat je nak delivery, yelah dengan cramp2 bagai, perut asik mengeras je, pastu kat ari2 makin senak. nak g kerja pun xde mood sebab tak larat sangat. jalan pun slow2 je. Tapi minggu2 akhir preggy ne, dah tak rasa sakit plk. Tapi baby gerak macam biasa. Bila hubby usik je, dia mulalah drift dalam ne.

 Aiyoo, cantiknya kebaya ne...geram!

Ohw~~ kaki yang bengkak semakin surut. petanda dah nk delivery ke? sebab ramai yang kata camtu. ke sebab kena urut hari? Masaklah barang2 ibu belum kemas lagi. main campak2 je. nasib barang2 baby dah siap packing dah. tapi belom letak dalam kete pon. hehehe~~

pink pon canteek...

 Harap2lah baby kuar akhir Julai ne, sama bulan dengan tarikh lahir daddy, ceh~~ senanglah nak celebrate. sekali harung je.. hehehe... 

Ok, 21 Julai ne ada appoitment kt KK. Appoitment lagi!! setakat ne, syukurlah sangat2 sebab sedegil2 dan semalas2 sy, tak pernah ponteng/skip walau 1 pun duty check kat KK. Better Kk daripada Hospital sebabnya kalau dtg je appoitment kt HPSF, besar je kemungkinan untuk sy di warded!! haih, aim betul diorang tu kat sy. myampah tau. Sekarang tengah tercari2 madu asli untk minum time pantang nanti. Nak yang asli . takpelah kalau mahal pun asalkan dapat yang asli. sebab sy betul2 zero kalau nak bezakan antara madu asli dengan air gula madu tiruan! dengar2 500g pun harga dah cecah 50++ jugaklah. huh~~ 

takpelah, 2 tahun sekali. aik macam dah pasang niat nak preggy lagi je ne??? ayoyo...



p/s: haih, dah jatuh cinta pada kebaya nyonya tu, dah set nak pakai time hari raya. tapi macam tak sure je muat lagi size s ke size m dah??? Adoooyai..

Khamis, 15 Julai 2010

Tulus saya mohon dari kalian~~entry awl sebelum bersalin


saya mohon daripada kalian yang menjengah (walau tahu tak seramai mana pun) kawan2, rakan sekerja atau sesiapa sahaja ynag baik budi, baik hati. Doakanlah agar di permudahkan bahagian saya untuk melahirkan zuriat pertama ini. Sungguh setulus hati saya mohon  sekiranya ada salah silap, salah cakap, terkasar budi bahasa, terguris hati kalian, terkata, tercaci , terumpat atau ada perkara2 yang menyentuh dan menyinggung hati kalian agar maafkanlah, supaya dipermudahkan saya untuk melahirkan nanti.

Sungguh, saya normal dan rasa takut pasti ada. walaupun orang cakap, takut ke, x suka ke tetap bersalin jugak. tak mampu nk tipu diri sendiri yang kononnya saya tak takut berdepan dengan situasi melahirkan nanti. Hey, beranak adalah perkara antara hidup dan mati tau. Ingat senang ke? Sebab tu sy risau sgt kalau2 sy ada buat org lain sakit hati atau terasa dengan perbuatan sy, manalah tahu.

Jadi, sy harap adalah yang sudi mendoakan saya semoga   saat saya melahirkan, semuanya ok dan tak bertimpa masalah.


sya belanja roti canai ngn teh tarik mau?? 
hehehe...


p/s: sy masih belia yang mentah. ceh~~
ikut hati mati!





Ahad, 11 Julai 2010

Kuasai teknik meneran.

Meneran? Pasti yang terbayang di benak Ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasai cara meneran yang baik dan betul.

Waktu Mula Meneran

* Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat

* Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran

* Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Diharap dengan sedikit tip ini para ibu hamil dapat mempraktikkannya dirumah agar ketika bersalin nanti ibu hamil sudahpun bersedia sepenuhnya….


p/s: Ohw, bayi saya ne selalu buat gempar tau, kadang2 mcm dah nk kuar je dari perut  ne. tapi lepas tu dia buat saja je. semua ibu pasti boleh melakukannya insyaAllah.

Sabtu, 10 Julai 2010

Berpantang dengan Nona Roguy

Ingat tak pening ke nak buat pilihan dan keluarkan duit ratus2 semata-mata untuk set bersalin yang hanya digunakan untuk sebulan sahaja. Ya. saya memang cukup kedekut hokey untuk buat investment maya seperti ini.Tapi mengenangkan keinginan saya yang betul2 memberontak mahu cantik ewah2 pejamkanlah mata kuarkan modal untuk itu.Oh, sebelum ni memang dah ada hati nak pakai set NR pon.

Sebenarnya sy tau, guna set bersalin mana2 pon sama je kalau cantik disiplin kita untuk amalkan jamu2 bagai semua. nasiblah sy ni memang jenis orang yang pantang nampak ubat2 pahit dan jamu2 yang bucuk tu. pantang nampak je lari....~~ Akhirnya setelah puas pikir nak pakai ape, sy confirmkan sendiri amik set NR ni. Takyahnye nak bincang2 ngn hubby, Lagipun set NR takdelah susah sangat nak guna rasanya. Dan yang buat saya terpaut adalah kandungan  pil Phytonatal yg dapat mengelakkan ibu2 mengalami masalah sembelit semasa berpantang. Whuii~~ ngeri ok dengar bila sembelit time ni. Dan juga yang paling penting, ianya takkan buat susu kita kering. means ianya membantu untuk memperbanyakkan susu kita kuar. yelah  kan saya dah berniat nak bagi susu badan saya sendiri without susu formula. InsyaAllah. Dan apa yang saya tahu juga ianya takkan mendatangkan iffect pada bayi kita semasa menyusu nanti. Lepas guna nanti baru boleh tau kesannyakan. kenalah tunggu ye.

Bengkungnya plk, sy amik dr Leesa formula. sepatutnya kena sediakan 2 bengkung sekurang2nyakan. takkan nak pakai bengkung yg sama je sampai sebulan kn?? takpelah, lagi satu bengkung saya pinjam kat akk ipar sy jelah.Kena pandai2lah nak berjimat time ni, sebab lepas ni confirm lagi banyak nak guna duit taw~ 



P/s: Oh, saya berpantang di bulan pose. dah resah ne, adakan yang sudi layan kerenah napsu makan minum saya nanti???

Selasa, 6 Julai 2010

Dah makin dekat EDD!!

Makin dekat rasa makin berdebar plak, but i cant wait to see the little one in my tummy!! sungguh. rindunyer nk belai2 & dukung dia. makin terasa plak sekarang dia betul2 memberat, means kalau jalan kejap pun dah rasa mengah & tak larat. macam bawak beban cuma bezanya yg ne tak nampak. huhuhu....


Ohw ya, kaki saya cramp!! sakitnya ya amat.. jalan pun tak stabil. kena slow2. kali ne betul2 nampak sarat sangat saya ne. haih.. Ok, masalah kaki cramp sebenarnya tak tahu nak buat cmner, bfr kena kat bahagian lutut. tapi lepas tu ok dah. kali ne dia suka hati cramp kat bahagia pangkal peha1 dekat ngn bawah perot. mana berani nak wat ape2. nak urut pun mcm was2 jer. hubby tolong tuamkan dengan air hangat kat bahagian tu, tu pun tak berani nak lelama. tapi mcm tak berkesan pun. Adoi.. sedihnyer..
Abah sampai bising tak bagi saya masuk kerja lagi, yelah mungkin dia kesian tgk saya yg jalan pun senget benget dengan perut membulat ne lagi. ohw~
kalau ikutkan hati, saya memang nak bercuti2 malaysia awl. tapi, bila tgok EDD masih jauh lagi, terasa syglah plk. yelah at least selagi boleh berjalan saya rasa ok lah. Gaji bulan ne buleh budget beli baju kebaya nyonya untuk raya nanti.. awww.... hehehee


Dan sekarang waktu tido malam adlah sangat tak selesa, sebabnya tak pernahlah dalam semalam saya nyenyak sampai ke pagi. mesti ada terbangun sekali dua. nak kencinglah, nak minumlah.. panaslah... oh~ adakah itu petanda bermulanya saya perlu korbankan kesedapan tido malam saya selama ini???? ohhh~~


Perut mengeras pun semakin kerap, sekali dia datang buat saya betul2 insaf!
belum lagi rasa contraction ko~~~


p/s: Ohw nama baby belom pilih lagi, mcm blur plk nak bagi nama ape. hope dapat ilham & dapat cari nama baby yang cantiklah.